Pages

Showing posts with label diari makcik. Show all posts
Showing posts with label diari makcik. Show all posts

Friday, April 24



Imran finally lost his first loose milk tooth today. Yesterday he told me it was quite difficult for him to chew his food because it hurt and he was afraid the tooth would fall off. So i had to take him to see the dentist at klinik kesihatan bsp. We had an afternoon appointment and alhamdulillah the doctor and nurses were really nice. I told them that it was imran's first visit to dentist and whatnot. They were cool about it. Some time before, imran had watched one of upin ipin series on visit to a dentist and gave him the horror idea of going on one.

So naturally he cried when the dr wanted to check his mouth. Thank god the dr was patient with him and the nurses were nice despite the yelling and screaming. Hahaha. The dr offered to teach me on how to take the tooth off at home. I (politely) declined the offer. I just couldnt bring myself to do it. It is just too scary for me.

So anyway it was done really fast. Alhamdulillah. Imran was crying really loud and i had to bring him to the toilet just to calm him down. After a few minutes he calmed down and i took him to mcd and bought him a strawberry sundae because the dr advised me to give cold food to him. It cheered him up instantly! :)

I later took him to pasar malam. I think he was quite delighted and asked to use my phone to take a photo of us. Hahah. Selfie la pulak anak aku nih.


posted from Bloggeroid

Friday, April 17

One funny boy



The other day he came up to me and said 'ibu nak makan?'

I said no and told him i was already full.

He casually replied 'oh ibu tak nak masuk syurga ye sebab ibu tak bersyukur. Nanti Allah tak bagi ibu masuk syurga nanti'. I was quite taken aback by his response but i didnt say anything in reply. Not long after that he added 'kesian ibu kalau tak masuk syurga. Biar fahim makan kan kerepek untuk ibu ye. Nanti kita masuk syurga' and finished my stock of kerepek bawang while watching disney junior.

Ohh...ok..krikkk krikkk
posted from Bloggeroid

Thursday, April 16



I noticed that gigi bawah imran jarang masa siapkan dia malam tadi. I thought it was normal since he is a teeth grinder masa tido. But i felt that something was weird about the gap so i asked him to open his mouth. I was so surprised to see the permenant tooth peeking there. But he didnt complain about any toothache and he only realised about the loose teeth when i pointed it out. I guess it is not because of tooth decay since there is no foul smell or any sign of dental problem. Maybe it is just the time for it to fall off.



Another milestone there for imran. Ahh my boy just grows really fast.

As much as it saddens me to see him losing his milk tooth i am grateful to be the first to see it. Another blessing for me! I am now wondering when is the best time to take him to see a dentist. Or should i just wait for the tooth to fall off?
posted from Bloggeroid

Sunday, April 12

A desperate wish



I wonder why it is so difficult to shed the kilos off. I have started to cut the daily carb intake, try to walk as much as i can, drink plenty of plain water and i even consume jamu nowadays.

Sadly i havent lost my weight and next month i'll be attending an induction course. A friend told me we need to run around a lot during the course. It scared me to think that i havent been active for years! Huhu. He said if we dont do well in the physical activities we would be liabilities for the team. I dont want that to happen!

Apart from the course thing i have to admit that losing some weight is one of my goal this year. My fav jeans doesnt fit me the way it used to be. Actually it is the other way round. Huuwaaa...I really need to do something about this. Seriously..hmmm.
posted from Bloggeroid

Thursday, May 22

Ramai orang yang kata jadi cikgu ni mudah...kerja pukul 8 lepas tu boleh balik tengahari. Ramai jugak yang kata nak jadik cikgu sebab kerja senang...ajar sikit-sikit...hujung bulan makan gaji..senang je kan..freedom of time tu tinggi...gaji pun ok..hmmm...ye ke eh?  Kebanyakan orang yang kata macam ni, bagi aku la..bukan lah seorang guru...atau pun orang yang tak tau kerja guru sebenarnya. Kalau dia tau kerja guru macamane..mungkin dia tak akan gamak nak cakap macamtu 

Talking about cabaran jadi seorang cikgu ni...aku teringat suatu perkara happened few weeks back..dalam kelas aku..time class presentation. Masa tu budak semester 1 kena present assignment diorang pasal cause and effects..adelah satu kumpulan ni discuss abt the negative effects of social life..mcm tu lah lebih kurang tajuknya..so diorg pun present la..blaa..blaa..bla..the presentation was good..presenter pun fluent so xda masalah la basically..they discussed about the negative effects and masukkan kan lah contoh...contoh yg diberi ialah ttg salah guna fb...ada seorang kawan kpd presenter ni..seorang pelajar perempuan..berkenalan dengan lelaki through fb...so jalan cerita yang agak cliche..berkenalan...jatuh cinta...keluar dating and so on...

