Pages

Thursday, June 24

perjumpaan dengan pengarah

hari ni pagi2 lagi dah ade perjumpaan semua guru dan kakitangan dengan pengarah. mula-mulanya ingatkan perjumpaan biase2 je, rupenye ade jugak pembentangan bahan bacaan yang dulu sibuk diwar-warkan. tapi selepas jadual pembentangan buku tu ditangguhkan, bende tu senyap je. aku ingatkan dah takde dah. heheheh.

pembentangan oleh 3 orang guru hari ni sgt menarik. yg pertama, tentang kebaikan solat dari sudut sains. penerangan mmg tip-top. rasenye nak carik lebih info kat internet la. yang kedua, tentang pengurusan masa. rasenye perkara ni macam semua dah maklum dan kebanyakan orang mmg dah tau bgmana nak uruskan masa masing-masing. tapi pendekatan yang digunakan oleh pembentang tu memang sangat menarik. terfikir jugak, kadang-kala perlu jugak kita diingatkan walaupun suatu perkara tu nampak mcm remeh je. dan yang ketiga ni paling menarik sekali. tentang HOTS. i was like...hmm macam menarik je pembentangan benda ni..and it was! HOTS stands for higher order thinking skills..kirenye sekarang dah ade approach baru dalam teknik pengajaran/ pedagogi. siap berkait dengan bloom taxonomy, constructive learning and proble-based learning..wahh!!terase mcm pergi kuliah kat upm pulak..

ape2 pun perjumpaan dengan pengarah kali ni memang lain dari yang lain. yang lain tu (bagi aku) dari segi atmospherenya, terase environment yang diwujudkan adalah lebih positif, terbuka dan adil..harap2 keadaan ni berterusan, insyaAllah..

baru la bersemangat kalau nak kerja camni :) wahahah

No comments:

Post a Comment