Tuesday, May 15
hari ni aku nak menulis ttg refleksi diri sendiri sepanjang hampir 6 bulan selepas melahirkan fahim..dari segi personal, aku rasa tanggungjawab makin bertambah..kalau masa imran aku dah rase tak sempat nak melawa macam dulu2, dengan ade fahim ni, ha ha ha...lagi lah aku xsempat..:p ikut dan aje ape2 pun..nak kluar rumah pun mesti pakai baju nursing yg aku suruh mimin belikan kat mumdreams tu..setakat ni aku ada 4 keping..maka 4 keping tu laa yg aku pusing2 pakai..hahaha :D kelakarnya..tapi ye lah kan, itu lah antara cabaran dalam menyusukan baby kan..kalau masa imran dulu, xde sehelai pun baju nursing..huhu..aku susukan dia pun 3 bulan je, pastu terus switch ke formula..untuk kali ni, aku bersungguh sikit lah :) doakanlah aku bertabah hati..moga2 tak separuh jalan aje..
oh ya, lagi 2 minggu, aku kena pergi dip ed, kali ni dia buat kat upsi pulak..tapi menginap di asrama mrsm kkb..what the what kan? kalau ikut hati, rase malas nak pergi sbb fahim masih menyusu badan dan malam2 pun 2,3 kali jugak dia menyusu..tapi nak buat camane..inilah tuntutan kerja..semoga apa yg aku usahakan ni akan membantu keluarga aku..insyaAllah..sebenarnya aku dan ashraf dah foresee benda ni akan jadi, sejak sebelum fahim lahir lagi, cumanya bila ia hampir jadi, aku tak tau nak hadapi camane..huhuh..ya, kami dah menjangkakan 2012 akan menjadi tahun yang mencabar..ashraf sambung balik belajar, aku pun sambung belajar, dip ed dan master, rumah kami takde maid, nak hantar dua budak pergi taska..dan lain-lain lagi..semuanya agak mencabar jugak la..
tapi dalam semua cabaran tu, setakat ni belum lagi aku rasa kepayahan yg amat sgt..alhamdulillah. walaupun xsemua perkara aku dapat dengan sempurna, setakat ni mampu handle lagi. itu lah antara sebabnya kami namakan dia Fahim Nazhan..dengan harapan dia akan faham dengan keadaan ini..dengan kekalutan ini..dan harapnya dia faham dia bila ada hari-hari yang ibu tak ambik fahim kat school..bila ibu tak sempat tengok fahim main sebab sibuk kat dapur..haihh macam-macam sungguh...apa2pun, sebagai seorang ibu, aku harap fahim, walaupun belum mampu berkata-kata, aku yakin dia mampu merasa..dan aku berharap dia mampu memahami keadaan kami yang tidak mampu sentiasa berada dengannya..mcm tu jugak dengan imran, walaupun dia dah faham dengan jadual kami, tapi apakah dia selesa dengan keadaan macam ni? bila ada masa ibu terpaksa pegang adik aje sbb adik menangis dan nak perhatian..macamane pulak dengan imran? huaahh..emo pulak aku T_T
utk 2 minggu tempoh berkursus tu, hujung minggu akan balik kerumah, utk hantar stok susu fahim..insyaAllah..aku sgt berharap dapat menyusukan fahim sampai 2 tahun, tapi stok susu kat rumah xde lah banyak mana..kalau satu hari paling byk aku dapat pam 15oz, dia minum kat taska je dah 20+ oz..huhuh..camane tu..runsing lagi..and masa aku kursus nanti, ashraf nak jaga dua-dua hero tu..kesian kat dia..tapi aku kagum sbb dia sanggup ambil tanggungjawab tu..sbbnya mmg bukan kerja yg mudah.sedangkan kita ni mak pun terkocoh-kacah melayan diorang, apatah lagi abahnye kan..tapi takpelah, ada org volunteer nak jaga anak2 aku pun, aku dah sangat bersyukur..ada jugak aku tanye ashraf, boleh x kita tinggalkan fahim kat taska, cikgu dia mmg tinggal kat situ, so senang la nak uruskan susu ke, ape ke..tapi telah ditentang