Aku pun dengar je lah...tibe2 dia kata...'one day, she was raped by that man she met on fb'..aku terkejut bila dengar statement tu..meremang je bulu roma aku..the class was quiet jugak masa tu..the presenter looked serious. Then dia sambung...'but luckily she didn't get pregnant...ahahahaha'..DIA KETAWA..aku tak dapat gambarkan bertapa marahnya..kecewanya..sedihnya perasaan aku masa tu...(ni menaip pun sejuk rasa tangan aku)...dan lebih mengecewakan...aku perhatikan pelajar perempuan dalam kelas tu pun turut ketawa...ya allah...apa dah jadi ni..aku senyap je..tak join ketawa..tak mampu nak rasa bahawa perkara itu suatu yg lucu..agaknya diorang tengok aku kaku je kat belakang kelas..semua pun diam semula..dan aku pun bertanya kat kumpulan tu.."how is that supposed to be funny?"

Senyap. Takde jawapan dari mereka...Tak mungkin ada jawapan kot soalan tu..so aku pun minta mereka teruskan presentation tu...Q&A session pun mereka ok..boleh jawab soalan yg ditanya oleh kawa-kawan dan aku sendiri...Tak dinafikan mereka ni pelajar yang ok..tak ada masalah...cuma itulah...nilai kita mungkin berbeza..Habis presentation tu sampai la ke hari ni aku teringat-ingat benda tu..Aku masih tak boleh lupa perasaan kecewa melihat mereka ketawa dengan perkara macam tu..ke aku yang dah menjadi kolot dan tak faham perkara yang 'in' dan lawak bagi budak-budak muda sekarang? Apa dah jadi dengan sensitiviti dan pegangan nilai eh?

Makin lama jadik cikgu ni..makin besar cabarannya...bila orang memandang sinis kerja jadik cikgu ni..semakin lama kita bekerja..semakin muda audience kita..semakin besar generation gap..semkain jauh perbezaan cara pemikiran..nilai..sifat keterbukaan..dan banyak lagi perbezaan ketara yang dapat dilihat oleh seorang cikgu...bukan nak kata kerja lain tak mampu menilai perbezaan ni...cuma sebagai cikgu..kau akan merasai semua ni first hand..kalau tak silap dulu pernah ada keluar dalam paper dan berita..bilangan individu yang paling ramai mengalami kemurungan dan gangguan emosi ialah tidak lain dan tidak bukan ialah golongan cikgu...

Tuesday, March 20







macam meroyan je tulis 3 entri satu hari. ni penangan berapa bulan tak tulis blog la ni. macam2

nak cerita. fuhh fuhh fuhh!


ok lah, disebabkan hari tu dapat voucher buku 1 malaysia tu maka dengan berkobar2nya aku ngajak ashraf pergi beli buku anak2 kat book excess. mengapa kat sini ashraf tanya. kenapa bukan mph je kan senang. dekat pun dekat. huhuhu. dekat mmg dekat, tapi choice tak banyak kot..dan MAHAL ok kat mph..disebabkan book excess ni penaja (ye ke?) utama big bad wolf book sale yg aku gila pergi tahun lepas, harusla aku kunjungi kedai dia pulak..lagipun tengok kat fb diorg buku mmg murah..yeahaaa!! sebagai makcik yang tegar, haruslah aku pergi amcorp mall..lagipun excited sbb tak pernah pergi amcorp mall. hehe :)



kedai buku dia mmg best..kat children section je rase macam nak pengsan. banyak selection and buku pun xterlalu mahal :)


ini la hasil hari tu. aku guna voucher rm150 je. lagi rm50 nak buat beli buku teks ku. ashraf amik satu buku pasal Man U. akan pastikan dia baca, baru berbaloi voucher aku. muahaha!


see, buku utk anak2 je..utk mak?? takpelah, mak ade google, taip je kalau rasa nak baca ape. ok tak konsep aku? yang gambar bawah tu buku maisy's house and garden. best sbb buku dia 3D. mcm sesuai utk girl kot. lagipun banyak benda kecik2 (patung2 kertas) yang bakal hancur kalau anak2 bujang ku main..so aotumatiknya, jadik buku aku la kot :D


ni pulak buku2 utk naurah..sbb naurah suka gigit, beli buku kain..kalau kat manjaku mahal wehh..baik beli kat sini..rm10 shj..sgt berbaloi!! (berbaloi sbb dapat kat naurah buku terus lencun. misi tercapai. jangan pula kau makan buku abahmu lagi ok bebeh)


ni pulak imran yang ngaco ku nak amik gambar :s hehe. dia yang paling suka buku-buku ni. especially yang ada kamera tu. tak sempat baca buku, habis kamera tu ditekannya. tensi T_T


harap2 ada lagi voucher buku lagi TIAP-TIAP sem atau SETAHUN sekali pun ok laa...ku nak merambu shopping buku lagi..yeeehaaa :)

