Pages

Showing posts with label taska al-fatih. Show all posts
Showing posts with label taska al-fatih. Show all posts

Friday, May 25

semalam ade majlis birthday kawan imran kat taska (tapi x ingat pulak nama dia siapa)..parents budak tu bagi topi kuning siap ada logo al-fatih lagi..huhuh...sungguh kelassss cenderahati diorang..i like :)
dulu-dulu imran xsuka pakai topi, tapi bila dapat topi ni, terus ok je..mungkin tengok kawan2 dia pakai dia pun nak jugak kot..yg xtahan tu, siap pakai masa tido..@_@ bila suruh cabut, nangis la pulakkkk...




 adk fahim spt biasa, mesti nak join the fun jugak..tengok abg imran main gasing atas kerusi tu, dia pun mula usya dengan teliti..hmm seperti yg dijangka, dia kacau imran main..huhuh :p ape lagi, menjerit la abang tu..oh ya, fahim dah boleh merangkak!! alhamdulillah..seronok tengok dia dtg 'cari' aku kat dapur..huhuh jauh jugak dia merangkak dari ruang tamu sampai dapur tu..tapi sampai sikit je, pastu abahnya tarik ke depan balk..hahahah kesian fahim..

pagi ni dia bangun awal, masa nak pergi hantar taska, tak nak duduk baring dalam car seat..nak duduk betul2..huhuh suka hati laaa fahim..siap protes, gigit tali pinggang tu.mulut muncung je..

hmm sekarang ni fahim dah start makan bubur..kat taska makan 3 kali..taska buat kan...kat rumah, aku buat bubur nasi baby yg dalam tin je..huhu..i feel so bad but honestly sekarang mmg xsempat..maafkanlah ibu ye fahim..nti dah habis dip ed 2 minggu tu, kelas upm pun abis, ibu masak elok2 utk fahim ok :) insyaAllah..

oklah, itu je hari ni..seronok jugak update sikit2 mcm ni..xdela byk sgrt nak di taipnya.hahaha..nanti kat dip ed kena dok asrama mrsm kkb..konfem sangap...modem maxis pun aku dah pulangkan dah..mungkin tak dpt bukak blog..sangap betul..ohh tensyennya pikir tarikh dip ed makin dekat!!!!! @_@

Wednesday, September 21

cubaan imran

imran skrg SANGAT suka upin ipin..kira dah tahap obses dah agaknya kot. hehe. family aku sume dah tau. dan selalunya kami layankan je lah..tapi lately pandai pulak dia demand nak tengok tv9? (dia sebut- b t semilang. hehehe) aihh tv set kat rumah tu dah jadi tv dia agaknya kot..pastu astro ceria pun kadang2 ada jugak..punnnn dia mintak jugak..(ceyya..ceyya.. -,- sambil guling2 kat lantai)..kadang2 dia menjadi ganas bila tak dapat tgk upin ipin..siap pukul2 and tarik rambut aku lagi..haihhh geram aku..mmg kena cubit bontot la kalau dia buat camtu.. -_-


semalam masa amik imran kat school, teacher dia cerita kat aku



teacher ina: akak tau tak, tadi dalam pukul satu imran kecek (cuba membodek) saya.


aku: iye? dia nak apa?


teacher ina: dia datang kat saya..pelan2 je cakap..'teacher..teacher..nak tengok ipin tak?' yang tak tahan tu dia cakap mcm dia offer saya tengok dgan dia je..hahahha (aku pun xtahan dah gelak masa ni)..pastu saya kata tak nak..dia jawab balik 'teacher..sekejap je ipin..'


aku: @_@ hahahaha..biasala tu..nasib dia tak ngamuk cam kat rumah..


