Tuesday, May 15
hari ni aku nak menulis ttg refleksi diri sendiri sepanjang hampir 6 bulan selepas melahirkan fahim..dari segi personal, aku rasa tanggungjawab makin bertambah..kalau masa imran aku dah rase tak sempat nak melawa macam dulu2, dengan ade fahim ni, ha ha ha...lagi lah aku xsempat..:p ikut dan aje ape2 pun..nak kluar rumah pun mesti pakai baju nursing yg aku suruh mimin belikan kat mumdreams tu..setakat ni aku ada 4 keping..maka 4 keping tu laa yg aku pusing2 pakai..hahaha :D kelakarnya..tapi ye lah kan, itu lah antara cabaran dalam menyusukan baby kan..kalau masa imran dulu, xde sehelai pun baju nursing..huhu..aku susukan dia pun 3 bulan je, pastu terus switch ke formula..untuk kali ni, aku bersungguh sikit lah :) doakanlah aku bertabah hati..moga2 tak separuh jalan aje..
oh ya, lagi 2 minggu, aku kena pergi dip ed, kali ni dia buat kat upsi pulak..tapi menginap di asrama mrsm kkb..what the what kan? kalau ikut hati, rase malas nak pergi sbb fahim masih menyusu badan dan malam2 pun 2,3 kali jugak dia menyusu..tapi nak buat camane..inilah tuntutan kerja..semoga apa yg aku usahakan ni akan membantu keluarga aku..insyaAllah..sebenarnya aku dan ashraf dah foresee benda ni akan jadi, sejak sebelum fahim lahir lagi, cumanya bila ia hampir jadi, aku tak tau nak hadapi camane..huhuh..ya, kami dah menjangkakan 2012 akan menjadi tahun yang mencabar..ashraf sambung balik belajar, aku pun sambung belajar, dip ed dan master, rumah kami takde maid, nak hantar dua budak pergi taska..dan lain-lain lagi..semuanya agak mencabar jugak la..
tapi dalam semua cabaran tu, setakat ni belum lagi aku rasa kepayahan yg amat sgt..alhamdulillah. walaupun xsemua perkara aku dapat dengan sempurna, setakat ni mampu handle lagi. itu lah antara sebabnya kami namakan dia Fahim Nazhan..dengan harapan dia akan faham dengan keadaan ini..dengan kekalutan ini..dan harapnya dia faham dia bila ada hari-hari yang ibu tak ambik fahim kat school..bila ibu tak sempat tengok fahim main sebab sibuk kat dapur..haihh macam-macam sungguh...apa2pun, sebagai seorang ibu, aku harap fahim, walaupun belum mampu berkata-kata, aku yakin dia mampu merasa..dan aku berharap dia mampu memahami keadaan kami yang tidak mampu sentiasa berada dengannya..mcm tu jugak dengan imran, walaupun dia dah faham dengan jadual kami, tapi apakah dia selesa dengan keadaan macam ni? bila ada masa ibu terpaksa pegang adik aje sbb adik menangis dan nak perhatian..macamane pulak dengan imran? huaahh..emo pulak aku T_T
utk 2 minggu tempoh berkursus tu, hujung minggu akan balik kerumah, utk hantar stok susu fahim..insyaAllah..aku sgt berharap dapat menyusukan fahim sampai 2 tahun, tapi stok susu kat rumah xde lah banyak mana..kalau satu hari paling byk aku dapat pam 15oz, dia minum kat taska je dah 20+ oz..huhuh..camane tu..runsing lagi..and masa aku kursus nanti, ashraf nak jaga dua-dua hero tu..kesian kat dia..tapi aku kagum sbb dia sanggup ambil tanggungjawab tu..sbbnya mmg bukan kerja yg mudah.sedangkan kita ni mak pun terkocoh-kacah melayan diorang, apatah lagi abahnye kan..tapi takpelah, ada org volunteer nak jaga anak2 aku pun, aku dah sangat bersyukur..ada jugak aku tanye ashraf, boleh x kita tinggalkan fahim kat taska, cikgu dia mmg tinggal kat situ, so senang la nak uruskan susu ke, ape ke..tapi telah ditentang keras oleh ashraf. huhuh..kesian katenye, nanti fahim tak jumpa family seminggu (takut abahnya yg demam nanti)..hmm yelah..mungkin itulah kasih sayang seorang ayah..tapi masa aku takde nanti, aku nak carikan susu formula..so senang sikit ashraf waktu malam, kalau fahim terjaga..xpayahlah nak thaw kan susu beku, tunggu panas, dll..prinsip aku senang je, die dah tolong nak senangkan aku, aku pun boleh tolong senangkan dia..tapi mungkin fahim bukan lagi baby yg exclusively breastfed, tapi keadaan sebegitu, jadi perlulah aku dan ashraf fikirkan solution yg praktikal, insyaAllah..but then, masa tu pun fahim dah 6 bulan kan..huhuhu..lepas la 6 bulan ku menyusukan fahim kot nanti..huhuhuh
hmm banyak betul yg bermain dalam fikiran aku sekarang ni..ada masa lagi nti aku coretkan..sekarang kena siapkan slide utk presentation nx week pulak..T_T
Tuesday, June 21
yippeee :)
sebelum2 ni aku xleh nak komen di blog sendiri. lama jugak. dah berapa minggu dah.
