Pages

Friday, May 25

semalam ade majlis birthday kawan imran kat taska (tapi x ingat pulak nama dia siapa)..parents budak tu bagi topi kuning siap ada logo al-fatih lagi..huhuh...sungguh kelassss cenderahati diorang..i like :)
dulu-dulu imran xsuka pakai topi, tapi bila dapat topi ni, terus ok je..mungkin tengok kawan2 dia pakai dia pun nak jugak kot..yg xtahan tu, siap pakai masa tido..@_@ bila suruh cabut, nangis la pulakkkk...




 adk fahim spt biasa, mesti nak join the fun jugak..tengok abg imran main gasing atas kerusi tu, dia pun mula usya dengan teliti..hmm seperti yg dijangka, dia kacau imran main..huhuh :p ape lagi, menjerit la abang tu..oh ya, fahim dah boleh merangkak!! alhamdulillah..seronok tengok dia dtg 'cari' aku kat dapur..huhuh jauh jugak dia merangkak dari ruang tamu sampai dapur tu..tapi sampai sikit je, pastu abahnya tarik ke depan balk..hahahah kesian fahim..

pagi ni dia bangun awal, masa nak pergi hantar taska, tak nak duduk baring dalam car seat..nak duduk betul2..huhuh suka hati laaa fahim..siap protes, gigit tali pinggang tu.mulut muncung je..

hmm sekarang ni fahim dah start makan bubur..kat taska makan 3 kali..taska buat kan...kat rumah, aku buat bubur nasi baby yg dalam tin je..huhu..i feel so bad but honestly sekarang mmg xsempat..maafkanlah ibu ye fahim..nti dah habis dip ed 2 minggu tu, kelas upm pun abis, ibu masak elok2 utk fahim ok :) insyaAllah..

oklah, itu je hari ni..seronok jugak update sikit2 mcm ni..xdela byk sgrt nak di taipnya.hahaha..nanti kat dip ed kena dok asrama mrsm kkb..konfem sangap...modem maxis pun aku dah pulangkan dah..mungkin tak dpt bukak blog..sangap betul..ohh tensyennya pikir tarikh dip ed makin dekat!!!!! @_@

Wednesday, May 23

fahim dah 6 bulan hari ni.. :)

sekejap je rase perjalanan ni..pejam celik, dah 6 bulan dah ye..apa2pun syukur dikurniakan anak yang sihat dan sempurna sifatnya..alhamdulillah..hari ni nak bawak fahim pergi inject 6 bulan..huhuh..dah 2, 3 malam ni, dia asyik ngaruk je..pelik jugak..sbbnya fahim sebelum2 ni jenis yg easy baby..jarang nak cranky2, especially time nak tidur..mungkin sbb nak tukar bulan kot, tu yg perangai lain sikit tu (agaknya lah)..haiii..jgn la dia buat perangai camtu lagi time aku xde gi dip ed nanti..heheh...kesian ashraf..aku pun dah mula masak utk stok ashraf makan ms aku xde..imran punye, aku pening lagi..laki ku xberapa reti masak2 ni..camane eh..takkan makan roti tiap2 hari..takpun nasik nngan kicap je? @_@ kesian imran..

ok, berbalik kepada kisah fahim. dah 6 bulan ni, dia dah boleh duduk sendiri, dah boleh main sendiri..tapi, seperti biasa suka kacau imran main..hahah...kesian tgk imran selalu mengalah dengan adik dia..tapi hakikatnya, dia mmg sgt sayang fahim..jgn la org kata nak ambik adik dia..konfem berdrama swasta dan dan tu jugak.. :)
budak dua orang tengah leka baca buku..
dah puas belek buku, belek mainan sama-sama pulak
fahim dah boleh duduk sendiri :)

abang yang sayang adik dia..tidur pun nak dekat-dekat :)
hari ni menggodek2 laptop sbb nak siap utk bawak gi dip ed nanti..huhuh sempat jugak la bukak picasa buat collage baru..gambar terkini keluarga ku..tapi ade seketul jugak gambar aku kat tengah2 kan..hahaha..gambar yg sungguh kelihatan spt makcik ngumpat..tapi mmg aku tgah mngumpat pun masa tu :p nanti boleh tengok2 bila rindu..T_T  (tiap2 hari pun rindu)

