Pages

Showing posts with label being emo. Show all posts
Showing posts with label being emo. Show all posts

Thursday, December 9

indon maid(s) : the countdown begins part 2

cerita pasal maid indon lagi. kene kuar kan habis-habis biar lepas ni lega. xde la aku terpikir-pikir je :p

sepanjang hampir 2 tahun ni, aku ada 3 org maid. hmm agak cepat jugak kadar pertukaran maid dirumah aku ni ye. adakah aku majikan yang garang??ohh tidak..aku xgarang dgan maid aku..sebab tu diorg berani pijak kepala aku and ashraf..tapi sbb imran punya pasal, kami telan je la walaupun pahit..ok mari kita mulakan sesi mengumapt maid indon nih! muahaha

macam mana aku mula-mula ada maid. masa aku lepas bersalin, ashraf n aku amik sorang maid ni dari agen. name agen tu mak puteh (kat k.l). mule2 aku xnak amik maid indon ni..aku sebenanrnye mmg xsuke bangsa ni duduk kat rumah aku (mungkin sbb dari kecik kami sekeluarga xde maid kat rumah dan juga disebabkan pengalaman peribadi aku yg menyebabkan aku sgt menyampah kepada mereka). ntah camane, ambik la jugak maid indon utk tolong2 kat rumah masa aku berpantang. aku ingat lagi, masa malam tu kami pergi jumpa mak puteh..mase tu aku baru berapa hari dalam pantang. kitorang pergi dgan keluarga in law (parents ashraf). imran pun kecik lagi. mula2 sampai rumah agen tu, nampak la si jawa tu..wah bukan main lagi amik imran dari aku..dukung2..peluk2..aku buat tak reti je..nampak bibik tu mcm ok je..bersih dan agak muda lagi..dalam 30an mcm tu..total keseluruhan nak amik die keje adalah RM 4500..tapi tahan jugak xpayah bayar gaji die 3 bulan..gaji sebulan die RM 500.

kami pun setuju la nak amik die kerja..seperti maid indon yang lain, pada awal tempoh pekerjaan, semuanya indah belaka..semuanya tip top..walaupun banyak perkara yang perlu ditunjuk ajar, die ni nampak mcm rebellious sket..asal aku tegur mintak die buat elok2, mesti dia kata 'saya tau..saya lebih tua'. la ke situ pulak bibik nih..oh ye, by the way, nama die bibik ati. overall, kerja die ni boleh dikatakan cincai sahaja..beliau seorang yg suka menipu, tapi x reti nak cover dan sangat emo. pantang aku mintak buat cara aku je, die guna alasan die lagi pandai dari aku sbb dia lagi tua. tensyen aku. boleh dikatakan masa ni mmg aku rase sgt depressed..dan aku sentiase balik rumah lambat sbb aku rase benci sgt dengan bibik nih..bile difikirkan balik, mmg menyesal betul aku buat camtu..bukan sbb bibik, tapi tindakan aku tu menyebabkan hubungan aku dgan imran agak tak rapat mase tu..die lebih rapat dgan bibik..menyesal aku..tapi sekarang tidak lagi..aku tak lagi lari dari masalah dgn cara camtuh..insyaAllah..maafkan lah ibu ye imran

dengan bibik ati ni, aku mmg super tensyen. die ni suka main telefon. masa die mula-mula datang, die xde handphone..die mintak aku telefon keluarga dia kat indonesia..aku pun beli la bende ring-ring card (ye ke name die ni eh) yg boleh guna dari telefon rumah aku. mula-mula tu telefon la anak2 die, ferry dgan tin-tin..siap nangis2..katenye 'mama kangen..mama kangen' die rindu anak die la tu..mase die telefon tu aku tak la kacau..biarkan aje..dah lepas tu asyik nak telefon je. telefon saudara lah, sepupu lah..laki lah..malas aku nak layan..dah la duit aku lak yg kene keluar tu nak bayar top up die..cehh!!tapi laki die, die jarang telefon. die kate die benci laki die tu sbb malas nak kerja. rupanya die dtg malaysia sbb die marahkan laki die yg miskin tu..kesian..