-_- pandai pulak dia mintak teacher nak tgk upin ipin..huhhhh..nasib dia tak ngamuk..cuak aku. nasib baik teacher dia pun dah tau dia mmg hantu upin ipin..huhuhu


ni aku upload gambar aktiviti imran masa bulan puasa lepas (lame dah kan)




teacher ina kata imran nangis2 kena cat tangan dia..budak2 lain ok je happy..2 org teacher kena assist semata-mata nak buat cop tangan imran ni..teacher ina cat, teacher asma peluk biar dia tak leset tangan kat baju or lari.. @_@ i can imagine..dia mana suka tangan dia kotor..huhuhuh..imran oh imran..

Monday, June 20

perkembangan emosi

pada 26 bulan ni, imran dah agak maju dalam menunjukkan emosinya.

1. dia tak suka kotor. sekarang die dah pandai ngadu..kalau keluar keta je mesti xnak pijak simen jalan (kat luar rumah aku xtiles sumenye). sekarang ni amik dia dr taska, aku suka cabut selipar dia sbb die suka berdiri atas seat keta..kang kotor nanti kang..so dah sampai rumah malas la pulak nak pakai kan balik..dah alang-alang sampai rumah la katakan..so terpaksa la aku dukung budak tak suka kotor ni sampai depan pintu rumah..padan muka aku :p

2. dia tak suka lambat. sekarang ashraf dah ada iphone. so suka la tunjuk upin ipin kat imran sebelum tidur. ada satu malam tu, buffering kat youtube tu lambat, so aku dgan ashraf borak2 la sementara nak tunggu. tibe2 imran cakap-agak kuat la 'popin lambat!' MUAHAHA!! nampaknya iphone telah dipandang rendah oleh budak umur 2 tahun. mlm2 sterusnya, bile ashraf ajak tgk upin ipin, mesti dia cakap 'LAMBAT!'..hahahah

ada satu malam tu nak kluar gi alamanda. aku dah siap2, tp tcongok depan TV sbb tgk nanny 911. cite tu kan mmg menarik kan? imran dgan ashraf dah siap dah. kat luar. aku je terkulat2. agaknya tak sabar tgk aku tercongok tu, imran pun masuk rumah balik, tarik tangan aku and cakap 'ibu, cepat naik car!' @_@ wohh..dah pandai bg arahan pulak dia nih..

3. malam semalam-ms tu aku nak tidur dah. bdan mmg penat.lgpun br lepas muntah. so mmg aku betul2 nak tidur. ashraf pulak nak tgk bola. dia pun tutup lampu. tinggal la aku dgan imran.dalam mamai-mamai tu, aku dengar imran panggil 'ibu..ibu..ibu..' tapi disebabkan terlalu mengantuk aku xrepy cpt2, aku rase mcm terlelap pulak tapi bila tersedar masih dgar dia panggil aku..aku pun tny knp imran. imran bgtau 'ibu..tidur ini (sini). imma akuk gelap..' uhukk terasa sedih aku..dari tadi panggil aku rupanya nak bgtau dia takut gelap..menyesal tak reply awal2..aku terus angkut comforter pergi katil dia..tepuk2 sikit..elok je dia tidur..menyesal je aku rase mlm semalam..

4. satu ptg tu aku bz kat dapur. aku tinggalkan imran kat depan utk tgk upin ipin. selalunya dia ok je. tapi ptg tu dia sekejap-sekejap dtg dapur ajak aku tgk sama-sama. aku bgtau la aku bz. dah berapa kali aku rejek, die pun nangis pegi depan. dah berhenti nangis tu, aku pun jenguk la dr dapur..mmg dia duduk atas sofa, tapi tak tgk pun upin ipin..die dok tgk karpet..termenung sambil muncung..aku cpt2 cuci tangan terus pergi depan..duduk sebelah dia, aku pun tny, knp imran tak tgk upin ipin? die senyap je xrespon. protes agaknye tu. aikk merajuk rupenye anak aku. aku pun dukung, peluk dia, kata 'imran marah ibu tak tengok upin ipin ye?' reaksi dia mmg aku xsangka2. imran mcebik muka dia pastu menangis..adusss...aku rasa sungguh berdosa time tu...cepat2 aku mintak maaf..peluk cium apa semua..pastu lari pergi fridge amik vitagen satu..pastu ajak dia tgk upin ipin sekali..barulah dia nampak happy..uhukk..sedih aku sedihhh..