Wednesday, December 28

sayu hati

sejak start dip ed ni, baby fahim aku hantar pergi bangi, rumah parents aku. nasib baik dapat dip ed kat kptm bangi, ade la tangan yang boleh diharapkan utk jaga anak aku yg masih dalam hari. kat mama lah aku hantar fahim. sgt2 bersyukur dan berterima kasih ada jugak yg sudi tengokkan fahim :')

ok, hari ni bukan nak cerita pasal anak2. hari ni nak cerita pasal neneknya pulak. hehe. mama aku la tu (kepada ain n mim tolong jgn sebar2 kan ye. senyap2 sudah..huhu)..sekarang ni aku balik rumah mama, boleh dikatakan setiap hari. yeayy. best jugak. tapi tak best sbb selalu kena rushing balik bukit mahkota sbb kena pgi amik imran. kalau kelas sabtu best sikit sbb kalau habis kelas boleh lepak lama sket (lagipun kat rumah mama ada unifi, boleh tengok movie :p).

ok2 berbalik kpd crite sebenar. hari tu mim ada bagi handphone die kat mama. brand sony ericsson. elok lagi hp tu. tukar sim card dgan mama, so mama boleh la guna hp canggih sket. tapi biasala, mama tak familiar sgt function dia, so agak membebel jugak la..hehe..last2 aku kena ajar mama camane nak guna. so aku ajar cara yg paling senang nak guna hp tu.

'mama slide kan je hp ni kalau nak jawab call'

'ish susah betul la guna ni. tukar je lah balik hp lama'

-_-

hehe. mama mmg tak mesra teknologi. takpelah.bukan salah dia pun. mmg bukan benda yg dia biasa. samela jugak kalau kita. cuba kalau aku tanya pasal mesin jahit ke, pasal pokok ke, mesti lajuuuu je dia jawab. so, kesimpulannya, jgn marah2 kalau org tanya kita bila tak faham satu benda. itu pengajaran pertama yg aku dapat.

masa tgah2 ajar tu, tiba2 aku rasa sayu hati. entahlah. sedih pulak rase bila terkenang dulu masa kita kecik, mama yang ajar aku itu ini. dah besar camni, aku pulak ajar mama. dgan abah camane nak guna hp. patut ke tak aku rasa sedih hati? :'( ape2 pun, pada waktu tu aku berasa amat sedih dan pada masa yg sama, sgt insaf. nanti2, 20 tahun lagi, 30 tahun lagi, mungkin aku pulak ditempat tu. anak2 aku pulak yg mengajar aku benda2 yg baru, yang akan mjadi asing bagi aku. macamane la ye? huh susah nak gambarkan perasaan aku, tapi inilah yg paling baik yg aku boleh ceritakan atau luahkan.

ok, itu je kali ni. banyak lagi sebenarnya nak cerita kisah2 sayu gini, tapi nantilah. huhu.

Wednesday, October 19

jumaat, sabtu dan ahad

Jumaat - 14.10.2011




hari jumaat tu amik cuti khas utk teman ain ke BBW utk kali ke-3. gila mmg gila..tapi nak buat camane kan..bila nafsu menguasai diri..uhuhuh..tapi sempat memberitahu diri sendiri utk mengawal perbelanjaan..so kuarkan duit cukup2 je..rm50 utk buku imran, rm50 utk aku..yelah, dah brape kali pergi takde buku utk mak budak kan..mane aci.. :) pagi tu kuarkan duit siap2..termasuk duit kawan aku kat UMT nun, wani..haa kali ni spesyel sket sbb ku kene jadi personal shopper utk org lain..mcabar rupanya kerja nih..tapi sgt2 seronok :) lain kali boleh la aku buat keja ni lagi.


sampai kat rumah abah nak dekat pukul 10pagi sbb nak amik ain kan..hoho dgan semangatnya cerita kat abah and mama pasal nak pergi book fair nih..abah mdengar dgan excitednya (sbb dia pun sebenarnya suka mbaca buku)..aku saje je kecek abah mintak sponsor..huahuahua!! dgan tak disangka-sangka abah dengan rileknya hulurkan duit utk aku..ALHAMDULILLAH...dapatla peruntukan rm50 stp sorg utk beli buku..utk imran, aku and ain..thanks abah!!! :D so pergi ke maeps pun semangat la. sampai kat sana nak dekat 1030 pagi, tapi org dah ramai..nasib baik tak sampai tahap kena beratur masuk dewan..hehe..spt biasa, aku terus ke children's dept..sadly, tak banyak buku dah :( dan ramai betul org berpusu2..haa tapi aku dah tau taktik yg best. kalau nak cr buku yg pelik2, pergi kat tepi2 je cari dalam kotak2 leftovers..selalunya jumpa buku yg pelik2..camtulah aku jumpa buku budak2 yg best2..oh ye, skill mencari kotak2 tersembunyi bawah meja pun sgt mbantu dalam agenda mencari buku budak yg best..hope aku akan ingat taktik ni utk next sale :D seronok jugak tgk org membelek2 novel yg berlambak kat sale ni..niat dihati nak cuba juga mengghairahkan diri utk beli novel2 tapi bila berhadapan dengan novel2 yg byk camni, kelu pulak lidah aku..terus jadi cam tak tau nak buat apa..tengok je lah -_- nak sedapkan hati sendiri, kate 'takpe, next time..' hahaha bile la tu kan..