keras oleh ashraf. huhuh..kesian katenye, nanti fahim tak jumpa family seminggu (takut abahnya yg demam nanti)..hmm yelah..mungkin itulah kasih sayang seorang ayah..tapi masa aku takde nanti, aku nak carikan susu formula..so senang sikit ashraf waktu malam, kalau fahim terjaga..xpayahlah nak thaw kan susu beku, tunggu panas, dll..prinsip aku senang je, die dah tolong nak senangkan aku, aku pun boleh tolong senangkan dia..tapi mungkin fahim bukan lagi baby yg exclusively breastfed, tapi keadaan sebegitu, jadi perlulah aku dan ashraf fikirkan solution yg praktikal, insyaAllah..but then, masa tu pun fahim dah 6 bulan kan..huhuhu..lepas la 6 bulan ku menyusukan fahim kot nanti..huhuhuh
hmm banyak betul yg bermain dalam fikiran aku sekarang ni..ada masa lagi nti aku coretkan..sekarang kena siapkan slide utk presentation nx week pulak..T_T
Wednesday, November 16
kalau ikut time ni masa imran dulu, aku dah bagai nak gila menahan sakit dalam labour room hospital putrajaya..time2 ni dah mula mengenali gas entonox yg jadi peneman setia..huhuh..doktor pakar siap round 2, 3 kali offer nak bagi epidiural tapi kami xmau :P hihh mcm2 perasaan bila pikirkan balik pengalaman bersalin ni..
so anyway, malam semalam ku mgatal ajak ashraf makan kenny rogers..teringin pulak rasenye..plus dah xde idea nak masak ape..tapi bagi alasan best- dah nak dkat2 tarikh mcm due date imran..kot2 lepas dapat makan ni, baby kluar kot (dulu imran popped out lepas aku dapat makan chicken chop. HAHAH :D so we figured maybe we could rasuah the 2nd baby kenny rogers pulak..pfft!) off we went to alamanda lepas maghrib semalam..on our way to alamanda, terasa contraction sket2..i got quite nervous tapi sedapkan hati sendiri..maybe sbb aku excited kot nak pergi makan kenny rogers..huhu..so the pain subsided and takdela kuat mana pun throughout the dinner time..imran sgt2 behaved, alhamdulillah!! he took a large portion of my mac n cheese (hmm must buy a separate meal for him next time) and ate my drumstick too @_@ sabar je lah..lepas makan terasa balik contractions..cuak lagi. tapi masa jalan2 tu dah tak rasa dah balik..
surprisingly, mlm tadi dapat tidur lena..ashraf pulak yg cuak sbb dia mcm dah ready if the baby would pop out this morning..kesian dia :p siap terjaga pukul lima lebih bila nampak aku duduk terpisat-pisat atas katil. aku mmg stail camtu. terpisat2 atas katil setengah jam baru ada feel nak mandi pagi :) siap tanya 'dah ada tanda ke? berdarah ke?' haha..takde pun..cume contraction sikit je..bengkak kaki ku dah mula surut, and lagi satu terperasan ada perasaan 'ligthening'-terasa macam ringan je badan..baca dalam internet, itu tanda baby dah engaged..ready to see the world any time soon..ga ga ga!! :D of course, i'm happy and nervous at the same time. but i choose to be happy lebih kot..nak tengok baby!! (hihi poyo je. kalau la tak bersalin sampai w40, mau menangis aku)
start esok aku cuti..tapi bukan cuti bersalin awal..ni namanya cuti sbb nak bermalasan kat rumah..harap2 time bermalasan tu ada la rasa nak bersalin..huhuh..boleh start cuti berpantang terus kan :) time berpantang nanti xtau la how frequent ku boleh update..almaklumlah maxis broadband kat rumah aku tu kelajuan kura-kura yg patah kaki. benci betul. nanti kau. tahun depan ku pasti terminate perkhidmatan kau. muahaha!!