bengang punya pasal, aku pun google la pasal benda nih.
so lain kali, masa nak log in acc blogger tu, please leave the "stay signed in" box UN-ticked. muahahah. ok, lepas ni insyaAllah ku akan membalas komen2 yg ada..huhuhuh
Monday, June 20
perkembangan emosi
1. dia tak suka kotor. sekarang die dah pandai ngadu..kalau keluar keta je mesti xnak pijak simen jalan (kat luar rumah aku xtiles sumenye). sekarang ni amik dia dr taska, aku suka cabut selipar dia sbb die suka berdiri atas seat keta..kang kotor nanti kang..so dah sampai rumah malas la pulak nak pakai kan balik..dah alang-alang sampai rumah la katakan..so terpaksa la aku dukung budak tak suka kotor ni sampai depan pintu rumah..padan muka aku :p
2. dia tak suka lambat. sekarang ashraf dah ada iphone. so suka la tunjuk upin ipin kat imran sebelum tidur. ada satu malam tu, buffering kat youtube tu lambat, so aku dgan ashraf borak2 la sementara nak tunggu. tibe2 imran cakap-agak kuat la 'popin lambat!' MUAHAHA!! nampaknya iphone telah dipandang rendah oleh budak umur 2 tahun. mlm2 sterusnya, bile ashraf ajak tgk upin ipin, mesti dia cakap 'LAMBAT!'..hahahah
ada satu malam tu nak kluar gi alamanda. aku dah siap2, tp tcongok depan TV sbb tgk nanny 911. cite tu kan mmg menarik kan? imran dgan ashraf dah siap dah. kat luar. aku je terkulat2. agaknya tak sabar tgk aku tercongok tu, imran pun masuk rumah balik, tarik tangan aku and cakap 'ibu, cepat naik car!' @_@ wohh..dah pandai bg arahan pulak dia nih..
3. malam semalam-ms tu aku nak tidur dah. bdan mmg penat.lgpun br lepas muntah. so mmg aku betul2 nak tidur. ashraf pulak nak tgk bola. dia pun tutup lampu. tinggal la aku dgan imran.dalam mamai-mamai tu, aku dengar imran panggil 'ibu..ibu..ibu..' tapi disebabkan terlalu mengantuk aku xrepy cpt2, aku rase mcm terlelap pulak tapi bila tersedar masih dgar dia panggil aku..aku pun tny knp imran. imran bgtau 'ibu..tidur ini (sini). imma akuk gelap..' uhukk terasa sedih aku..dari tadi panggil aku rupanya nak bgtau dia takut gelap..menyesal tak reply awal2..aku terus angkut comforter pergi katil dia..tepuk2 sikit..elok je dia tidur..menyesal je aku rase mlm semalam..