lagi, die ni suke melawa. kalau nak keluar jalan ke rumah sedara, hatta ke kedai sekali pun, kami yg kene tunggu die siap mekap..arghhhh!!!!! agak2 la bibik, aku cakap nak pergi beli sayur je, yg kau bantai mekap tebal2 tu buat ape???? ngek betul la die ni. dengan baju ketatnye, dengan seluar merahnye..wah2..kau la bibik yg paling hot di abad ini.

disebabkan die ni suke melawa, die pun rase die lawa (bluek). ade one time tu, aku buat renovation sket kat dapur. pekerja kontraktor ni mat bangla boleh tahan la aku tengok. badan berketak2 sengih je 24 jam. aku awal2 dah pesan kat bibik jaga imran masa orang buat kerja..imran tu takut bunyi kuat2..yelaa bunyi drill la hape lah kan kuat..anak aku kecik lagi time tu..mmg le die takut. die mcm biase la kan (lagi tua dari aku = lagi pandai) kata 'ya ya saya tau la cik wani. tak perlu di ajar'. panas hati aku sampai sekarang bile aku teringat ayat maut die ni. satu hari tu aku balik kerja, muka die ceria gile. aku tanye la apesal kan. die kate mamat bangla tu ajak die kawin..nak jatuh jantung aku dgar..ciss..sempat kau menggatal ye. aku pun soal siasat die mcm2..rupenye die kelek imran mase org tu keje kat belakang...panas hati aku...aku dah pesan jage imran kat depan, kau sedap2 kelek anak aku pergi belakang..dengan kotor, dengan bisingnye..heiii aku dah menyirap dah masa tu..

berapa hari lepas tu aku amik cuti sbb aku xpuas ati dgan mamat bangla buat rumah aku tu..aku nak tgk sendiri camane rupenye die buat keje..wahh mmg mesra kau ye..aku pergi jumpa bangla tu,a ku bgtau die 'jangan kacau bibik saya, die mau jaga baby. kalau u kacau, i bgtau dgan boss u'. terus die tak kacau..yelah kontraktor cina kan garang. tak ke bala kalau aku bgtau bos die. wahaha. satu perkara setel. hasil= imran x cranky, kerja renovation rumah aku jalan, bibik aku bad mood. aku pedulik hape. aku bayar gaji utk kerja ok, bukan utk berpacaran.

start dari situ (mase tu dah 3 bulan lebih die kerja), die kerja dah xbersungguh..ade la 2 3 kali die mintak aku nak pakai handphone, tapi aku tak kasik. sbb telefon kat rumah aku die boleh guna, top up pon aku bayarkan. apesal lak aku nak kene belikan utk die pulak?? bibit-bibit kemalasan die mula terserlah..kalau nak menggosok baju mesti nak menggosok depan tv. imran tido die xtutup dgan kelambu, abis budak tu kene gigit ngan nyamuk..bile aku tanya, die kate die tutup..mmg dasar penipu..aku skodeng dari luar ok. mase tu aku baru balik terawih, nampak die tgah tgk tv. imran dibiarkan je baring tido sorang..grrr!!

the main reason die nak benti rumah aku ialah sbb aku xbagi handphone and sbb mase tu kecoh2 indonesia nak mintak naik gaji RM800 utk maid kan. bibik aku kan suke tengok tv, mestila die tau perkembangan semasa. die demand naik kan gaji die lagi RM 300 plus mintak handphone sekali. die kate kerja die sepatutnya jaga baby je, kerja rumah die tak buat. sbbnye kat indon (baru aku tau) maid diorg mmg spesifik kalau jaga budak, jaga budak je la. kalau masak, masak je. kalau kemas rumah, mengemas aje. tapi gaji rendah la..dalam lingkungan RM150 camtu. hoii! gaji kau tu berapa ha?? RM500 tau takk??

kami pun argue la balik kenapa xboleh, die pun mental dengan kami. tiap2 hari bad mood. barang2 kat dapur die hempas2 ikut suka die je..aku dah angin dah.ikut hati aku mmg nak bantai die dgan pinggan hadiah kawin aku yg die hempas tu. tapi ashraf suruh rilek dulu so aku tengok dari jauh je laa. geram tu mmg geram..tapi memikirkan imran sorang kat rumah, aku kuatkan hati je laa..aku mmg dah menyampah dah tgk muka penyapu tu..rase nak tenyeh je..