5. sekarang ni kalau dia main 'piu-piu' (lego) mesti nak aku main sekali. siap cakap 'ibu main piu-piu' aku tny 'dengan siapa?'. dia mesti kata 'dgan imma' - dgan dia la tu. heheh. kenala join dia main, xlama pun xpe, dlm 5 minit pun cukup. tapi janji kena main skali. tapi dia pun dah tau syarat2nya..mesti mandi dulu, pakai baju, baru boleh main lego tu.


6. suka menunjukkan kasih sayang. :) ooh part ni i like~! die suka dtg peluk aku time aku buat kerja kat dapur..tapi suka peluk dari belakang, sembam muka kat buntuit..hahahah..kalau lah kan aku terkentut..shock agaknya dia nanti.. :p


itu jelah update kali ni..nanti2 aku sambung lagi..insyaAllah

Tuesday, May 10

kisah beg sekolah

permulaan cerita ni agak memalukan :p hehe. hari tu masa amik imran, teacher ina tanya aku 'imran ada beg sekolah tak?' aku macam blur blur je cikgu tanye camtu. tapi aku bgtau la ade je kat rumah. teacher die pun kata 'oo yeke. boleh la bagi imran bawak dtg sekolah. hari tu masa nak balik, dia tarik beg kawan dia. dia tak nak ambik beg dia sendiri. agaknya dia nak beg mcm orang lain kot'








aku tak tau nak nangis ke nak gelak.


@_@


'haa yelah. esok sy bawak beg dia tu'. hehe. malu la i.


agaknya imran dah pandai nak pilih2 barang kot, aku terpikir. mesti die rasa beg lama dia dah x cool agaknya.


errr...inilah lebih kurang contoh rupa beg imran yg aku hantar pergi taska. old school kan? hahahhah. aku pun nak berguling gelak bila teringat aku hantar beg ni pergi taska. gila tak cool. tapi senang ape nak ambik barang. senang takde tutup2 pun. memudahkan kerja aku dan kerja cikgu. tapi menyeksa perasaan anak bujang ku. :p

jeng jeng jeng..ini pulak rupa beg skolah yg baru.



takpelah, balik tu aku pun keluarkan beg spiderman tok abah belikan masa birthday imran hari tu. inilah beg tu. haaah terus melompat pakai beg tu. amboi2 budak ni. aku pun tanya 'imran nak pakai beg pergi school ke' of course la dia kata 'nak' kan. pastu terus naik car kata 'nak pegi balik kampung'..aku saje je usik dia 'kalau pakai beg tu, kena pergi school balik lepas ni'..muahaha..mengamuk sakan imran..tapi beg tetap tak lepas..

oklah dah lama sket dia mengamuk aku pun mengalah laa..yelah imran oiii..'ok tak yah pergi school lepas ni. imran balik kampung nak?' baru lah dia senyum senget dia tu..suke la tu dapat pakai beg (tapi xnak pergi school?) nasib baik pukul 6.30 ada upin ipin, reda sket amukan dia..terus lupa pasal beg..terus tertiarap atas sofa ralit tengok TV..tahniah upin & ipin kerana berjaya melekakan anak aku. fuhh lega aku boleh pergi dapur.
oklah, pengajaran cerita hari ni, jgn la kita hantar beg yg pelik2 yang ala makcik ke taska. budak pun ade jugak rasa malu dia kan (dulu aku ok je pakai beg buruk2 pergi skolah. xde bende pon) kesian dia nanti..and kesian beg kawan dia kena tarik..heheheh