oklah, nanti ku update lagi, insyaAllah
Tuesday, November 15
start dr malam 10.11.11 ke perut ku dah rasa kejung2..early contraction rasanye. masa tu agak cuak jugak. seboleh2 mmg ku xnak deliver on 11.11.11 wpun byk org suka tarikh cantik2 camtu kan. tapi bukan daku kot. hehe. sbb nya ialah takut doktor2 dihospital mdapat ramai patient padi tarikh cantik tu dan akan overworked dan penat dan biasala kalau penat kan, doktor pun manusia jugak-mungkin moody dll. hmm ku xmau :p biarlah baby keluar tarikh biasa2 tapi harapan aku doktor2 dan misi2 dpt menyambutnya dgan baik..insyaAllah..
sejak dari 10hb, contraction dtg kejap2 je..tanda2 lain belum ada lagi..sometimes rasa quite frustrated jugak..hehe bile baby nak kluar ni? bilakah? bilakah? (aku dah rasa malas nak pergi kerja sebenarnya) sabar..sabar..semuanya telah tertulis..walaupun pernah ada pengalaman melahirkan, rasa cuak sentiasa ada.. :s harap2 semuanya berjalan lancar! persediaan utk bpantang- bilik bawah kami dah letak katil, dah ada kipas..insyaAllah selesa..hihi.. :) tak payah la aku panjat turun naik tangga.
work wise, aku dah setelkan apa2 yg patut (mengikut kemampuan..hihih)..harap2 aku tak menyusahkan kak anis sepanjang masa aku cuti nanti..kesian dia kerja sorang2..mungkin next januari ada new student nye intake..mesti byk kerja..ohh bertabah lah kak anis!! i wish i could help you out during the challenging times..tapi aku dah plan nak amik cuti 3 bulan..huhuh :p sbbnya kali ni ku nak betul2 susukan anak aku..xnak jadi mcm masa imran dulu..sekejap je dia menyusu badan..uhuh..ok, harus lebih positif kali ini. semoga hasrat murni aku dipermudahkan.
sekarang aku menanti hari nak berjumpa dgan baby ni..camane la ye, nak bahagikan tanggungjawab yang makin besar ni..
Monday, May 23
bikin panas

lebih kurang camni la perut aku sekarang. huhuh. baru 3 bulan agaknye org tengok aku dah mcm 5 bulan agaknye. menyesal aku xpantang betul2 dulu. bengkung? seminggu je aku pakai..jamu? makjun? xde maknenye aku makan..
sekarang menyesal tak sudah..HUAAAA!!! T_T
ok2 harap belum terlambat utk aku dptkan semula btuk bdn ideal. aku sebelum ni pun xde la kurus pun. plump jugak tapi rasenye kena jugak pantang betul2 kang nanti aku yg menyesal lagi.
oh, utk 2nd baby ni aku berazam utk breastfeed jugak. dulu masa imran aku sempat breastfeed 3 bulan je. Allah je yg tahu bertapa jahilnya aku masa tu..huhh xusahla dikenang lagi. benda dah lepas. yg penting lepas ni aku kena usaha sungguh2 tentang 2 perkara ni.
kepada adik ku min, memandangkan kita share genetik yg sama, ku nak nasihatkan silalah berpantang dengan ketat yaaaa. jgn pantang main2 mcm ku dulu nti ko menyesal (nada ugutan) heheheh.
oklah. enough bebel hari nih. bye bye
Wednesday, January 19
one tough decision
itulah yg berlaku pada aku awal minggu ni. sebenarnye aku dah fikir dari hujung tahun lepas, masa maid aku kate nak berhenti..tapi aku kuatkan hati, kuatkan badan jugak..tapi apakan daya, 3 minggu ni je dah merubah segalanya.