dah 5 bulan die keje, die pun dah semakin tak terkawal..nak ditegur die guna alasan lebih tua laa ape laa..mmg dah x boleh blah la aku dgan die..atas nasihat saudara-mara, kami pun decide nak hantar die balik agen..itu pon die demand nak dihantar ke rumah pakcik ashraf (sbb pakcik tu katering, ramai indon workers. ramai la geng die). tapi pakcik ashraf pun tak hengen nak amik die keje..yela, attitude problem. sape nak amik die keje?? bengong betul..hari yg ashraf hantar die balik, aku pun amik cuti. aku jaga imran hari tu tapi kat rumah mertua aku..takut2 la kot die mengaruk ke kan..baik aku selamatkan anak aku cepat2..ashraf and bapa mertuaku hantar die balik ke agen..

habis cerita pasal maid aku nombor satu tu..two more to go..lepas2 ni aku cerita ye

Wednesday, September 22

jiwa kacau

too many work, too little time

T_T

Saturday, July 31

negativity

hmm. hari ni pergi kelas, macam biasa, tapi masuk mengajar kelas yg student nya luarbiasa. bukan luarbiase pandai, bukan juga luarbiasa baik. tapi, luarbiase pe'elnya.

beberapa hari lepas, aku ade blog pasal kegeraman hati aku ttg sorg ni. aku cuba sebaik mungkin layan semua org sama rata dalam kelas. that's what teachers do kan? ok, situasi dia camni. kau dah habis kelas, kelas pun bagi la salam and kau pun nak kluar dari kelas. fine. tibe2 sayup2 kau dengar 'we hate you teacher...' pastu ade gelak sikit2. hmm. bangga agaknye dapat cakap mcm tu kepada cikgu dlm kelas. tapi bila cikgu dah nak kluar je laa..yang ini budak yg lain pulak. wah dah bertambah pembenci cikgu wani. fine lagi. nak kate aku marah, sebenarnye, tak jugak. tahun lepas, ade jugaku budak yang mencarut kat aku. tapi tak cakap, die tulis kat assignment die. oh, mase tu aku sedih jugak la. dan agak depressed. bagi aku, tindakan mcm ni biasenya dilakukan oleh pelajar2 yg rase diorg ni mcm star, tapi tak berani cakap depan2 dgn cikgu (tapi aku tak mintak la diorg carut depan aku ye). so faham2 sendiri laa

ok, berbalik kepada perkara asal. bagi aku, normal sebenarnye kalau students nak rase tak puas hati kpd cikgu2 mereka. kita semua pernah belajar, jadi students, dan kita faham perasaan diorg. dan aku tak expect semua pelajar (kelas aku) utk suka style aku mengajar. setakat ni, ada yang suka, alhamdulillah, dan tak kurang jugak yang tak suka. tapi aku nak buat macamana? takkan aku nak cater SETIAP pelajar dgan kaedah pengajaran yang berbeza?? dalam masa 3 jam seminggu??

kadang2 aku rasa sangat penat menjadi cikgu ni. segala rintihan pelajar, kami cuba dengar. kalau tengok diorg banyak homework, tak sampai hati rase nak bagi homework subjek aku, walaupun subjek kami pun banyak ok nak kena cover? so tolonglah faham. aku sebagai cikgu, cuba faham situasi pelajar, aku sebenarnya harap pelajar juga faham tanggungjawab cikgu bila berada dalam kelas. aku bertanggungjawab pastikan semua faham konsep dan content subjek tu. aku rase kalau aku ada penyakit suka berbuih mulut, mungkin dah berbaldi buih2 tu sebab banyak kali sangat aku dah tanya 'faham tak? ada soalan tak? sampai takat ni, ade yg tak faham?' tapi respon nya tetap same. samada muka mmg x faham, tapi taknak tanya, buat2 tengok nota, main2 handphone dan macam2 lagi. bile buat simple exercise, sume tak boleh jawab..ended up, kena ulang balik dari awal..macamane nak progress ni kalau tiap2 kali nak kena ulang benda yg same?

aku dah penat marah.
aku dah penat nak berleter.
sebab nanti aku sendiri yg penat.
dan agak bad mood.