Friday, April 29

dia dah pandai mengadu :p

imran sekarang dah ok kat taska. dah ada friends. among budak2 sebaya imran yg selalu aku dengar nama ialah yusuf. balik rumah sekarang dah pandai membebel..yusuf itulah..yusuf inilah...semuanya yusuf..ada jugak friend lain..nama pipah. kalau crite pasal pipah, mesti dia kata 'pipah nangis'. hahah. hari-hari crite pipah nangis @_@



perbualan biasa aku dengan imran


aku: imran, hari ni dekat school jumpa siapa?


imran: cicer...ucuf..pipah (teacher, yusuf, pipah)


aku: yeke. imran friend dgan yusuf ke?


imran: ucuf ada ada..(yusuf ngada-ngada) --ni cikgu dia ajar ye, bukan ibu..huhuh


aku: oo yusuf mengada ke. yusuf buat ape?


imran: ucuf ada ada bak pipah nanis (yusuf ngada-ngada buat pipah nangis)


aku: oo yeke. habis tu imran buat ape. imran tak tolong friend ke?


imran: .......... (senyap je tak jawab ape)


aku: habis tu imran tak buat pipah? imran buat apa?


imran: iyan guk (imran good)


muahahahha...yolah imran..ibu layankan aje..asal imran tak usik anak org sudah...kang jenuh ibu nak mjawab nanti.


hari tu sempat jugak aku tangkap gambar yusuf..kecik comel je budak ni..tapi muka ala ala naughty aket..hihih..kecik dari imran..tapi mmg ligat budak nih.
oh ya. cikgu imran yg jaga imran dah nak berhenti kerja. nak balik kampung katanya. nama dia kak ati. kak ati ni byk jasa dia. dia la yg tolong jaga imran masa mula2 aku hantar dia pergi taska. die la yg kena dukung imran (yg badan semangat tu) sbb mula-mula imran xnak dgan teacher lain. time die sembahyang pon kena bwk imran jugak. tapi sabar je aku tengok dia ni. mungkin dia dah lama jaga budak kot. imran pun mmg attach dgan dia. lepas ni sape la jaga imran ye.

kak ati kata, ada budak baru masuk. budak lepasan SPM la tapi. huhuh. alamak. alamak. tawakal je la kan. teacher ina ada lagi. huhuh. aku and ashraf plan nak bagi hadiah sket kat kak ati sbg kenangan. and tanda terima kasih. hehe. ade alasan aku nak keluar merambu tengahari jumaat nih. aku plan nak beli kain kot. bole tgk2 kat nagoya nti. tengoklah kalau ada kan. kalau xdak, kita cr hadiah lain.

ini pulak gambar imran dgan kak ati. nanti imran besar boleh la ingat balik teacher jaga imran dulu. huhuh.

Wednesday, March 2

semalam dan hari ini dalam sejarah

kite mulakan dengan sejarah hari semalam.

alhamdulillah, imran tak nangis pergi school. heheh. tapi ibu xnampak sbb ibu naik keta lain..abah yang hantar imran..bestnye kalau ibu dapat tengok! petang semalam masa amik imran, ibu kena tunggu lama sikit sbb teacher nak bersihkan imran punye iyak (berak). ibu pun borak2 la dengan teacher lain. teacher kata 'kak, hari ni imran clever betul! hari ni satu hari die tak nangis lansung!!(teacher pun nampak happy gak. heheh. mesti selama ni diorg pening tengok imran :p) wahhh...perkembangan baru ni...

alhamdulillah..tanggal 1 march menyaksikan imran GOOD kat school!! :D yeayeah!! pastu teacher ina bgtau ibu 'hari ni imran tak berkepit dgan bantal dia (imran's bad habit-suka berkepit dgan bantal dia kemana sahaje). kitorang suruh dia letak bantal tapi dia kata nanak (taknak), tapi tak nangis. tak lama lepas tu, dia sendiri pergi ke beg dia and letak bantal tu pelan2..pastu join kawan2..tapi duduk tepi tengok2 jela..pastu senyum2 sorang..' hehe..ni pun buat ibu happy...imran dah pandai dengar cakap cikgu..alhamdulillah..

