Friday, April 6
Wednesday, August 3
12 tahun sudah
alkisahnya, dulu kan masa belajar kat taiping, banyak gila nyamuk. especially waktu subuh. kalau pakai kelambu pun kadang2 dia boleh masuk dan berkenduri. apatah lagi dibilik aku yang mmg malas nak pasang kelambu tu :p jadinya, boleh dikatakan aku selalu menjadi mangsa nyamuk. tapi herannya aku dengan nyamuk tpg ni, dia lepas hisap darah (selalunya kat kaki) die lepak atas katil plak. rehat kejap lepas kenyang agaknye kot. mesti die tak tau aku tidur lasak. akibatnya, pagi2 bila aku bangun mesti ada tompok2 darah atas hujung katil (bukan darah period ye) sbb nyamuk kenyang kena lenyek dgan kaki aku. hmph. b***h betul. dah kenyang malas pulak nak terbang. kan dah mati. muahahaha!!! (pastu menyusahkan aku sbb kena selalu cuci cadar. nasib baik ada dobi)
tu la pasal aku benci gila kat binatang ni.
disebabkan terlalu benci, kalau ada can pukul nyamuk, mesti aku pukul. yg sadis nya (menurut ex-rumetku, ngahzaifa), aku suka plak buat koleksi nyamuk dah mati tu. wahahaha!! macam sakit mental kan? kumpul trofi la konon. dah lepas pukul nyamuk, aku suka lekat kat buku. siap ada buku khas lagi (tu yg ngah marah tu). aku panggil tu muzium nyamuk. ahahaha :D bodoh jugak aku time tu yek. konon2 nak bagi pengajaran la dekat nyamuk lain. sbb muzium nyamuk tu aku letak atas meja study bilik aku bila malam2. tapi yg anehnya kan, mmg kurang la nyamuk yg dtg lepas tu. mungkin banyak yg mengambil pengajaran. ada sikit2 je yg daredevil nak test power agaknya.
itu sahaja update kali ni. tersengih sorang aku dari tadi..ini bukan la entry memperingati ulangtahun kematian binatang tu. just suka-suka je. mengenang kejahilan waktu muda (sekarang aku dah tak buat dah, so xberapa jahil la kan).
Tuesday, June 28
tentang seseorang
kawan aku yg seorang ni sangat istimewa bagi aku. walaupun kami bukan berkawan baik, tapi kehadiran dia dalam hidup aku banyak mengajar aku banyak perkara dalam hidup dan dia sebenarnya dah banyak bantu aku mengenali diri aku. huhu. ini bukan kisah jiwang ye. ini sebuah kisah persahabatan :) dan orang yang aku maksudkan pun adalah seorang perempuan.
aku kenal dgan dia masa belajar kat mrsm dulu. dia ni classmate aku. tapi dia ni sgt2 pendiam. jadi aku xberapa rapat dgan dia. masa mula2 masuk mrsm, aku serabut. sebenarnya aku xberapa suka duduk asrama (maklumlah budak sekolah harian) dan berasa sangat tensyen dan frustrated dgan sistem mrsm (oh itu kena buat entri lain pulak). jadinya, ntahlah, aku pun hidup dgan dunia aku je masa tu. ikut suka aku je nak buat ape.
nak dkat tengah tahun 1999, family aku pindah kedah sbb abah kerja kat UUM. hoh balik bercuti terpaksala aku balik ke kedah. masa tu kan aku newbie bab2 naik bas ni. jadinya aku terpaksa depend on kawan2 dari kedah..maka aku pun mula la berkawan dengan budak2 kedah..ada 2 org sebenarnya, sorang tu jadi kawan baik aku sampai sekarang, izma..dan sorang lagi tu ialah orang yg tgah aku tuliskan ini.
kawan aku seorang ni seorang yang misteri. hehe. kalau kita cakap dengan dia, dia diam je. dan senyum. respon pun kadang2 je (itu pun selepas dipaksa..wahaha). tapi aku selalu paksa dia cakap. mungkin kadang2 dia rimas dengan aku. tapi kami tetap berkawan macam biasa. mungkin aku suka kawan dgan dia sbb dia pendengar yg baik. cakap pun lembut je. macam2 cerita dia dengar dari aku. tapi aku jarang dengar cerita dia.
dah masuk form 5, kami semakin rapat. masa cuti pun dia pernah datang rumah aku. jadi dia pun mula cerita serba sikit kisah dia pada aku. tapi tak sebanyak yg aku cerita laa. sbbnya dalam kelas pun dia ada besfren lain, aku ada besfren lain. hehe. kadang2 aku ikut jugak dia pergi PSP (library) sbb die ni suka tido kat library waktu prep. muahahaha!!!! :D
ok, berbalik kepada gambar pepatung itu. masa nak dekat spm, kami (aku je kot) mengalami tekanan jiwa yg hebat. anehnya, dalam ramai2 kawan yg ada, dia sorang yang mcm faham tekanan aku. jadinya, satu petang waktu riadah, kami dapat kebenaran keluar dari maktab. maktab aku ni dekat dengan air terjun dengan bukit. and depan sekolah pun ada kolam sungai kecik..masa jalan-jalan tu dia ajak aku pergi situ..sampai kat sana, kitorang pun rendam2 kaki..best air sejuk!!! nak dekat sampai lutut..kami pun main2 je air kat situ..masing2 senyap je tak borak ape sangat..tiba2 kami nampak pepatung warna biru hijau bertenggek atas batu..mmg cantik..ingat lagi dia kata kat aku 'kalau kau tengok ni lain kali kau ingat la kat aku'.. :) nampaknya harapan dia tercapai..sbbnyatak payah tunggu pepatung yg cantik2, kalau aku tengok pepatung biasa pun aku selalu teringatkan dia.
lebih kurang macam ni la rupanya, tapi ni aku google je