jadi, ape yg aku lakukan hari ni ialah dengan menjauhi perkara atau subjek yg negatif didalam kelas. first, aku dah tak drill budak2 dgn soalan, tapi aku mintak diorg bagi contoh (tu pun agak lambat jugak, tapi takpe) dan perkara yg tak pernah2 aku buat selama jadik cikgu ni, beri perhatian kepada pelajar yg berminat sahaja. maknanye, yg kurang berminat (yg selalu buat aku naik darah la) tu aku cuba utk tak terlalu push sgt dalam kelas. but what i did was against my principle. sebelum ni aku tak pernah buat mcmni sbb aku percaya, kalau student involve dalam lesson kita, they will learn. tapi masalahnya sekarang, bila mereka involve, somehow, mereka akan drag kelas itu dan secara keseluruhan, kelas tak ada progress.

percubaan pertama aku nampaknya agak berjaya. tadi, aku tak lagi rase tertekan utk melayan karenah makhluk2 itu, sebaliknya, channel my energy utk org2 yg mahu belajar. kesan yang ketara dapat dilihat dimana student2 lain yg diberi perhatian dapat buat latihan yg diberikan. with minimal guidance dr cikgu. yeah! nampaknya strategi ini agak berjaya utk kelas ni. mungkin boleh diteruskan. utk yg kurang berminat nak follow tu, kelihatan mcm biasa je. tapi yg herannya, mulut mereka tetap berat nak bertanya macamane nak buat latihan. kebanyakan jawapan mereka adalah salah (aku round jugak tgk diorg buat kerja, tp just keep my mouth shut la) tapi sepatah pun tak bertanya. hmmm.

setakat ni, method ni agak berkesan utk kelas yang satu ni. tapi aku sedar, aku tak boleh selamanya biarkan diorg mcm tu, sbb mereka masih dibawah tanggungjawab aku. nak tak nak, mmg kena mengadap mereka lah sepanjang sem ni..harap2 aku dapat jumpa kaedah yg terbaik utk deal dgan pelajar mcm ni, tanpa perlu berasa berat je hati tiap2 kali kelas dan rase tertekan tak pasal2. ade jugak aku terfikir, patut ke aku advise diorg utk drop paper or subjek ni, amik nx sem dengan cikgu lain? rasenye mcm tak boleh, so tahan aje laa..

akan update ttg kemelut (huhuhu) ini lagi nanti.

aku geram

selain level minyak kereta yang tinggal secalit, ini ialah perkara kedua yang membuat darah aku (dan mungkin juga pemandu lain) NAIK pada awal pagi.
*kenapa la kau nak bawak menatang yg pelan tu pagi2..xtau ke org nak keja punch kad kul 8???

Wednesday, July 21

aku nak bertanya

geramnye aku pagi ni.
sebenarnye dah 3 minggu aku geram.
dengan seorg budak ni.
heishhh kenapa la ade spesies manusia atau lebih spesifik lagi, pelajar macam ni.
kenapa la ade kewujudan kau dalam kelas aku??
aku kadang2 malas melayan soalan kau yg ntah hape2 (bloeh ke seorang cikgu ckp macam ni?)
aku tegur ejaan kau silap kau emo kate aku nak tunjuk pandai
aku mintak korang bercakap kau kate aku nak malukan students
aku bagi arahan nak buat exercise camane kau xnak dgr
tapi time nak buat baru kau terhegeh2 nak tanye
sekali dua boleh kau buat camtu
ni dah beberape kali
aku ni bukan baik sgt pun terima je semua bulat-bulat
kau ingat aku senyap kau menang agaknye
tapi sayangnye that's not how things work dear
tapi jgn risau
aku xlah kejam sampai nak fail kan kau
aku xpernah dan insyaAllah takkan buat macam tu
aku harap aku tak marah kan kau dalam kelas
sebab nti kau malu
sebab nanti kau xnak datang kelas
last2 aku yg susah
mungkin aku akan panggil kau lepas kelas
dan aku ingin bertanya
hanya satu perkara

'what's your problem?'

boleh tak?