dah pukul 2 tu ain ajak sort buku2 yg dah ambik..fuhh lega aku..kaki pun dah start bengkak..so amik kesempatan utk duduk dan sort hasil.. :) ain beli buku banyak gila. tak sia2 dia pergi sale ni..hahah :) next time kite pergi lagi eh? ajak mimin skali nanti. mesti dia pun gila memborong :p


lepas tu dalam pukul 3 kitorg pun balik rumah abah..kat bawah ni (1) hasil utk kawan aku, wani. hope you like them!! (2) ada muka bangga tu mesti la utk aku kan..akhirnya ada jugak buku utk aku..tapi buku masakan?? -_- hmm (3) buku utk mimin-buku jahit2 and buku masak2 utk baby dan (4) buku sape lagi kan..mestilah utk imran..seperti biasa, lebih meriah dr org lain :p


rasenye buku nick cookbook ni bakal menjadik buku aku kot..sbbnya buku resipi kan..for rm8, i think it's quite a rare book..content dia sgt fun and warna-warni..sume resipi kanak2 yg mudah and based on characters dalam nickelodeon..definitely a treasure :)

oh ye, dalam pukul 6 petang camtu, dapat mesej mimin masuk hospital serdang..air ketuban dah pecah, tapi xde progress pape sampai malam so kitorang tunggu je la kat rumah..kalau call barulah nak gerak ke sana..

Sabtu - 15.10.2011

waktu melawat kat hosp serdang start pkul 12 sampai 7 malam..so aku ingat nak pergi melawat mimin pkul 12 sbb tghari tu kitorang nak gi kenduri akikah kawan ashraf..sebelum gi melawat mimin, aku saje je ajak2 ayam kat ashraf ajak ke BBW..ehh dia nak pulak..yeayyy!! so dapat la ku pergi kali ke-4..huhuh pengsan!! gila sungguh BBW marathon ku ni..yang bestnya, dapat bwk imran skali :) walaupun mlam sebelumnya xdapat tidur (kejap2 terjaga tgk hp-ada x berita mimin..hehe excited nak dpt anak sedara) tak menghalang keinginan mak yong ke sale ni. imran pun suka je bila bgtau dia nak pergi cari books. hehe :) sampai sana, naik shuttle cam biasa, tapi imran first time naik, takut2 la jugak wpun excited.

kat sana, aku amik imran. biar ashraf browse tgk2 buku..hehe biar dia rasa seronok sikit tgk buku..bukan apa, aku kan dah 3kali pergi..bagilah can kat dia nak tgk2 pulak..manela tau dapat memupuk minat bapak budak pulak utk membaca..huhuh :) alhamdulillah, imran pun behaved well sepanjang sejam kitorg tgk2 buku..siap sambar buku lagi..(nasib baik rm3 je) buku 'world flags'..hehe..oklah imran, nti boleh kite gi jalan2 round the world pulak insyaAllah :) sekejap je kami kat sini sbb rushing nak gi lawat mimin..so hasil tak masyuk mana..but i did find few good books! and 2 of them are collector's items kot..at reasonable price, of course. winnie the pooh book rm12 and the lisa book, rm5. both for me!! :) buku donald trump serious tu ashraf punya and buku abc cantik (jumpa bawah meja tu..hahah..ada org sorok kot?) rm8, and buku elmo rm3. great bargain kan? :)


buku winnie the pooh ni i definitely like sbb dia cerita ttg everything abt the cartoon spt background cerita (rupanya wujud je tempat tu kat UK) si christopher robin-watak boy kawan pooh tu-pun mmg ada org yg sebenarnya, pokok dalam lukisan tu..semuanya adalah inspirasi dari keadaan sekeliling..sgt impressed!! baru baca sikit..looking forward nak baca lagi soon!! buku lisa tu pun dah start baca..tapi laju sket dr buku winnie the pooh sbb dia lebih kepada komik type..ku suka la nak baca :D

tgahari- mimin's progress- belum ada tanda2 nak bersalin..nampak dia pun kuat je :) heheh..tapi nampak dia dah mula rasa contraction sket2..ku paksa dia makan byk2 sebelum labour..takut dia xde tenaga nak push baby nti..sekejap je tgk dia lepas tu kami ke majlis akikah..sempat jugak ku jenguk2 hospital serdang tu..hehe tgk condition dia camane..insyaAllah, kami plan nak kesana je utk 2nd baby ni


