Pages

Saturday, July 31

negativity

hmm. hari ni pergi kelas, macam biasa, tapi masuk mengajar kelas yg student nya luarbiasa. bukan luarbiase pandai, bukan juga luarbiasa baik. tapi, luarbiase pe'elnya.

beberapa hari lepas, aku ade blog pasal kegeraman hati aku ttg sorg ni. aku cuba sebaik mungkin layan semua org sama rata dalam kelas. that's what teachers do kan? ok, situasi dia camni. kau dah habis kelas, kelas pun bagi la salam and kau pun nak kluar dari kelas. fine. tibe2 sayup2 kau dengar 'we hate you teacher...' pastu ade gelak sikit2. hmm. bangga agaknye dapat cakap mcm tu kepada cikgu dlm kelas. tapi bila cikgu dah nak kluar je laa..yang ini budak yg lain pulak. wah dah bertambah pembenci cikgu wani. fine lagi. nak kate aku marah, sebenarnye, tak jugak. tahun lepas, ade jugaku budak yang mencarut kat aku. tapi tak cakap, die tulis kat assignment die. oh, mase tu aku sedih jugak la. dan agak depressed. bagi aku, tindakan mcm ni biasenya dilakukan oleh pelajar2 yg rase diorg ni mcm star, tapi tak berani cakap depan2 dgn cikgu (tapi aku tak mintak la diorg carut depan aku ye). so faham2 sendiri laa

ok, berbalik kepada perkara asal. bagi aku, normal sebenarnye kalau students nak rase tak puas hati kpd cikgu2 mereka. kita semua pernah belajar, jadi students, dan kita faham perasaan diorg. dan aku tak expect semua pelajar (kelas aku) utk suka style aku mengajar. setakat ni, ada yang suka, alhamdulillah, dan tak kurang jugak yang tak suka. tapi aku nak buat macamana? takkan aku nak cater SETIAP pelajar dgan kaedah pengajaran yang berbeza?? dalam masa 3 jam seminggu??

kadang2 aku rasa sangat penat menjadi cikgu ni. segala rintihan pelajar, kami cuba dengar. kalau tengok diorg banyak homework, tak sampai hati rase nak bagi homework subjek aku, walaupun subjek kami pun banyak ok nak kena cover? so tolonglah faham. aku sebagai cikgu, cuba faham situasi pelajar, aku sebenarnya harap pelajar juga faham tanggungjawab cikgu bila berada dalam kelas. aku bertanggungjawab pastikan semua faham konsep dan content subjek tu. aku rase kalau aku ada penyakit suka berbuih mulut, mungkin dah berbaldi buih2 tu sebab banyak kali sangat aku dah tanya 'faham tak? ada soalan tak? sampai takat ni, ade yg tak faham?' tapi respon nya tetap same. samada muka mmg x faham, tapi taknak tanya, buat2 tengok nota, main2 handphone dan macam2 lagi. bile buat simple exercise, sume tak boleh jawab..ended up, kena ulang balik dari awal..macamane nak progress ni kalau tiap2 kali nak kena ulang benda yg same?

aku dah penat marah.
aku dah penat nak berleter.
sebab nanti aku sendiri yg penat.
dan agak bad mood.

jadi, ape yg aku lakukan hari ni ialah dengan menjauhi perkara atau subjek yg negatif didalam kelas. first, aku dah tak drill budak2 dgn soalan, tapi aku mintak diorg bagi contoh (tu pun agak lambat jugak, tapi takpe) dan perkara yg tak pernah2 aku buat selama jadik cikgu ni, beri perhatian kepada pelajar yg berminat sahaja. maknanye, yg kurang berminat (yg selalu buat aku naik darah la) tu aku cuba utk tak terlalu push sgt dalam kelas. but what i did was against my principle. sebelum ni aku tak pernah buat mcmni sbb aku percaya, kalau student involve dalam lesson kita, they will learn. tapi masalahnya sekarang, bila mereka involve, somehow, mereka akan drag kelas itu dan secara keseluruhan, kelas tak ada progress.

percubaan pertama aku nampaknya agak berjaya. tadi, aku tak lagi rase tertekan utk melayan karenah makhluk2 itu, sebaliknya, channel my energy utk org2 yg mahu belajar. kesan yang ketara dapat dilihat dimana student2 lain yg diberi perhatian dapat buat latihan yg diberikan. with minimal guidance dr cikgu. yeah! nampaknya strategi ini agak berjaya utk kelas ni. mungkin boleh diteruskan. utk yg kurang berminat nak follow tu, kelihatan mcm biasa je. tapi yg herannya, mulut mereka tetap berat nak bertanya macamane nak buat latihan. kebanyakan jawapan mereka adalah salah (aku round jugak tgk diorg buat kerja, tp just keep my mouth shut la) tapi sepatah pun tak bertanya. hmmm.

setakat ni, method ni agak berkesan utk kelas yang satu ni. tapi aku sedar, aku tak boleh selamanya biarkan diorg mcm tu, sbb mereka masih dibawah tanggungjawab aku. nak tak nak, mmg kena mengadap mereka lah sepanjang sem ni..harap2 aku dapat jumpa kaedah yg terbaik utk deal dgan pelajar mcm ni, tanpa perlu berasa berat je hati tiap2 kali kelas dan rase tertekan tak pasal2. ade jugak aku terfikir, patut ke aku advise diorg utk drop paper or subjek ni, amik nx sem dengan cikgu lain? rasenye mcm tak boleh, so tahan aje laa..

akan update ttg kemelut (huhuhu) ini lagi nanti.

No comments:

Post a Comment