4. satu ptg tu aku bz kat dapur. aku tinggalkan imran kat depan utk tgk upin ipin. selalunya dia ok je. tapi ptg tu dia sekejap-sekejap dtg dapur ajak aku tgk sama-sama. aku bgtau la aku bz. dah berapa kali aku rejek, die pun nangis pegi depan. dah berhenti nangis tu, aku pun jenguk la dr dapur..mmg dia duduk atas sofa, tapi tak tgk pun upin ipin..die dok tgk karpet..termenung sambil muncung..aku cpt2 cuci tangan terus pergi depan..duduk sebelah dia, aku pun tny, knp imran tak tgk upin ipin? die senyap je xrespon. protes agaknye tu. aikk merajuk rupenye anak aku. aku pun dukung, peluk dia, kata 'imran marah ibu tak tengok upin ipin ye?' reaksi dia mmg aku xsangka2. imran mcebik muka dia pastu menangis..adusss...aku rasa sungguh berdosa time tu...cepat2 aku mintak maaf..peluk cium apa semua..pastu lari pergi fridge amik vitagen satu..pastu ajak dia tgk upin ipin sekali..barulah dia nampak happy..uhukk..sedih aku sedihhh..
5. sekarang ni kalau dia main 'piu-piu' (lego) mesti nak aku main sekali. siap cakap 'ibu main piu-piu' aku tny 'dengan siapa?'. dia mesti kata 'dgan imma' - dgan dia la tu. heheh. kenala join dia main, xlama pun xpe, dlm 5 minit pun cukup. tapi janji kena main skali. tapi dia pun dah tau syarat2nya..mesti mandi dulu, pakai baju, baru boleh main lego tu.
6. suka menunjukkan kasih sayang. :) ooh part ni i like~! die suka dtg peluk aku time aku buat kerja kat dapur..tapi suka peluk dari belakang, sembam muka kat buntuit..hahahah..kalau lah kan aku terkentut..shock agaknya dia nanti.. :p
itu jelah update kali ni..nanti2 aku sambung lagi..insyaAllah
Wednesday, June 15
agak terjengkel
kenapa ye, sesetengah orang suka benar berdoa di fb?Wednesday, May 4
berhati-hati
Friday, April 15
malaikat untuk bayi

Friday, April 8
pengurusan konflik
Tuesday, March 1
catatan ringkas
ok, berbalik cerita semalam..aku ada bawak rm50..plan nak beli ayam, ikan and udang sket..pastu beli buah oren dgan beli sayur2..plan utk stok 2 minggu..logik kan? ok. aku terus pergi tempat ikan. last 2 weeks beli ikan tenggiri 3 keping dah rm 8.90. hmm. rase cam mahal plak. so minggu ni ikan yg low budget sket. so ikan mabong rm 12.90 sekilo. nampak fresh. aku amik 6 ekor. sekali masak 2 ekor, dapat la lauk 3 hari. pastu nampak sotong cantik. tapi sekilo rm18.00. udang xberapa nak comel, so aku opted amik sotong la pulak. ambik 10 ekor. boleh 3 kali masak. so aku dah ada stok utk 3 hari lagi. ok cun. aku budget dalam rm 25-rm27 la pembelian aku.
bile nak bayar, adik ikan tu kate '36 hinggit kak'. aku mcm terkejut. eh?apesal sampai 36 pulak. tolong kire lagi sekali dik. ececeh aku xpuas hati pulak..adik tu pun kire2 la balik. betul daaa...36 hinggit..utk ikan mabong 6 ekor, 10 ekor sotong..entah kenapa aku rase sedih bebeno nak bayar...mahal gile aku rase..nyesal la pulak..tapi ikan dah siang..beli la jugak..xkan xnak amik kan. pastu aku pun blah pergi beli barang lain plak. beli oren yg imran suka tu, 10 biji, rm 10. huaa T_T dah rm46 dah..last 4 ringgit tu aku beli sayur..cukup la rm 50..