Ahad - 16.10.2011


woke up feeling so refreshed!! maklumla tidur awal anak beranak..hahaha..good news!! mimin selamat melahirkan sorang baby girl!! :D oooh seronoknya!! dia bersalin pukul 4.01 pagi..tahniah adik!!and fittri (cik ajis) too!! :)kitorang pergi melawat mimin lepas zohor..lambat sket sbb baby pun xde dgan dia..baby masuk NICU sbb doktor nak monitor..yelah, air ketuban pecah dr hari jumaat, tapi baby keluar ahad..so mungkin la nak check ape2 kan..so dapat melawat mak budak pun bole la..hahaha..kepada mimin, rajin2 la berpantang dgan cara yg betul ok!!semoga menjadi mak yang baik dan dapat mendidik anak sebaik mungkin..insyaAllah


sampai hari ni belum dapat jumpa baby lagi T_T i hope we get to meet her soon!!oklah sampai sini je..panjang sgt2 la pulak entri ni..aku pun dah penat menaip nih!

Thursday, October 13

BBW sale - 2nd round :p

hihi..mcm xde kerja je kan aku ni..time2 bekerja pun sempat je pergi pameran buku..takda kerja kah??? adaaa..berlambak sebenarnya kerja aku..tapi kena pandai2 la kan bahagi masa utk siapkan keja dan spend masa utk enjoy2 dgan kawan :) kebetulan minggu ni pun minggu ujian, so mmg xde kelas..yeahoo!!




kami 4 org, aku, k.anis, k.ila and fathi pergi maeps pkul 11lebih..mula2 plan nak kluar pukul 9 tapi KJ suruh kitorang siapkan kerja utk projek inovasi dulu..so siapkan lah dulu (walaupun hati berasa tertekan..tapi mungkin lah, keinginan pergi jalan2 tu lebih tinggi, ok je siap keje aku-wpun xlengkap 100%..heheh..aku mmg efisien bila tertekan) ok kami pun berkobar2 pergi..sampai sana, byk betul kereta..nasib baik tunggu shuttle bus xlama..so kami pun hop on je laa panas2 tu..nasib baik kawan2 tak ajak aku jalan naik bukit..fuh fuh fuhhh!! :p



sampai kat sana, seperti biasa, bila berada kat tempat shopping, bertukar menjadi manusia yg luar biasa (macam mash) dan agak lupa diri.. :D bermula lah aktiviti pershoppingan buku kali kedua..kali ni sbb dah tau nak kemana, laju la sket tangan dan kaki tu..biasalah mak-mak kan, mesti laju je gi tempat children..
aku eksyen je pgg buku2 ni..last2 satu pun aku xamik..muahahaha :D eh satu je aku amik..yg kiri sekali sbb harga dia RM1 sahaja..



dah lebih kurang 1 lebih tu, kami pun siap2 la nak bayar..kali ni aku bwk beg sendiri (siap bwak extra utk kawan2 lagi)..so xlah penat ngangkut kotak..masa beratur tu..ramai betul..tiap2 kaunter bayaran mmg pjg queue dia..halfway through, ada staff offered kerusi utk mak buyung ni duduk..i like lagi!! :D alhamdulillah..

dah balik tu seperti biasa mestilah ada sesi pembentangan hasil..ni pun sesi yg aku look forward..best2 tgk org lain nye buku..masing2 belanja sakan..mostly utk anak2..penyayang sungguh kawan2 i nih..tengok gambar bawah ni..mantap kan sesi pembentangan hasil ni? muahaha!!

gambar yg atas ni hasil borongan aku semalam..total purchase RM49..sebuah buku RM8.. sperti yg dulu, beli buku aktiviti dan byk2 bunyi..huhuh..yg atas kanan sekali tu la buku RM1 tu..yang paling aku suka dapat rembat brain quest series tu..RM8 je ko..dia bukan buku cerita, tapi lebih kepada bahan yg kt blh guna utk ajar anak pasal numbers dll..ku suka!! sebenarnya condition kotak dia xberapa lawa dah, ade terkoyak2 sikit, tapi buku dia sebenarnya elok lagi..marker pen pun ade je lagi, xhilang pun..so aku selotape je balik kotak tu..elok cantik dah pun :Doh ye, setiap purchase akan dapat bookmark. yg kiri tu ku dapat masa 1st visit..yg 2 kanan tu dapat masa 2nd visit..dapat 2 lagi..yeahh!!makcik suka :)balik rumah, mesti la tunjuk kat imran..imran pun nampak je beg isi buku2 tu, terus tegur 'eh..hadiah??'..tau2 je budak ni..lepas mandi, terus belek2 buku baru dia..alhamdulillah..my little boy suka buku2 tu semua..berbaloi menapak jauh2 carik buku..tapi brain quest series tu aku xbukak dulu, tunggu dia faham sket nanti baru aku nak ajar dia :) ashraf pun nampak ok je (xmarah aku shopping buku diwaktu2 hujung bulan nih) mungkin sbb aku dgar pjg lebar promote pasal brain quest tu..hahaha
so itu jelah catatan utk lawatan ke2 ni..insyaAllah akan ke sana lagi utk kali ke3 (hahaha) dengan ain pulak jumaat ni..haiyyo...ngidam bukan2 mak yong ni..

