Semalam lepas dinner, aku pergi melawat mama dan abah kat bangi. saje je nak bawak imran jumpe nenek dgan tok abah sebab last weekend kami pergi melaka, xsempat mama and abah nak jumpa cucu tunggal kesayangan iaitu budak imran. huu seronok betul parents aku kalau dapat jumpe budak kecik ni, especially abah, sbb imran ni mmg manja dgan tok abah atau lebih dikenali dgan panggilan 'tok kong'..abah aku suke dukung imran ni, sbb tu imran kalau nampak tok abah, dia akan kate 'kong...kong...' tok abah mmg suka dukung imran walaupun pinggang x berapa kuat dah..huhuhuh...kesian abah kene buli ngan imran
sambil imran main2 ngan tok abah die, aku dgan ashraf borak2 dgan mama. mama ni orangnye suke berkongsi info sbb die selalu pergi ceramah kat surau. kalau die tak pergi surau, die dgr ceramah kat astro oasis. bagus2. banyak info dan ilmu yang mama telah (dan bakal) share dgan kami semua. so, topik malam semalam ialah 'gangguan jin semasa tidur'. erkkk!!!kenape la mama crite bende ni. aku ni dah la penakut. mula2 aku dgr x dgr je. heheh. aku takut kalau teringat2, susah nak tidur malam aku nanti. ashraf je la yang layan..mama pun keluarkan nota yang dia catit mase dgr ceramah (mama aku mmg rajin bab salin2 nota ni) and started reading the list out loud. aku pun dengar je laa..tibe2 aku macam..,'eh, aku macam pernah mimpi je bende ni?....aik, apesal familiar je bende ni..'. mama terus je bace sampai abis..ok fine.
orang selalu kata, mimpi mainan tidur. oo rupe-rupenye, sesetengah mimpi tu mainan jin sebenarnye. aku sebenarnye takut. i was like, ooh aku pernah kene kacau ngan jin rupenye mase tgah tidur. oh jahatnye makhluk ni, kacau aku time aku xsedar (tapi aku xmintak la die kacau time aku sedar pon)..kenapa aku kene kacau dgan jin? takutnye!! itu adalah antara perkara yang ade dalam kepala aku..tapi xberani nak mengaku pulak yang aku pernah mimpi benda2 tu kat sape2. aku pun senyap je la (sambil muhasabah diri).
malam semalam, memang btul aku xboleh tidur. susah sgt2 (aisehh..ini pun satu tanda kan? T_T) jadi, sepanjang malam aku tergolek sana, tergolek sini je laa..hasilnya, kepala pun pening pagi ni...sampai ofis, terus on pc, terus gi google, taip gangguan jin, keluarlah list website yg begitu banyak cerite pasal bende ni.hohoh...jadi ini adalah antara mimpi yang disebabkan oleh gangguan jin.
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1- Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2- Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3- Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik
untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4- Mimpi yang sangat menyeramkan.
5- Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa,
serigala atau tikus.
6- Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7- Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8- Berperasaan sedih pada saat tidur.
9- Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11- Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang
mengerikan.
12- Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat
hitam.
13- Mimpi berada ditempat sunyi.
14- Mimpi melihat kanak-kanak, menyusukan bayi dan kita menyayanginya.
15- Mimpi melihat salib atau gereja.
16- Mimpi melihat paderi.
17- Mimpi bersetubuh dengan lelaki tidak dikenali.
18- Mimpi makan najis.
daripada senarai ni, ada beberapa mimipi yang pernah aku alami. ohh T_T jika anda pernah alami mimpi benda2 sebegini, marilah kite sama2 beringat. sebelum tidur, amalkan ambil air sembahyang, baca ayat2 quran dan amalan2 lain yang dapat melindungi kita dari gangguan makhluk halus.
insyaAllah.
2 comments:
alamak... aku slalu mimpi yg nih..
10- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
takutnya!! ada jin suka kaco aku tido rupanya... huhu... betul kata ko... kena amik wuduk dgn baca doa tidur dan ayat kursi.. slalu mimpi camni cam bila penat sangat, tak sempat apa2... pastu zassssssss... terkejut sbb rasa nak jatuh dari tmpt tinggi..
aku ade jugak terkena nombor 3..kau pernah tak rase, kau macam nak jalan atau lari, tapi kaki berat GILE??? aku selalu mimpi mcm tu. rase helpless dan geram at the same time. and, aku pernah mimpi pegang najis!!(tapi xmakan ok) wth???serius mmg jahat jin dan syaitan ni kan. heissshhh..beringat je la selalu...
Post a Comment