keputusan yang terpaksa aku lakukan ni adalah utk kepentingan keluarga aku jugak. bukan untuk kepentingan aku sendiri. mmg bukan kepentingan aku lansung. kalau difikirkan benda ni utk aku, mmg aku xbuat laa..tapi itulah kan..sekeras mana hati perempuan ni, when it comes to family matters, mmg kalah punye lah..:p
dan keputusan berat yg aku terpaksa buat itu ialah utk menangguhkan pengajian master aku kat upm..tangguh je...bukan quit, insyaAllah..tangguh utk 1 sem ni..then july akan sambung balik..seperti yg aku katakan tadi, ini ialah keputusan yg TERPAKSA diambil..oleh kerana terpaksa, aku berasa sedih yg amat sangat sekarang nih T_T kalau difikirkan mcm mengada la pulak kan..itu pun nak sedih..tapi sungguh, Tuhan saja yg tahu betapa beratnye aku nak keputusan awal minggu ni..dan keputusan ini sebenarnye dibuat demi imran. tak sanggup aku tengok die selalu sakit dan kemungkinan aku selalu x ada kat rumah pada weekdays dan weekends.
postgraduate study ialah perkara yg very near and dear to my heart. rasenye semenjak menjadi seorang ibu ni, banyak perkara yg aku telah korbankan. wang ringgit, masa, kesukaan aku, rehat dan lain-lain..bukan la aku nak merungut tapi tanye lah mana2 ibu pun, semua akan menjawab yg sama..life is and never will be the same once you have children or a child. bagi aku, semua itu tanggungjawab dan aku redha. aku bahagia dengan apa yg aku ada walaupun pada mata kasar, sumenye sederhana :) itu dah cukup bagi aku..
dan pada fikiran aku la, disebabkan seorang ibu banyak berkorban utk org lain, ada masanya yg aku ingin dan aku perlu lakukan sesuatu utk diri aku sendiri..aku bukannye suke pergi shopping (plus, xde duit pun) beli barang kemas ke ape utk diri aku..xde jugak aku mintak ashraf bawak aku kesana-sini makan angin..kire mmg sederhana betul la hidup aku ni..tapi satu perkara yg aku gunakan duit aku lepas penat bekerja ialah dengan sambung belajar...itu perkara yg paling bermakna buat aku. so bila aku xdapat lakukan perkara ni, aku berase sangat sedih.. T_T
aku harap pengorbanan ni berbaloi..as much as i love continuing my study, Allah knows i love love my family even more..tabahkan lah hati, wani..insyaAllah, july nti sambung balik..i do hope imran will get better soon and can better adapt to nursery's environment...itulah antara harapan aku utk tahun 2011 ni..amiin
Tuesday, December 21
Wednesday, November 3
hello november!
cepatnye masa berlalu..
sekarang ni aku sgt sibuk, dengan tugasan master, dengan keje kat ofis, nak dekat final exam..hmm bile lah fasa ni nak berlalu haa :p
cepatlah berlalu
aku dah x sabar nak balik awal dari ofis..nak bawak imran jalan2 waktu petang..
Friday, June 25
hadiah anniversary yang kedua
Thursday, May 27
what i want for my 2nd anniversary
so lately, somehow or rather, i missed the old days where i got to get out off the house and move (my butt)! the best exercise that i could get nowadays is when i spend time playing with imran. yelah, i come home at around 6.15pm, sempatla nak bawak imran jalan2 sekejap. pastu nak kene masuk rumah dah, sbb nak maghrib. hmm T_T not that i'm complaining, it's just that i think i really need a good exercise. need to slim down a bit as well :) ngeehehe.
last night, ashraf asked me what do i want for our 2nd anniversary. he suggested that we go out for a nice dinner somewhere, but i didn't feel like it. yelah, you spend few hundreds on food, and that's it. no no no...the 1st anniversary dah makan2, so, this time around, dah xnak dah! hehe (do i sound ungrateful here?)
so i'm thinking of getting a BICYCLE! :) it is so obvious isn't it? i want to slim down-hence i need to exercise. me-to exercise-need a bicycle.heheheh..simple rite? so i googled 'feminine bicycle' and found these babies. they are super cute!!!


i'm hoping to find these kinds of bicycles but let's get real, it is HARD to find bikes like these in Malaysia. kalau ada pun, semestinya ia adalah sgt expensive :( am i right or am i not right? of course, i'm right! :) but let's not lose hope, shall we? even though the probability is super low, but hey, i CAN afford to dream (kesiannye). xpelah, yg penting, dapat basikal. hehehe..cantik kiut miut belakang cerite laaa..
aku nak basikal~!!!!!