pagi ni ibu pun ikut hantar imran, imran dah tak nangis dah..harap-harap balik petang ni imran pun imran good macam semalam.. :D insyaAllah

ok hari ni pulak dalam sejarah. tapi ni berkaitan aku plak. kat tempat kerja. tadi ada pembentangan paper final. alhamdulillah, everything went well. cuma ada pembetulan sana-sini, tu biasa la kan..heheh..yg menjadi sejarahnye, lepas siap discussion tu, aku join borak2 dgan KJ..dengar je la cerita-cerita terkini..tiba2 terselit, KJ bgtau big boss kata file P&P aku kemas..wahh!!terasa melayang diriku!! kenapa ye??sebabnye selama 2 tahun lebih ni, ini lah pertama kali aku dengar big boss (yg sgt aku geruni) puji kerja aku...2 tahun tuuuu...hahaha..alhamdulillah...ni membakar semangat nak kerja sungguh2 ni..heheh..sempat kah berblogging lagi nanti? (mesti sempat punye...aku ni pakar curi tulang..wahahah) ok2, kerja kuat...ade rezeki nanti, smapai la aku ke tempat yg lebih tinggi..amiiin..insyaAllah..

itu sajalah update kali ni..paper test budak berlambak lagi aku xsentuh. huhuh..ok bye2

Thursday, February 24

alahai anak ibu..



mana-mana ibu pun akan sedih kalau tengok anak balik dari sekolah dengan luka dibadan..aku pun xterkecuali..terkesima sekejap tengok imran ada luka kat sebelah mata..T_T huu sedih...sedih..teacher dia kata ada budak nak main dengan imran, pastu pergi cakar muka dia...nasib baik tak kena mata..haishhh...macam-macam la budak-budak ni...nasib imran x meraung..cikgu dia kata die senyap je tengok budak tu..uk tidak, ek pun tidak..huhuh...harap2 kejadian macam ni xberulang lagi...amiin..

Wednesday, February 9

dolu-dolu punye gambar

masa sebelum hantar imran ke taska, kitorang ade la bawak imran ke playground dekat dgan rumah untuk bagi dia 'feel' main dengan kawan-kawan. barula ada feel bile dok kat taska nanti. he he he. masa baru-baru bawak dia pergi main dengan kawan ni, mmg lah die sgt2 blur..sedih ada, nak ketawa lagi la terlebih ada.. :p kelakar tengok gelagat anak bujang aku ni..niat hati nak berkawan, tapi pemalu yg amat...dalam waktu sejam kat playground tu, ade la 15 minit kot dia main..yg lebih tu, waktu termenung dan observe kawan-kawan sekeliling..


imran yg ketakutan bile aku dgan ashraf nak duduk kat tepi padang

aku dengan ashraf, most of the time duduk je kat tepi tengok dia..pesan dgan imran, kene friend dgan org..xmau main sorang-sorang..imran kene senyum...dan lain-lain lagi..tapi kami tak paksa dia friend dgan budak-budak lain..biar die berkawan dgan cara dia sendiri :D biar dia belajar cari kawan, tegur orang dan main sama-sama..aku hanya memerhati dari jauh..untuk permulaan mmg xde pape la yg berlaku..mungkin betul jugak kate ashraf..perangai imran 'lambat panas' ni macam aku..he he he..senyap je..kalau org xtegur aku..aku pun xde nak tegur org.. :p

waktu bermain



waktu termenung


lepas ni kene test bawak imran pergi playground lagi..nak tengok jugak progress lepas sebulan duduk kat taska..adakah imran menjadi lebih outgoing dan peramah??sama-samalah kite nantikan..