ok, point aku menulis ni bukan utk merungut ke ape. cume utk aku (dan siape yg baca ni) bermuhasabah diri..sekarang ni barang2 sgt lah mahal..utk org yg berpendapatan sederhana cam aku ni pun terasa impaknye, apatah lagi org2 yg berkerja dgan gaji yg lebih rendah..sungguh, insaf jap aku semalam. balik rumah, aku pun cerita dgan ashraf pasal ni..nampak dia diam je (selalu die kan banyak mulut. hehe)..die kata, nak buat camane..brg mmg nak kena beli...kalau makan kat luar, confirm lagi mahal..ape yg kita boleh buat, kita jimat la sikit apa yg kita makan...baiklah encik suami..i sahut seruan itu.
langkah penjimatan yg diambil semalam. aku budget dr 10 biji oren, satu hari potong 2 biji. tapi jimatnye pasal, potong 1.5 biji.hahaha. lagi setengah simpan dlm fridge. hari ni potong sebijik je. haa kan jimat tu. dari lima hari, dapat la cover utk seminggu. ikan pulak, dari 2 ekor, goreng 1.5 ekor. hihihih..jimat la sgt..:p
satu hari nanti, kalau imran baca ni, imran kene tau, sesusah mana pun ibu n abah, setakde duit mana pun kami, keperluan imran takkan kami abaikan..ibu dgan abah rela sekat makan (oh kami mmg perlu diet pun by the way) asalkan imran dapat apa yg imran perlukan..takpe, nti kite kumpul duit byk2..insyaAllah kehidupan kite akan lebih baik in future..amiin..
Wednesday, February 2
mane la aku tau.. T_T
nak dijadikan cerita, hari tu aku tengok2 ebay sbb nampak mcm best dan murah..mase tu tgk lampin utk imran, jumpa one seller ni jual murah jugak la. sekeping RM 18. aku macam berminat nak beli. aku pun mesej la die tanya details dsb. pastu dah berbalas email dgan penjual tu, aku ingat nak beli la, so aku pun hit 'buy now' button.
cara pembayaran nye mudah je, buat transfer duit maybank. aku mmg nak transfer dah, tapi mase tu internet ofis sgt lah lambatnye! so tertunda la rancangan aku. entah camane lepas tu aku lansung tak teringat pasal membeli beli kat ebay sbb aku dah beli barang kat online shops yg lain..
so pagi tadi aku terima email dr penjual tu. nampak gaya macam marah. ayat pun spesies xde bahasa punya. aku pun heran la..sebenarnye aku x ingat aku dah tekan button nak beli tu..so die tunggu la bayaran dari aku..hampeh betul...aku pun bgtau la die aku xjadik beli..alasan aku, budget bulan ni lari..he he he :p die pun kate ok. aku ingat ok, ok la kan, rupenye beliau telah me-report kepada ebay.. T_T so ebay hantar notification email lak kat aku suruh buat bayaran or else nama aku di black list, konon nye aku la pembeli yg tak mahu membayar..huaa T_T
lepas ni mungkin susah la aku nak bershopping kat ebay lagik..sbb nama dah blacklist..benci betul T_T
takpe, kedai online lain banyak lagi...
tolong la jgn blacklist aku..aku sebenarnye pembeli yg jujur T_T
Wednesday, January 19
one tough decision
itulah yg berlaku pada aku awal minggu ni. sebenarnye aku dah fikir dari hujung tahun lepas, masa maid aku kate nak berhenti..tapi aku kuatkan hati, kuatkan badan jugak..tapi apakan daya, 3 minggu ni je dah merubah segalanya.
keputusan yang terpaksa aku lakukan ni adalah utk kepentingan keluarga aku jugak. bukan untuk kepentingan aku sendiri. mmg bukan kepentingan aku lansung. kalau difikirkan benda ni utk aku, mmg aku xbuat laa..tapi itulah kan..sekeras mana hati perempuan ni, when it comes to family matters, mmg kalah punye lah..:p
dan keputusan berat yg aku terpaksa buat itu ialah utk menangguhkan pengajian master aku kat upm..tangguh je...bukan quit, insyaAllah..tangguh utk 1 sem ni..then july akan sambung balik..seperti yg aku katakan tadi, ini ialah keputusan yg TERPAKSA diambil..oleh kerana terpaksa, aku berasa sedih yg amat sangat sekarang nih T_T kalau difikirkan mcm mengada la pulak kan..itu pun nak sedih..tapi sungguh, Tuhan saja yg tahu betapa beratnye aku nak keputusan awal minggu ni..dan keputusan ini sebenarnye dibuat demi imran. tak sanggup aku tengok die selalu sakit dan kemungkinan aku selalu x ada kat rumah pada weekdays dan weekends.