Thursday, July 15

kenapa la rase mcm ni??

when i first registered for MA programme, i was mentally prepared to be more independent and i told myself to not befriend with ONLY certain people, to befriend everybody or anybody for that matter. so in sem 1, i befriend with (almost) everybody in my class but at the same time, i tried hard not to be too attached to certain group of people. so i usually ended up sitting next to foreign students, well, most of the times. i was okay with that, and actually quite happy being that way. but of course, please dont get me wrong, i do have malay friends from the same programme.


semester ni, knp ntah, aku tibe2 terase nervous nak masuk kelas yg xde kawan2..hmm xsukenye perasaan mcm ni..myb ini effect from too used to be together (adakah wujud phrase sebegini?) in 1st sem. bile dah tibe 2nd sem, aku terase mcm aku mencari cara dan alasan utk berada dalam kelas yg sama (groupwork pun nak sama) dgn makhluk2 ini. not that they are not good for me, i think that they are tooooo good that i can't be on my own dah T_T and i hate that. huhuh. i'm slowly losing my independency.

so i asked ashraf last night, which one yg awk prefer? 1- kelas sama dgan kawan, walaupun subjek xberapa best? or 2- kelas xde kawan, tapi subjek x susah sgt. jawapan ashraf mmg xmengejutkan aku lansung. die dgn cepatnye menjawab, 'mestilah saye pilih kelas ade kawan. kalau susah pun, same2 susah. at least, ada kawan'. oh. ok, i kind of expected that answer from him. so, ok lah. but then he added 'rasenye awk boleh kot amik kelas yg xde kawan. sbb awk pun selalu study sendiri'.

yeah right. betul jugak. time nak dekat final or ape2 test pun mmg selalunye aku kene study sendiri. satu, sebab sayang cuti. dua, sbb terlalu cuak sampai xnak pandang org lain. heheh. tapi, xbest jugak kan kalau pegi kelas, 14minggu, tapi xde kawan. but wait, kan boleh make new friends? hmm..decision..decision..

petang ni akan pergi kelas genre studies. quite an unpopular class. setakat yg aku daftar tadi, hanya ada 12 students..erkk..so it might be a small class, and lecturer akan kenal semua org?? double erkkk :p ok lah, ape2 pun, kite tgk dulu kelas tu cmane kan. kalau ok, alhmadulillah, proceed je laa. kalau tak, terpaksa la pandai2 aku carik kelas lain.

Monday, July 5

tujuh dan blog loving

cepatnya masa berlalu.
rase macam baru je 1 januari 2010. sekarang dah julai.

setahun yang lalu, bulan tujuh, aku tak berape gemar berblog, walaupun agak banyak benda dalam kepale yang nak aku taipkan. perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian, dicatatkan untuk kenang-kenangan. sekarang ni semua benda dah didigitalkan, termasuklah penulisan jurnal. dulu aku ingat nak terus tulis diari lagi, tapi, malas nak tulils panjang2 dah.. :D too many things to write about, too little time..lame excuse kan?

sejak april 2010 barulah semangat berblog tu datang balik..dan aku menulis apa sahaja yang aku suka. hasilnya, aku lebih mengingat perkara yang berlaku dalam hidup aku (sebab aku suke baca entry2 lama, just to remind myself how things were..), bersukaria ambik gambar 'moment' terutamanya gambar2 imran sebab terase budak ini membesar dengan cepatnye..dan meluahkan emo yang tak dapat di share secara verbal dengan org lain.heheh...itu la gunanya ade blog. taip je ape yg ade dalam kepala sesuka hati :D

lately aku suka, sangat suka membaca blog2 orang lain. my current favs are the shurfa sisters' blogs. ya Allah...pandainye mak aihh budak2 ni menulis...ooh boleh jatuh cinta aku dengan gaya tulisan diorang nih..jadi setiap hari aku akan at least bace 1 entry dari blog mereka, as much as ashraf likes (or needs) to read newspaper everyday..it is my sort of daily fix :D kalau x membace blog, macam xkene je aku ni. ahhahah

hasilnya, facebook aku mula terabai. yup, i no longer have the interest to update my fb (like i religiously used to) apatah lagi nak mengupdate status yg berbagai. heheh. ntahla. friends list yang perlu (?) diapprove pun malas nak approve. kenape ye, bagi sesetengah orang, lebih ramai orang dalam friends list tu, rase macam ala-ala popular?macam kau sorang je ramai kawan?tapi bile difikirkan balik, mmg famous la kot. sbb tu die ramai kawan. me on the other hand, trying to avoid approving too many people to be on the friends list..fuhh..that's a long one. ade org yg bertanye, 'kenape kau buat camtu? exclusive sgt ke friends list kau tu?'