Wednesday, January 19

minggu 3

dari hari ahad, badan imran macam naik ruam. masa pergi rumah ibu, aku tanye jugak pasal ni, die kate ok je xde pape kot. so isnin hantar la ke taska cam biase..tapi aku bekalkan calamine lotion utk sapu2 rash tu. aku pun pergi la ofis cam biase. dalam pukul 9 pagi, pengetua taska, teacher nor call aku. wehhh cuak aku pagi-pagi nehh ingat ape2 jadik pada imran. aku agak fobia jugak kalau-kalau kejadian auta sakit kaki berulang..so teacher nor tanya aku, boleh tak bawak imran ke klinik, nak pergi check. aku kate ok je.

lepas berapa minit, cikgu call balik, mintak aku amik imran..adussss..mase tu baru nak pukul 10 pagi..keje pun xbanyak mana pun yg sempat buat T_T sekali lagi aku serba salah..balik x balik??last2 aku balik la jugak..ye la anak demam kan..xkan aku nak biar pulak imran kat taska..kesian die and kesian budak2 lain kat taska...so aku pun amik cuti isnin and selasa..rabu and jumaat ashraf lak jaga imran...nasib baik khamis cuti..he he he..jimat la cuti aku sehari..

imran yang baru balik dari taska

ubat-ubat imran yg banyak

nasib baik jugak imran masih aktif walaupun xsihat...xdela die duduk melepek je..

leka main basikal baru tok abah bagi

rash seluruh badan yg menyedihkan

dah dua hari jaga imran, hari ni aku masuk kerja balik..ntah kenapa, semalam aku mcm emo sket..sedih pulak nak tinggalkan imran kat rumah dgan abah die ;p tapi xpelah, kuat kan je lah hati..semalam dah beli air kelapa kat pasar, nasib baik die nak minum..alhamdulillah..tadi ashraf call bgtau rash kat badan dah surut..alhamdulillah..

2 minggu

hari isnin malam tu aku balik lambat sbb ade kelas kat upm. so sampai rumah dalam pukul sembilan. sampai rumah tengok imran dah ngamok2. tanye ashraf kenapa, die kate 'sampai rumah, imran cari ibu'. ashraf bgtau imran aku pergi work kejap lagi balik. die xpercaya pulak. lari pergi dapur tgk aku xde, die pun berguling depan tv mengamuk T_T bile nak angkat die lembikkan badan la pulak..bile aku balik baru die ok. siap gelak HA HA HA lepas dukung die..@_@ pening..pening..

lepas makan malam tu, aku sibuk kat belakang membersih ape yg patut. ashraf pulak pergi buang sampah. imran main basikal. bile ashraf masuk rumah, tengok die dah jatuh. mmg selalu die jatuh basikal pun so kitorg xde la risau sgt. tengok2 xde lebam xde luka ok la kot. tapi die asyik sebut 'akit..akit..' sambil tunjuk kaki kanan die..ehh risau pulak aku..tanye die mana sakit, sapu2 la sikit kaki die kan. pastu nampak ok je. boleh je lari2. tapi ade times tu nampak die jalan dengkot sikit.

esoknye kitorg still hantar gi taska tp pesan kat cikgu dia pasal kaki die tu. kalau ade pape, mintak call je lah. tengahari, dalam pukul 2.00 ptg, cikgu die mesej kate 'imran mengadu kaki die sakit'..adusss...panik aku time tu..dah la time aku nak pergi kelas nih..aku pun siapkan ape yg patut, tapi still pegi kelas kejap setelkan ape bende yg nak kene setel, by 2.30 ptg aku pun kuar ofis. pecut laju xingat punye kejap je 15 minit aku dah tercongok depan taska.pastu amik la imran balik..

mase nak amik imran balik tu, mcm biase la imran nangis kan..ho mmg betul la kaki die sakit nih..masuk je kete..gelak2..siap nyanyi lagi..aik ceria pulak budak nih..betul ke sakit ni??macam tak aje..aku pun dah muke suspek..tapi xpelah, bawak balik rumah dulu, tengok camane kan. ashraf pun mase tu dah on the way dah balik rumah..sampai rumah, die terus jerit 'car!!' pastu lari2 amik basikal die..aikkk...bertambah musykil aku..kate kaki sakit?? mcm tak sakit je..takpe2 aku pun test lagi..dari dapur aku laung 'imran, jom minum vitagen!'..hoh tu diaa..terus terjun dari basikal. lari pergi fridge!!!arghhh...mane ade sakit kaki!!!geramnye aku @_@ so kesimpulannye die xsakit kaki..so xpayah la bawak die gi klinik..nak buat camane kan..aku ngan ashraf pun dah ade kat rumah..malu oo aku pergi keje esoknye..