postgraduate study ialah perkara yg very near and dear to my heart. rasenye semenjak menjadi seorang ibu ni, banyak perkara yg aku telah korbankan. wang ringgit, masa, kesukaan aku, rehat dan lain-lain..bukan la aku nak merungut tapi tanye lah mana2 ibu pun, semua akan menjawab yg sama..life is and never will be the same once you have children or a child. bagi aku, semua itu tanggungjawab dan aku redha. aku bahagia dengan apa yg aku ada walaupun pada mata kasar, sumenye sederhana :) itu dah cukup bagi aku..
dan pada fikiran aku la, disebabkan seorang ibu banyak berkorban utk org lain, ada masanya yg aku ingin dan aku perlu lakukan sesuatu utk diri aku sendiri..aku bukannye suke pergi shopping (plus, xde duit pun) beli barang kemas ke ape utk diri aku..xde jugak aku mintak ashraf bawak aku kesana-sini makan angin..kire mmg sederhana betul la hidup aku ni..tapi satu perkara yg aku gunakan duit aku lepas penat bekerja ialah dengan sambung belajar...itu perkara yg paling bermakna buat aku. so bila aku xdapat lakukan perkara ni, aku berase sangat sedih.. T_T
aku harap pengorbanan ni berbaloi..as much as i love continuing my study, Allah knows i love love my family even more..tabahkan lah hati, wani..insyaAllah, july nti sambung balik..i do hope imran will get better soon and can better adapt to nursery's environment...itulah antara harapan aku utk tahun 2011 ni..amiin
Tuesday, January 11
bile die merajuk

orang nak amik gamba die buat tak reti jek..mase tu aku pulak bz tolong siap2 barang mase kenduri adik dan kakak aku kat bangi. bile takde org nak layan die, pandai pulak imran pergi bawak diri depan TV tgok konsert tahun baru 2011..sori ye imran, ibu bz sket la hari tu :p nanti kite pergi tengok fish same-same yekFriday, October 8
How Teachers Make Children Hate Reading
adapted from The Underachieving School, by John Holt
We make books and reading a constant source of failure
They are a constant source of public humiliation
We do this from the very beginning of school.
We make little children read aloud
They read before the teacher
They read before other children
They read so that we can be sure of something
They must "know" all the words they are reading
Here is what this means
They may not know a word
Then they are going to make a mistake
They make it right before everyone
They have done something wrong
They are made to realize this instantly
Perhaps some of the other children will begin to wave their hands
The children will say, "Ooooh! O-o-o-oh!"
Perhaps they will just giggle
Perhaps they will nudge each other
Perhaps they will make a face
"Are you sure"?
Perhaps the teacher will say that
Perhaps the teacher will ask someone else what he thinks
Perhaps the teacher is kindly
She will smile
The smile is sweet
The smile is sad
This is often one of the most painful punishments
A child suffers these punishments in school
In any case, the child has made the mistake
He knows he has made it
The child feels foolish
The child feels stupid
The child feels ashamed
Children associate books with mistakes
Children associate reading with mistakes
Children do this before very long
The mistakes may be real
The mistakes may be feared
They associate books and reading with penalties
They associate books and reading with humiliation
This may not be sensible
It is natural
A cat sat on a hot stove
It would never sit on a hot one again after this
It would never sit on a cold one either
Mark Twain once said that
As true of children as of cats
Leave all books alone
That is the safest thing to do
Children are likely to decide that
They will decide that if they, so to speak, sit on a hot book a few times
They will decide that if books cause them humiliation
They will decide that if books cause them pain
Monday, August 23
reflection
but now in the holy month of ramadhan, i feel more calm and more at ease. i don't spend much time thinking of what to eat or when or what is the next meal going to be. i would just prepare what i have in the fridge and be sensible about what and how much i eat. i still remember one of my teacher/ustazah said 'kebanyakan penyakit hati datang dari perut'. now i think i understand better of what it means but this is only from my personal view. i believe when we eat too much, we'd be lazy and in my case, it often results in me being late in performing solat (because i'm too full? and often give excuse like 'tunggu makanan turun' but at the same time----watching tv).