ok, let me tell you something (if you are reading this la. if not, tak pe je). one, i am quite a private person. some people bangga menjadi 'open book' where they like others to know them and very open about it. tapi aku tak begitu.walaupun pada zahirnya aku kelihatan seperti org yg agak peramah, tak semua bende aku nak cerita dengan org. jadi tolonglah faham itu.

dua, akhir-akhir ini aku lihat terlalu banyak status on fb yang bertaraf sampah. ok, kau pegi toilet pun nak bgtau ke??erkk..selang seminit status kau naik. balik2 kau aje like nobody cares. mmg nobody cares pun. ikut suke kau la. oleh kerana aku seorang cikgu, maka didalam friends list aku ramai jugak student yang ade. bukan aku komplen pasal students aku, tapi ade beberape kerat yang asyik bercerita tentang 'hey, budak2 ***** dr *** dah 5 orang. kite jumpe kat oversea nti ye.' and 'owh. aku nak buat course **. negara kita perlu lebih ramai org dr bidang ini. tapi apesal aku je yg amik course ni dr sekolah kite?'..ohh tolonglah...nak muntah aku bace wehh...ok, kami semua tahu kau hebat dan kau akan ke oversea one day tapi tak perlulah kau canang satu dunia...adakah aku emo tentang perkara ini?terpulanglah, setiap individu ade penilaian masing-masing kan? :D last2 aku hide kan je beliau..habis cerite ok.

aku sebenarnya tidak bias kpd golongan org yg seperti ini. the fb junkies. tak lengkap hidup tanpa menulis apa2 di fb setiap hari. sentiase meng-alertkan kawan2 tentang keadaan semasa anda. it's just normal and perfectly fine. setiap org ada cara yg tersendiri untuk express perasaan masing2. aku hormat dan faham pendirian kamu semua. untuk menyukainya, tidak sama sekali :D

tiga, err takde sebab yang ketiga kot.

jadi, ape kesimpulan dari perkara2 diatas?

perlukah ada kesimpulan?

mungkin tak perlu.

untuk kamu caramu, untuk ku cara ku.

heheh.

:D

Thursday, June 17

surat terbuka buat my best pal

aku nak mintak maaf sebab tak dapat wedding kau. kau jgn la marah kat aku gile-gile. tidak, aku tak lupe tarikh hari bersejarah kau..tak mungkin aku lupe sebab kau dah ingatkan aku banyak kali. aku pun tak lupe perbualan kite kat fb pasal ape yang kau nak untuk hadiah kawin kau. aku tau, mase aku kawin dulu, kau sanggup datang dari jauh, siap bawak hadiah lagi. i appreciate that, kawan.

kau tau tak kenapa aku tak dapat datang? aku tak dapat datang sebab kebetulan aku pun ade 2 kenduri saudara aku yang aku perlu tunjuk batang hidung aku. ye, ini mungkin alasan yang paling lapuk dalam dunia ni, tapi percayalah (kalau kau sudi) aku tak lupakan invitation kau and aku memang teringin nak datang. sehari sebelum majlis kau, ade kawan sekelas kita tanya aku pergi ke tak, aku dah bgtau die aku tak dapat pergi. dan secara jujurnya, aku mmg sedih aku tak dapat pergi ok.

pagi ni kau ym aku marah2 pasal aku xdatang wedding kau. aku mintak maaf lagi. bila difikirkan balik, aku sepatutnya bgtau kau sendiri yg aku x dapat datang. mungkin cara tu lebih baik dan mungkin kau tak tersinggung. tapi kenapa la aku tak terfikir benda tu. dan segalanya dah terlambat sekarang :( ye, aku mmg menyesal, sbb semuanya aku dah lepas, tak boleh nak undur semula. and if this makes u feel better, aku rase x seronok pun pergi 2 wedding tu. dalam kepale aku, mungkin lebih seronok kalau dapat tengok kau bersanding. bukan senang nak tengok kau pakai smart2 ala raja sehari. sekali seumur hidup je. tapi disebabkan kelemahan aku, aku terlepas hari yang paling bermakna dalam hidup kau.