hari rabu n khamis cam biase, hantar and amik. cume khamis malam tu badan imran dah panas so hari jumaat aku pun E.L jage imran kat rumah..mmg la die demam sungguh kali ni.. tapi xseteruk demam oktober lepas..tapi kali ni lain sikit sbb die muntah2 teruk and banyak gile hingus!!abah aku siap belikan basikal baru lagi utk imran sbb die xsihat..siap dtg rumah dengan mimin and hubby utk pasang lagi..lemak sungguh imran yea..hua hua hua..cucu sulung la katekan.. :p

sabtu malam mase tengah tidur tu, dengar bunyik lain macam je..bunyik macam die lemas dan xboleh bernafas sbb banyak selsema..aku cuak gile!!2-3 kali die bangun muntah..banyak pulak tu..T_T sepanjang malam aku ngan ashraf xtido takut2 kalau ape2 jadik kan...by 3 pagi, aku dah tak tahan dah tengok imran..ashraf pun call ibu, tanye camane, ibu suruh kitorg bawak gi az-zahrah..bawak la imran pergi sana pagi-pagi buta..tapi aku perasan, masa perjalanan ke hospital tu, imran tido telangkup atas badan aku. mmg xde bunyik tersumbat hingus ke ape. ok la pulak. kat sana, doktor pun bagi la ubat itu ini. balik rumah pun, aku terlangkupkan jugak..mmg ok xde pape. jadinye malam tu aku pun telangkupkan imran time tido..alhamdulillah xde pape sampai ke pagi..aku pun bantai tido sampai pukul 9.30 pagi baru aku bangun..he he he aku pulak yg lemak :p

Tuesday, January 11

lepas seminggu

dah seminggu lebih imran pergi taska. dah 3 hari aku xde maid. life mmg agak tough sekarang nih. hehe. tough ke? tough kot sbb aku tak pandai buat keje rumah. sebelum ni sume lepas kat maid. mmg lemak gile la. hu hu hu :D sekarang dah xde maid, rasekan ko, wani!

tapi entry kali ni bukan ttg keluh kesah aku xde maid. aku nak tulis pasal imran. mcamane die adapt dgn perubahan ni. well, imran baru baik demam, semalam. die start demam lepas maghrib hari sabtu. mase tu kitorg tgah sibuk2 nak hantar maid balik ke bangi. last2 bwk die ke klinik dulu..dapat ubat ape sume, cabaran terbesar ialah to make him makan ubat demam..ya rabbi...payah betul die nak makan ubat sekarang..T_T sampai meraung-raung. kesian pulak aku tgk. tapi sbb die kene makan jugak, aku ngan ashraf tpakse la jugak kepit tangan die jgn kasik gerak2. mmg kene struggle lah. alhamdulillah, sumenye under control. imran pun dah sihat semalam :D

seminggu kat taska ni, berat badan imran banyak turun. aku perasan muke die dah cengkung and badan pun dah kurus T_T sayu hati aku tgk. ni yg rase nak benti keje ni..hua hua hua..suatu idea yg menarik, tapi we just cant afford it. dulu-dulu nak dukung imran mmg bercinta la.berat gile :p sekarang senang je nak angkat @_@ tak best la jugak..selera makan pun makin kurang..dulu pun xde la kuat sgt die makan. tapi sekarang terlalu sikit..aku pun dah start bagi appeton utk stimulate rase nak makan die..xbahaya kan? dah 2, 3 hari bagi appeton ni, dah mula nampak kesan die. pagi ni siap join aku makan cereal dgan susu lagi :) alhamdulillah..hehe siap mintak 'gi..gi..' (lagi, lagi) wohh!!bersemangat aku menyuap pagi tadi.