Tuesday, May 15

gambar-gambar fahim belajar duduk, merangkak sikit-sikit.



alhamdulillah, dah masuk 5 bulan lebih ni, nampak fahimdah pandai nak duduk sendiri, dah mula nak merangkak. sekarang ni kaki tak kuat lagi, so dia banyak 'mem-beluncas'. agak-agak orang faham tak? pergerakkan dia kire macam ulat beluncas lah senang cerita. hahahah :)

haa sekarang baru ada masa sikit nak tulis2 blog..sem ni keja agak banyak kat ofis..hmm xtau apa yg aku buat sampai bz bebeno tapi itulah hakikatnya..aku tak da masa..ke, tak pandai menguruskan masa? ape2pun aku tetap kena teruskan jugak la...dah nama kerja kan..

hari ni aku nak menulis ttg refleksi diri sendiri sepanjang hampir 6 bulan selepas melahirkan fahim..dari segi personal, aku rasa tanggungjawab makin bertambah..kalau masa imran aku dah rase tak sempat nak melawa macam dulu2, dengan ade fahim ni, ha ha ha...lagi lah aku xsempat..:p ikut dan aje ape2 pun..nak kluar rumah pun mesti pakai baju nursing yg aku suruh mimin belikan kat mumdreams tu..setakat ni aku ada 4 keping..maka 4 keping tu laa yg aku pusing2 pakai..hahaha :D kelakarnya..tapi ye lah kan, itu lah antara cabaran dalam menyusukan baby kan..kalau masa imran dulu, xde sehelai pun baju nursing..huhu..aku susukan dia pun 3 bulan je, pastu terus switch ke formula..untuk kali ni, aku bersungguh sikit lah :) doakanlah aku bertabah hati..moga2 tak separuh jalan aje..

oh ya, lagi 2 minggu, aku kena pergi dip ed, kali ni dia buat kat upsi pulak..tapi menginap di asrama mrsm kkb..what the what kan? kalau ikut hati, rase malas nak pergi sbb fahim masih menyusu badan dan malam2 pun 2,3 kali jugak dia menyusu..tapi nak buat camane..inilah tuntutan kerja..semoga apa yg aku usahakan ni akan membantu keluarga aku..insyaAllah..sebenarnya aku dan ashraf dah foresee benda ni akan jadi, sejak sebelum fahim lahir lagi, cumanya bila ia hampir jadi, aku tak tau nak hadapi camane..huhuh..ya, kami dah menjangkakan 2012 akan menjadi tahun yang mencabar..ashraf sambung balik belajar, aku pun sambung belajar, dip ed dan master, rumah kami takde maid, nak hantar dua budak pergi taska..dan lain-lain lagi..semuanya agak mencabar jugak la..

tapi dalam semua cabaran tu, setakat ni belum lagi aku rasa kepayahan yg amat sgt..alhamdulillah. walaupun xsemua perkara aku dapat dengan sempurna, setakat ni mampu handle lagi. itu lah antara sebabnya kami namakan dia Fahim Nazhan..dengan harapan dia akan faham dengan keadaan ini..dengan kekalutan ini..dan harapnya dia faham dia bila ada hari-hari yang ibu tak ambik fahim kat school..bila ibu tak sempat tengok fahim main sebab sibuk kat dapur..haihh macam-macam sungguh...apa2pun, sebagai seorang ibu, aku harap fahim, walaupun belum mampu berkata-kata, aku yakin dia mampu merasa..dan aku berharap dia mampu memahami keadaan kami yang tidak mampu sentiasa berada dengannya..mcm tu jugak dengan imran, walaupun dia dah faham dengan jadual kami, tapi apakah dia selesa dengan keadaan macam ni? bila ada masa ibu terpaksa pegang adik aje sbb adik menangis dan nak perhatian..macamane pulak dengan imran? huaahh..emo pulak aku T_T