Monday, October 10

big bad wolf sale 2011

ahad lepas aku berjaya mpengaruhi ashraf utk hantar aku pergi big bad wolf sale ni. mula-mula ingatkan malas nak pergi tapi lepas baca dalam suratkhabar sale dr 75%-95%, terus tak tentu arah aku dibuatnya. muahahah!!! terus plan baikkk punya nak pergi. since ashraf bz hari sabtu, ku cuba kecek pergi esoknya. hari ahad ku bangun awal pagi (pukul 8 pagi dah celik mata dah. awal la tu utk hari ahad kan?) mandi 2-3 minit je pastu turun buat breakfast..goreng nugget and siap buat roti telur cheese lagi..hmm aku sgt produktif bila keadaan mendesak camnih..hehe lagipun nanti kalau breakfast xbest, nanti ashraf tak ikhlas hantar aku gi maeps :p

imran pulak ashraf setelkan. nasib baik jugak dia xcranky pagi semalam. tapi imran xleah ikut aku gi sale tu..no no no...dia mana suka tempat ramai2 org ni..kang nanti dia nangis melekat je kat kain aku, baikla ashraf bawak dia jalan kat alamanda..yeayyy!!!walaupun pergi sorang aku tetap rasa best sbb dpt pergi belek2 buku selama yg aku suka..heaven!!!

sampai je kat maeps, ade perkhidmatan shuttle bus..aku turun je keta, terus naik bas tu..xde sempat nak salam laki and cium anak pun. haha :p agak tak senonoh ye di situ. mmg lupa diri. needless to say, adenye bas ni mmg mjimatkan tenaga mak buyung ini..terus dihantar sampai kedepan pintu hall A..2-3 minit je..i super like that!!so jejak kaki kat sana, seperti yg ku jangkakan, mmg RAMAI gila org..sume sibuk menilik buku..aku pun pusing2 lah tengok..dia pulak buat dalam gudang..so kawasan mmg luas..menyesal pulak tak amik gambar suasana tu..tapi disebabkan lupa diri kan..nak buat camane..tempat yg paling menarik haruslah children's section..banyak betul buku budak..semurah RM3 je..aku tengok ramai parents mborong kat situ..siap bawak travel luggage ko..meriah sungguh..aku pau kotak ade kat tepi2 tu je..heheh..newbie sungguh..takpe, lain kali aku datang bawak recycle bag pulak..takyah aku ngusung kotak lagi..


kat sana aku hampir terpedaya dengan harga novel sophie kinsella- shopaholic series, cecilia ahern dan seangkatan dengannya, iaitu RM8 shj sebuah buku (murah gila)..aku sebenarnya dah amik dah 2 buku shopaholic tu disebabkan mengikut nafsu, tapi bila aku dah bertenang, aku pun mula berfikir dgan LEBIH rasional dan mengingatkan diri sendiri bahawa AKU bukan jenis yg mbaca novel. so knapa aku nak kena beli plak??? konon2 nak baca masa pantang nanti..tapi...adakah aku akan baca?? jwpannya sama la jugak..xde maknanya pun..so patah balik, letak la semula buku2 tu..so aku round je la kat tempat buku budak :)




best sungguh dapat pergi tempat2 clearance buku camnih. berbaloi rasa jalan non-stop. hehe :) tak byk sgt aku beli semalam sbb aku dapat rasa yg aku akan pergi lagi sale ni..insyaAllah, jumaat ni plak dengan Ain..yeahoo!!so riki2 dulu, sediakan budget je lah..so anyway, aku round lebih kurang 2 jam je, and beli 5 buku..total purchase RM30..ok la tu kan..yg best tu dpt belikan buku utk imran..buku yg biasa2 aku xamik dulu, aku amik buku yg beraktiviti bunyik2..kan mahal bendalah tu kalau harga biasa? kat sale ni RM8 je..huhuh :) suka! suka! (memang makcik)

ni buku2 hasil..satu buku RM8 je :) yg dua bawah tu bunyik2..yang atas tu kita boleh teropong tengok gambar space exploration! :Dyang ni pulak geng RM3..amik buku little woodstock sbb comel gila bentuk dia..and sekeping majalah utk aku..aku suka majalah ni..since dr mengandung imran mmg selalu cari majalah ni..tapi lately susah nak jumpa even if pergi putrajaya pun..kalau ada, harga dlm RM20 sekeping (backdated issue tu) tapi sayang, semalam ada satu issue je (jan2011)..adik keja situ katu supplier utk majalah lain, so xtentu sgt magazine supplies nih.. -_- pasrah lah aku..takpe, kite cuba tgk jumaat ni, kalau ada rezeki ada title lain, ku rembat la nanti..(sedapkan hati sendiri)


overall, mmg berbaloi pergi! kalau tanya aku, mmg aku akan promote habis2an :) berbaloi sakit pinggang bila sampai rumah..jalan pun kaki menggigil je sbb sakit pinggang yg amat sgt!! siap krem lagi kaki..tapi bila tengok imran semangat nak membaca..hilang semua sakit tu..alhamdulillah..berbaloi rasa!!