dan kau nampaknye mmg sangat marah. ape lagi yang aku boleh buat selain minta maaf. sekali lagi, aku mintak maaf. aku takut weh nak mesej kau kat fb ke, kat hp ke. entah kenapa, aku takut gile. tapi aku tau aku yang salah. untuk kesekian kalinya, aku mintak maaf.

aku harap kau dapat maafkan aku.

Monday, June 14

the time of the month


ahhh...it's the time of the month again. i don't know 'bout others but for me, it's always bloated stomach, mood swings, feeling reeeaaaally tired and snappy..my husband knows better to leave me alone than trying to cheer me up (cause it'll never work. hehe) and no, it's not PMS i'm talking about here. it is THE time of the month! sometimes i feel it is quite weird but nowadays it somehow works as an advantage for me and i'm loving it! so last night i was not in a good mood-due to my period. ashraf voluntereed to look after imran and kak ros made me a cup of ginger tea for my bloated stomach. yumm!! and after a long bath, i snuggled up in bed, reading my favourite comics and eating a bar of chocolate.. :D yeahh!!i was enjoying the time. i know it sounds selfish, but i believe we women sometimes need our 'me time' doing things we like. it doesn't have to be expensive nor should it take a long time. just take some time off of everything else and retreat. for me, it felt good!! few hours on my own made me feel relaxed and happy..dah tak snappy dah..heheh :D

Wednesday, May 12

apekah?

T_T hari ni kene format memory kad kamera aku..sbbnye ntahle aku pon xpaham..what is memory card format error? dengan lurusnye aku pun format laa memory kad itu....dah abis sume gamba2 ku..huaaaa T_T

naik minyak bile minyak turun

seriously.aku akan naik minyak. bile aku nampak level minyak dah turun. and bile orang (specifically, my husband) xreti2 nak isi minyak. contohnya mcm ni:

perkara yang berjaya membuat saya mengamuk di awal pagi


i mean, hey, i'm going to drive the car sejauh 40km utk ke tempat kerja ok? 2 calit je??? are you serious?

i know, mmg sempat utk ke tempat kerja, but what if anything happens? eiiii geram betul aku. mmg perkara ni boleh menyebabkan aku dapat serangan jantung pada usia muda k. ok, mengamuk dah satu hal. bukan ade petronas yang dekat pon. jadinye, tawakal je la bawak keta pegi keja..tapi mmg nerve-wrecking wehh bawak keta yang kering minyak ni (bagi aku la). kejap2 tgk, dah abis ke belum? dah abis ke belum? heishhh typical female driver, i know. but i just coulds't shake off the feeling k.
what if abis minyak? stranded tepi jalan? oh tidak!!!! aku sgt takut bende2 yg mcm itu.
ok, petang lepas abis keje, aku pon pegi isi minyak...yeahh!!barula best..wpon aku hanye isi rm20 tapi yg penting, calitnye tu dah banyak..wahahaha..

barula lega nak bawak keta..

Wednesday, April 14

exam oh exam!

oh how i hate exams!
why do you have to exist?
i have to sit for an exam tomorrow.. T_T i feel like dying now..exams make me feel so scared! i can't think properly, i can't smile, i can't laugh, i can't everything!

i went to tesco during lunch time yesterday with my friends. we had a nice lunch but i couldn't shake off the image of me sitting for an exam, so i didn't get to enjoy my nasi goreng kerabu (yummy!)

yes, i blame you, exam!

just to make myself feel better, i made my way to king's bakery and bought a nice fruit tart..actually i has been a while since i last ate one..heheh...so, why not? ;D

i put the fruit tart next to my notes, hoping i could focus to my studying..but, heheheh...i ended up eating it first, and then, continued my reading at around 4pm..

i should feel ashamed.

but i did not.

the fruit tart was gooooooooood~!!! :D

but it didn't help with my study attempt.

nor did it help with my diet plan.

heheheh :D