Pages

Monday, June 28

sepetang bersama imran

petang jumaat lepas, cuaca tak berape baik. hujan renyai2 membantutkan plan aku nak bawak imran jalan-jalan kat luar rumah. aku pun teman la si budak comel ni main dalam rumah :D walaupun penat kerja satu hari kat ofis, tak boleh nak kate penat kat imran (lagipun die tak faham kalau aku cakap aku penat kot). hehe. layankan aje laa anak aku sorang ni.
ok, mula-mula die ajak main cak-cak kat belakang langsir. suke sangat main kat belakang langsir tu. konon-konon orang tak nampak die laa..wahahhaha :D bile orang carik, die lari-lari pulak.
gambar last sekali ni die keluar sebab xde orang carik die belakang langsir. hahah. muke frust je imran.
lepas penat main cak-cak, kite praktis jalan pulak. nasib baik aku x belikan mainan utk ajar jalan yang mahal tu. bagus jugak si imran ni. die guna je basikal yang nenek bagi mase birthday die hari tu.


dah praktis jalan sikit, kite tengok pulak basikal tu. imran tengok ade ape dalam bakul dan melakukan beberapa percubaan berani utk jatuhkan basikal biru tu.
oh!jumpe getah pulak atas lantai. die pun amik main getah. tarik sana, tarik sini. kadang2 terlastik diri sendiri. hahah :) sekejap je die main dgan getah dah boring dah. campak getah tu, sambung main basikal.
die nampak kasut lame die la pulak..terkedek2 die pegi ambik kasut tu.dah dapat, ape lagi, maaaammm...masuk mulut T_T nasib baik aku cepat tarik kasut tu, kalau tak, kenyang anak aku makan kasut. err... tapi imran marah! die amik kasut tu die campak ke bawah sofa..ececehhh konon-konon protes dgan tindakan aku. hahah.
kan dah susah nak kene ambik kasut bawah kerusi??
die macam mintak aku tolong ambikkan kasut die tapi aku lambat2 je pegi..bukan ape, aku xnak nti die masukkan dalam mulut balik. punyelah die marah..yang ni teknik marah sambil gostan..tapi x berkesan jugak..ibu die buat tak reti je:p siap pegi merajuk belakang kerusi..sorok xnak jumpe ibu.heheh. nampak jugak sebelah mate dia~!banyak akal ye imran.
kak ros to the rescue!aisshh...die pulak datang pujuk imran..aku baru je nak test imran. hehe :) lepas tu main tendang belon pulak..baru la die ceria sket. siap jerit-jerit lagi. best la tu agaknye :)nampak block warna-warni, imran lupe dekat belon die. amik pulak block tu. tengok, gigit, picit and last2 campak mainan tu.

tak lame kemudian, ashraf pulak telefon aku. yang berlari cari handphone aku ialah tak lain dan tak bukan, si imran kecik tu lah. banjir handphone aku T_T bertahanlah engkau wahai sony ericsson!
aku angkut imran naik bilik sekali mase naik sembahyang maghrib. imran pun sambung main kat atas. kali ni mangsa die ialah meja kecik aku (yang selalu guna utk letak laptop). nasib baik meja tu kuat, kalau tak, huhuhu..

itu lah kisah sepetang aku dengan imran :) lepas ni bile die dah besar, mungkin dah tak dapat nak teman die main macam ni lagi..heheh (emo la pulak T_T)

No comments:

Post a Comment