and sometimes, things get worse (during the non-fasting month) when i go out for lunch with my friends. we ALWAYS go to a place called peladang (i'm not sure why) where there are varieties of food there. being a foodie myself, i can't help taking a bit of (almost) everything onto my plate. hmph!! i know it's MY fault but hey, if somebody else is in my shoes, he/she would probably do the same!! (and the food are all tasty too). what i'm trying to say here is I need no to myself each and everytime i feel like tasting or sampling every little things. okay.
there are more things to be discussed here but i have something else to be settled. i'd definitely write more often if i have the time.
okay. to cut things short, i shall be more mindful of this particular matter. heheh. I am thankful i realise this sooner. i really hope this will continue even after the month of ramadhan is over
Tuesday, July 6
gangguan mimpi
sambil imran main2 ngan tok abah die, aku dgan ashraf borak2 dgan mama. mama ni orangnye suke berkongsi info sbb die selalu pergi ceramah kat surau. kalau die tak pergi surau, die dgr ceramah kat astro oasis. bagus2. banyak info dan ilmu yang mama telah (dan bakal) share dgan kami semua. so, topik malam semalam ialah 'gangguan jin semasa tidur'. erkkk!!!kenape la mama crite bende ni. aku ni dah la penakut. mula2 aku dgr x dgr je. heheh. aku takut kalau teringat2, susah nak tidur malam aku nanti. ashraf je la yang layan..mama pun keluarkan nota yang dia catit mase dgr ceramah (mama aku mmg rajin bab salin2 nota ni) and started reading the list out loud. aku pun dengar je laa..tibe2 aku macam..,'eh, aku macam pernah mimpi je bende ni?....aik, apesal familiar je bende ni..'. mama terus je bace sampai abis..ok fine.
orang selalu kata, mimpi mainan tidur. oo rupe-rupenye, sesetengah mimpi tu mainan jin sebenarnye. aku sebenarnye takut. i was like, ooh aku pernah kene kacau ngan jin rupenye mase tgah tidur. oh jahatnye makhluk ni, kacau aku time aku xsedar (tapi aku xmintak la die kacau time aku sedar pon)..kenapa aku kene kacau dgan jin? takutnye!! itu adalah antara perkara yang ade dalam kepala aku..tapi xberani nak mengaku pulak yang aku pernah mimpi benda2 tu kat sape2. aku pun senyap je la (sambil muhasabah diri).
malam semalam, memang btul aku xboleh tidur. susah sgt2 (aisehh..ini pun satu tanda kan? T_T) jadi, sepanjang malam aku tergolek sana, tergolek sini je laa..hasilnya, kepala pun pening pagi ni...sampai ofis, terus on pc, terus gi google, taip gangguan jin, keluarlah list website yg begitu banyak cerite pasal bende ni.hohoh...jadi ini adalah antara mimpi yang disebabkan oleh gangguan jin.
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1- Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2- Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3- Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik
untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4- Mimpi yang sangat menyeramkan.
5- Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa,
serigala atau tikus.
6- Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7- Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8- Berperasaan sedih pada saat tidur.
9- Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11- Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang
mengerikan.
12- Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat
hitam.
13- Mimpi berada ditempat sunyi.
14- Mimpi melihat kanak-kanak, menyusukan bayi dan kita menyayanginya.
15- Mimpi melihat salib atau gereja.
16- Mimpi melihat paderi.
17- Mimpi bersetubuh dengan lelaki tidak dikenali.
18- Mimpi makan najis.
daripada senarai ni, ada beberapa mimipi yang pernah aku alami. ohh T_T jika anda pernah alami mimpi benda2 sebegini, marilah kite sama2 beringat. sebelum tidur, amalkan ambil air sembahyang, baca ayat2 quran dan amalan2 lain yang dapat melindungi kita dari gangguan makhluk halus.
insyaAllah.