Thursday, October 6

32 weeks sudah

cepatnya masa berlalu..fuh fuh fuh :p 8 more weeks to go!! oh berdebarnya rasa..partly because kali ni kemungkinan besar pantang sendiri, insyaAllah..on the other hand, aku selalu remind diri sendiri seperti ini..'hey you should be excited!'..excited sbb masa utk tgok baby makin hampir (harap semuanya berjalan lancar insyaAllah)..berpantang kat rumah sendiri (heaven!) dan experiencing motherhood all over again utk kali kedua.. :) banyak perkara yg perlu difikirkan, dan dilakukan..semoga apa yg aku rancangkan berjalan dengan baik..amiin..


pregnancy progress - dah 8 bulan ni, kenaikan berat badan hanya 1 kilo (dari berat masa 1st check up). suatu perkara yg agak menggusarkan -_- kalau difikirkan lojik, aku patut berasa agak happy sbb ade can aku xberapa nak kembang semangkuk lepas bersalin. tapi, masa check kat KK hari tu, disebabkan kurangnya naik berat badan ni, aku kena jumpa Dr la pulak. Dr tu pun scan la perut..check keadaan baby camane..alhamdulillah..semuanya ok..baby gained weight steadily..masa scan 28w berat dia 1.2 kilo..at 31+w, berat dia dah 1.8 kilo..ok la tu kan (Dr kata ok sgt)..cuma berat mak dia je xnaik -_- nak buat camane ye..aku makan cam tu jugak..banyak je xde sekat ape pun..hmm..tapi berat tak naik? ok, sekarang ni berat baby dah 1.8kg, tak campur air ketuban lagi, tapi total weight gain aku hanya 1 kilo? maknanya aku turun berat badan la kot?? ohh sungguh ku risau..


kerisauan ni rasanya agak mengganggu kualiti hidup aku..sekarang tidur pun xberapa nak lena..badan terasa cepat sgt letih..nasib baik tak affect mood dan selera makan..setakat ni masih boleh handle lagi..doakan lah aku..


lagi satu perkara yg mengganggu emosi ialah perkara yg agak angker kat rumah aku. ade satu mainan imran ni, telefon sesame street yg kami sangkutkan kat basikal dia tu sekarang suka berbunyi SENDIRI..aghh gila scary!! pastu suka bunyik yg elmo gelak2 tu -_- start minggu lepas yg aku perasan..kalau aku sorang je kat rumah, ade je telefon elmo tu gelak sorang2..banyak kali pulak tu..sewel betul @_@ setakat ni aku buat xtau je..tapi dalam hati baca2 ayat kursi..aku cerita kat ashraf, rupanya die pun experience benda yg sama jugak..selalunya time die tengok bola pukul 2-3 pagi..huhuhuh...nasib baik bukan aku sorang je kena :p


turun masa subuh tadi pun sama..elok je aku turun tangga, aku disambut dgan tawa riang elmo sewel itu..@_@ sunnguh menekan perasaan..takpe, balik ni aku nak cabut bateri dia. padan muka dia. kita tengok nti siapa yg gelak besar..muahahah!! nantilah kau telefon gila!!



itu lah update kali ni..nanti aku update lagi apa terjadi..lanjutan kisah angker telefon elmo tu ok!

Friday, September 23

diari makcik

orang kalau jumpa aku first time, selalu ingat aku kerek. kira first impression mmg nampak sombong la. sebenarnya aku suka bercakap. lebih spesifik, aku suka berlawan cakap. bukan berlawan macam berdebat tu. tapi suka borak panjang-panjang. maybe sampai tahap org xnak dgr. sbb tu kena ada blog. banyak sgt nak cakap tapi xde lawan. heheh. xkan nak bermonolog pulak kan. :D

kalau dalam keta, aku suka berlawan cakap dengan ashraf. kire dia ni mmg sparing partner aku la. sbb kami suka berbeza pendapat. tapi dua-dua suka menang. so dua-dua akan bersungguh-sungguh bile bcakap. kdg2 dia menang, kdg2 lak aku menang. ikut time la kan. kalau aku je asyik menang mesti dia boring ckap ngan aku nanti. hehe. tapi lately aku perasan, aku suka bersikap kritikal. suka nak komen hatta perkara2 kecik dan remeh (bak kata ashraf). ok, sebenarnya dari dulu lagi kot camni tapi baru terperasan dan nak bercerita ttg ni. dah lama rupanya aku ni bersikap annoying.