dekat taska, imran belum pandai berkawan lagi. cikgu die kate la..tapi xde la aku terkejut pun, sbb die mmg lambat sket nak warm-up kalau jumpa org. cikgu die bgtau la si imran ni, kalau budak2 tgah main, die duduk je kat tepi dgan bantal die..perhatikan budak2 main..jgn le ade budak yg sergah die..mmg meraung setaman la anak aku :p lepas tu, die pulak tunggu sume budak tido, die pun amik mainan main sorang-sorang..hasilnye= tak tido siang = sampai rumah bile malam tu dah cranky xingat2...@_@ haishh...minggu lepas kat rumah, elok je aku tgk tido siang sampai 4 jam. qada' tido agaknye..aku pun xtau nak buat camane..tapi rasenye taska reti kot nak handle.

itulah catatan utk seminggu nih..nanti aku update lagi :D

Monday, January 3

hari pertama ke taska

pagi ni imran bangun awal. 6.15 pagi dah bangun dah. aku pulak malam semalam mmg xboleh nak tidur. xtau knp, rase mcm sayu je nak hantar imran pergi taska hari ni T_T

hari ni lepas mandi, aku siap2 pakai baju kerja padahal aku cuti ;p yelah, cakap dekat imran 'ibu pergi work, imran pergi school' kan..kalau aku xpakai baju work, nti nampak sgt aku menipu. hu hu hu. so pagi2 td siapkan la susu imran semua, imran siap join kami utk bfast..wahh semangat anak aku bangun pagi..bagus2 :D

jalan ke bdr seri putra lak mmg sibuk T_T lepas ni aku mmg kene kluar awal2 pagi lah jawabnye. sampai ke taska imran, aku tengok ramai cikgu dah tunggu..aku pun bwk la imran masuk..mula-mula die nampak steady je..xde nampak cuak pun..mase cikgu nak ambik baru la die nangis..cikgu die pun bawak la die jalan pergi dapur pergi pusing2..nampak reda la xnangis dah..sekali cikgu pergi ruang tamu, die nampak aku, nangis balik semula daaa.. T_T ohh cabaran..cabaran..aku pun nak balik dah mse tu sbb nti lagi lama aku kat situ, lagi xkeruan la imran..sebelum balik cium die siap2..aku pun keluar..masa naik kereta, imran nampak aku, lagi kuat die jerit @_@ pening2..

rase mcm xsampai hati jek..tapi mengingatkan pesanan teacher nor (pengetua tadika tu)..'pekakkan mata, butakan telinga'..ha ha..best tak..mata pekak, telinga buta...pandai2 la aku pikir...jadi aku pun kuatkan hati..balik je la lepas bye-bye T_T sedih mmg sedih tgk anak kite melalak nak ikut kite balik, tapi ini semua utk kebaikan die..hu hu..aku xamik gambar hari first imran sbb aku tau die confirm menangis..so xbest la kalau aku amik gambar die kan..ade ke nak amik gambar anak melalak pastu cakap bye bye..eishh macam kejam pulak aku rase..jadi kenangan imran menangis tu biarlah aku simpan dalam memori aku..

pukul 9 pagi tadi aku mesej taska tanye perkembangan imran..cikgu die reply, imran dah tak nangis (alhamdulillah) tapi die nak berdukung je..hua hua hua @_@ mmg tipikal imran..mmg anak aku le tu..xpe, hari ni sbb first day, aku pun cuti, boleh pergi amik imran awal sket dalam pukul 3 ke..lagipun petang ni pukul 5 aku ade kelas kat UPM..xpayahla imran tunggu abah die sampai maghrib.. mase amik imran nti haruslah bwk vitagen kegemaran die sebagai motivasi die pergi school esok..