Pages

Friday, June 4

kawan ke? :)

pagi hari ni dikejutkan dengan cerita yang x berape best. hal antara kawan-kawan, dan (malangnye) aku (pon?) terlibat same (rasenyelah). from my point of view, ceritanya begini, semalam, kami berbual2, macam biase2, hal2 yang remeh je, bukan hal dunia pun dan seperti biase, sesi bergurau2 pun ade jugak..knowing us (if you do), kadang2 things get out of hand or maybe ada sesetengah yang merasekan ia menyinggung perasaan. mungkin juga. ntah la aku pun x ingat part yang mana. i was busy doing my thing (tapi sempat jugak la borak2) and didn't really pay attention to it. so everything (for me) went well. like usual.

pagi ni, terdengar lah berite itu..wpon melalui seorang lagi kawan, aku telah mesej org yg terlibat (u know who u are) and asked, marah ke pasal perkara semalam? that person kate 'i dah mengamuk dalam blog,...bla bla bla tp u jgn terase....' ok fine. dan aku pun telah membace blog beliau and somehow i was quite disturbed by what he wrote. hanya disturbed, bukan terase pon. hope we are clear about that.

hello? awk berase kecil hati? hmm. maaf lah kalau kate2 kawan-kawan rapat anda telah mengguris hati. mungkin ada yg tertanya, kenapa saya perlu tulis benda ini di blog? jawapan saye senang je, sbb nye kawan rapat saye ini hanya meluahkan perasaannya juga di blog. kalau xde org bagitau ttg benda ni, mungkin sampai bile saye xtau pun die sentap or bengang or terase. maaf, saye mmg tidak tahu.

tapi sekarang saye dah tau. perlukah saye mintak maaf? mungkin perlu. well, sebenarnye saya PERLU. tapi sepanjang pagi ni saye banyak berfikir and last2 saye xterase nak mintak maaf. kenape? jahatnye ko wani. ade beberapa sebab (sebenarnye alasan) kenapa saye mengambil keputusan sebegitu.

satu, kau kate kawan2 rapat kau menjatuhkan maruah kau. aku pulak ingat kitorang gurau2 je. ok, mungkin topiknye agak sensitif, tapi kau pernah agak2 tak ape perasaan kitorang (or aku) bile kau kate muke aku gred D?? wth?? kau ingat aku ni telur ayam ke kau nak letak2 gred ikut suka kau. aku gemuk. ya, aku mmg gemuk. so what? :) ade aku sentap2 dgan kau? aku senyap je. xde pulak aku mengamuk.

dua, kau kate kawan2 rapat kau menjatuhkan maruah kau. aku ternampak post kau kat fb hari ni, kau cerita pasal perkara yg sama, siap ade mesej 'dah tulis kat blog'..hmm. menarik. dan kawan2 kau mula memberi komen2 yang mmg menarik..wahh...tahniah!! ade sambutan!! :) bagus2...dan kawan2 anda pun mule mengomen...hehe...dan kau biarkan mereka mengutuk kawan-kawan rapat kau. talking 'bout menjatuhkan maruah eh?? :)

tiga, kau kate kawan2 rapat kau menjatuhkan maruah kau. kalau kau x selesa dengan ape yang kitorang bualkan, boleh je kau bgtau kitorang. boleh kitorang setkan boundary-perkara2 yg xboleh disendakan dengan kau. fine. kan senang kalau mcm tu? ape gunanya kau panggil kami2 ni kawan-kawan rapat kau kalau benda2 kecik mcm ni pun kau xboleh cakap? hmmm..payah la camnih..jgn anggap kami tau SEMUA benda...kami ni golongan marhain sahaja, seperti kau juga.

seperti yang telah ditulis di atas, aku sebenarnye tak marah pada kamu (ye kamu!). kite dah berkawan dah agak lame. biase la kalau ade gaduh2, selisih faham, dll. tapi yg mengecewakan ialah CARA kau ambil tindakan itu. sungguh hampeh. aku sebenanye nak tergelak je dgan benda2 ni tapi aku harap sebagai seorang sahabat (if u consider me as one) kau dapat terus-terang je dgan aku. yg mcm selalu kau buat bile kau datang ke tempat aku (time aku tgah kerja-sibuk-tak banyak masa) dan bercerita or bertanye soalan. aku still layan kau dgan baik dan aku akan sentiase layan kau sebaik mungkin. sebab kau KAWAN aku. hope you get that.

oklah sahabat, banyak pulak aku mengomen. bak kate kau 'cuma meluahkan ape terbuku dihati'. u jangan sentap2 pulak dengan entry kali ni. mmg aku laser. tapi jgn risau, aku akan tetap layan kau seperti biase. aku akan jawab soalan2 kau macam biase. teman kau keluar makan macam biase (kalau kau nak la). dan dari seseorang yang kau telah anggap seperti kakak- die kate, die pun akan dengar setiap masalah percintaan atau cerita happy kau atau times yg kau rase x sure kau kurus ke tak- die (dan aku) akan sentiase dengar seperti biase. semuanya akan jadi seperti biase.

cume aku tak akan bergurau berlebih2 lagi dgan kau. sbb aku BARU tau kau ni sensitif rupe-rupenye.

3 comments:

Orange Fever said...

Hahaha...I donno la wani, when I read this entry...I burst out laughing. Human will always be human. Love reading your blog.

mamaeesya said...

hahaha... betul kata anne.. tetibe aku rasa cam baca diari luahan perasaan.. heee

wani zakaria said...

ooo...mmg luahan hati yea kawan2 sekalian

Post a Comment