utk 2 minggu tempoh berkursus tu, hujung minggu akan balik kerumah, utk hantar stok susu fahim..insyaAllah..aku sgt berharap dapat menyusukan fahim sampai 2 tahun, tapi stok susu kat rumah xde lah banyak mana..kalau satu hari paling byk aku dapat pam 15oz, dia minum kat taska je dah 20+ oz..huhuh..camane tu..runsing lagi..and masa aku kursus nanti, ashraf nak jaga dua-dua hero tu..kesian kat dia..tapi aku kagum sbb dia sanggup ambil tanggungjawab tu..sbbnya mmg bukan kerja yg mudah.sedangkan kita ni mak pun terkocoh-kacah melayan diorang, apatah lagi abahnye kan..tapi takpelah, ada org volunteer nak jaga anak2 aku pun, aku dah sangat bersyukur..ada jugak aku tanye ashraf, boleh x kita tinggalkan fahim kat taska, cikgu dia mmg tinggal kat situ, so senang la nak uruskan susu ke, ape ke..tapi telah ditentang keras oleh ashraf. huhuh..kesian katenye, nanti fahim tak jumpa family seminggu (takut abahnya yg demam nanti)..hmm yelah..mungkin itulah kasih sayang seorang ayah..tapi masa aku takde nanti, aku nak carikan susu formula..so senang sikit ashraf waktu malam, kalau fahim terjaga..xpayahlah nak thaw kan susu beku, tunggu panas, dll..prinsip aku senang je, die dah tolong nak senangkan aku, aku pun boleh tolong senangkan dia..tapi mungkin fahim bukan lagi baby yg exclusively breastfed, tapi keadaan sebegitu, jadi perlulah aku dan ashraf fikirkan solution yg praktikal, insyaAllah..but then, masa tu pun  fahim dah 6 bulan kan..huhuhu..lepas la 6 bulan ku menyusukan fahim kot nanti..huhuhuh

hmm banyak betul yg bermain dalam fikiran aku sekarang ni..ada masa lagi nti aku coretkan..sekarang kena siapkan slide utk presentation nx week pulak..T_T

Monday, May 14

alkisahnya, hari tu imran ajar la fahim main laptop. masa tengahari sebelum tidur. so dia ajar la tekan itu tekan ini nanti kelur lagu-lagu, bunyi-bunyi..adik pun uuu aaaa macam faham..hahaha..so laptop dah jadi kegemaran si fahim..
few nights lepas tu, fahim pun masih ralit main laptop tu..dan semakin obses dengan bendalah tu. kire die orang je la nak konker. xnak share main dengan abg imran dah T_T aiyyyyoo..kecik2 dah pandai eh fahim
ni muka fahim bila imran mintak nak main laptop 
siap marah lagi bila imran nak tarik laptop
time ni die dah suke dah sebab dapat main laptop sorang-sorang..sengih je tengok laptop tu
dah lepas few minutes, boring dengar laptop nyanyi, carik abang imran lagi. abg imran tgah main bowling.

kesian imran, dia susun, adik dia jatuhkan..asal susn, fahim jatuhkan..huhuhuh
begitulah kisah dua beradik ni main sama2..nasib baik lah dapat abg imran tu fahim..geram2 dia dekat fahim pun dia nangis je..xde nak pukul2 adik..adik je la suke usik abang T_T

oo fahim ni jenis bangun awal pagi..and suke kejut orang jugak..tapi cara yg agak ekstrim..dia ni suka TARIK RAMBUT!! aduiiii...aku dah kena, abah dia dah kena, imran pun dah kenaaa..kesian imran nangis2 bangun tidur..si kecik ni sengih2 gelak je..aduhaiii..

yang kelakar tu, malam semalam imran masa nak tidur, baring jauh2 je dari aku..ajak2 datang tidur dengan aku pun xnak dah..pelik betul..selalunya die nak tidur dngan aku..so aku tanyela kenapa..die kata nak tidur dengan abah..ooo oklah, aku kate. takpelah, dia nak tidur dgan abah.. dah nak lalok2 nak tidor tu, dia datang bisik kat telinga aku

'ibu hati-hati, nanti fahim tarik rambut, sakit!'

T_T alahai imran..kesian anak ibu!!

Fahim oh fahim

Sekejap aje dah nak 6 bulan dah fahim.mcm2 dah pandai.paling suka skrg ni baca buku dgan kcau abg imran.imran pgg apa smua dia nak.slalunya imran mgalah je tp ada jugak time yg imran amik blik mainan dia.huhuhu.well xblh jgk muakan adik je kan.

Gambar budak xsbr nak tgk buku,xsempat nak pkai lampin T,T
posted from Bloggeroid