contohnya, kalau dengar lagu kan, ashraf; dia boleh menyanyi dengan riangnya. almost any song. tapi tak utk aku. aku mesti nak kena dgar dan faham lagu tu pasal apa, lirik dia berseni ke tak, dll. contoh lirik tak berseni (bagi aku eh) ialah lagu2 terkini kru. erkkkk. kenapa ehh? adakah ada org faham maksud aku dari sudut ni? lirik lagu yg ntah hape2..terlalu straight to the point..bagi aku mmg xde seninya..dan aku mmg xsuka lagu camni sbb bg aku bile lirik dia tak berapa nak sedap kat telinga aku (walaupun maksudnya sampai) tetap xsedap lagu tu jadinya..hmm..itu salah satu contohnya lah

last weekend aku dengar lagu bruno mars 'marry you' dengan ashraf..spt biasa dia pun menyanyi dgan riang..la la la la dgan imran..tapi ntah knapa aku rasa lagu tu annoying gila..and (terasa skema diriku) rasanya implikasi lagu tu terhadap pemikiran budak2 muda adalah sgt bahaya..kenapa bahaya? ok aku relate pulak dgan apa yg tjadi kat dalam kelas aku recently. lagu yg sama oleh bruno mars.

hari tu aku buat listening activity dgan students sem 1 aku. tapi aku buat simple2 je guna few english songs. supaya diorg enjoy session tu sikit. so aku gunalah lagu2 yg agak neutral iaitu jason mraz-i'm yours, dixie chicks-eternal flame (ok ni agak jiwang) and lemon tree. lagu senang2 je utk stimulate interest budak2 ni. dah abis session sume, ada sorang ni dtg jumpa aku, tanya, 'teacher lain kali treacher buat la exercise guna lagu bruno mars-marry you'..aku tanye kenapa, dia kata dia minat lagu tu sbb lagu tu fun..ok. sbb aku xtau lagu tu, aku haa kan jelah. lagipun yg ckap dgan aku tu budak laki. dia ni mmg lemah subjek english. tapi masa nyanyi2 tu nampak dia yg paling naik syeh. macam pergi karaoke je aku tengok.

so aku ingatkan mmg best lah lagu tu, tapi bila aku dgar sendiri, errrkkk..tak suka..tak suka...no offense kepada org yg suka ye..sume ada hak masing2..and i respect that..cuma bagi aku, indirectly, lagu tu akan banyak mempengaruhi cara (especially anak2 muda) kita berfikir..ambik bait lagu nya sket eh

It's a beautiful night
We're looking for something dumb to do
Hey baby I think I wanna marry you

Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juice?
Who cares, babyI think I wanna marry you

Well, I know this little chapel
On the boulevard we can go
No one will know
Oh, come on girl

Who cares if we're trashed
Got a pocket full of cash we can blow
Shots of patron
And it's on, girl

Don't say no, no, no, no, no
Just say yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
And we'll go, go, go, go, go
If you're ready, like I'm ready

erghhh tak sukanya lirik nih..nampak remeh je benda ni tapi cuba kita fikirkan, kalau budak muda yang dengar lagu ni berulang kali dan ambiknya sebagai cara pemikiran diorang..camane tu..looking for something dumb to do? kawin tu benda yg bodoh atau main2 ke? banyak lagi benda dumb yg boleh dibuat, tapi sendiri pun boleh pikir..kenapa nak buat benda dumb bile boleh buat smthg yg beneficial? personally, aku mmg tak suka..dahlah banyak benda2 masalah sosial skrg ni kan..sungguh merisaukan -_-

jadi, seperti biasa aku pun membebelkan idea aku pada ashraf yang sedang syok menyanyi..(silap timing..heheh)..selamba je dia kata 'you need to relax a bit. don't be too serious'..huhh xde pape yg mengejutkan pun dalam jawapan dia..hehhe..smthg yg i expected..yup..he is right..mungkin aku terlalu serius..lagu je kan..but i can't help it!!

berfikir tentang ke-serius-an diri ini, aku terfikir utk wujudkan label baru dalam blog ni iaitu 'diari makcik'. ni kira first entry lah. ini je lah ruang utk aku express pendapat makcik aku. kenapa makcik? heheh. sbb aku terasa tua bila fikir benda2 serius camni. at least serius lah utk aku. :) atau boleh je benda yg xserius atau kritikal tu, tapi perkara remeh yang boleh menyebabkan org ada impresi 'ee macam makcik je kau ni' atau impresi jengkel yang lain.

contoh pemikiran makcik yang aku teringin nak tulis ialah hasil penyopingan atau penjimatan hebat yg dapat aku lakukan di tesco. huhuhu. lansung tidak ilmiah. dan sebenarnya perkara biasa yg amat. nak shopping kat tesco pun nak kecoh. berjimat pulak tu kat tesco. memang makcik kan.

haa kalau korang paham, itulah essence nya. pemikiran makcik. dari pandangan mata aku. hehe. itu je. nanti aku share lagi pandangan makcik aku.