Pages

Monday, July 5

tujuh dan blog loving

cepatnya masa berlalu.
rase macam baru je 1 januari 2010. sekarang dah julai.

setahun yang lalu, bulan tujuh, aku tak berape gemar berblog, walaupun agak banyak benda dalam kepale yang nak aku taipkan. perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian, dicatatkan untuk kenang-kenangan. sekarang ni semua benda dah didigitalkan, termasuklah penulisan jurnal. dulu aku ingat nak terus tulis diari lagi, tapi, malas nak tulils panjang2 dah.. :D too many things to write about, too little time..lame excuse kan?

sejak april 2010 barulah semangat berblog tu datang balik..dan aku menulis apa sahaja yang aku suka. hasilnya, aku lebih mengingat perkara yang berlaku dalam hidup aku (sebab aku suke baca entry2 lama, just to remind myself how things were..), bersukaria ambik gambar 'moment' terutamanya gambar2 imran sebab terase budak ini membesar dengan cepatnye..dan meluahkan emo yang tak dapat di share secara verbal dengan org lain.heheh...itu la gunanya ade blog. taip je ape yg ade dalam kepala sesuka hati :D

lately aku suka, sangat suka membaca blog2 orang lain. my current favs are the shurfa sisters' blogs. ya Allah...pandainye mak aihh budak2 ni menulis...ooh boleh jatuh cinta aku dengan gaya tulisan diorang nih..jadi setiap hari aku akan at least bace 1 entry dari blog mereka, as much as ashraf likes (or needs) to read newspaper everyday..it is my sort of daily fix :D kalau x membace blog, macam xkene je aku ni. ahhahah

hasilnya, facebook aku mula terabai. yup, i no longer have the interest to update my fb (like i religiously used to) apatah lagi nak mengupdate status yg berbagai. heheh. ntahla. friends list yang perlu (?) diapprove pun malas nak approve. kenape ye, bagi sesetengah orang, lebih ramai orang dalam friends list tu, rase macam ala-ala popular?macam kau sorang je ramai kawan?tapi bile difikirkan balik, mmg famous la kot. sbb tu die ramai kawan. me on the other hand, trying to avoid approving too many people to be on the friends list..fuhh..that's a long one. ade org yg bertanye, 'kenape kau buat camtu? exclusive sgt ke friends list kau tu?'

ok, let me tell you something (if you are reading this la. if not, tak pe je). one, i am quite a private person. some people bangga menjadi 'open book' where they like others to know them and very open about it. tapi aku tak begitu.walaupun pada zahirnya aku kelihatan seperti org yg agak peramah, tak semua bende aku nak cerita dengan org. jadi tolonglah faham itu.

dua, akhir-akhir ini aku lihat terlalu banyak status on fb yang bertaraf sampah. ok, kau pegi toilet pun nak bgtau ke??erkk..selang seminit status kau naik. balik2 kau aje like nobody cares. mmg nobody cares pun. ikut suke kau la. oleh kerana aku seorang cikgu, maka didalam friends list aku ramai jugak student yang ade. bukan aku komplen pasal students aku, tapi ade beberape kerat yang asyik bercerita tentang 'hey, budak2 ***** dr *** dah 5 orang. kite jumpe kat oversea nti ye.' and 'owh. aku nak buat course **. negara kita perlu lebih ramai org dr bidang ini. tapi apesal aku je yg amik course ni dr sekolah kite?'..ohh tolonglah...nak muntah aku bace wehh...ok, kami semua tahu kau hebat dan kau akan ke oversea one day tapi tak perlulah kau canang satu dunia...adakah aku emo tentang perkara ini?terpulanglah, setiap individu ade penilaian masing-masing kan? :D last2 aku hide kan je beliau..habis cerite ok.

aku sebenarnya tidak bias kpd golongan org yg seperti ini. the fb junkies. tak lengkap hidup tanpa menulis apa2 di fb setiap hari. sentiase meng-alertkan kawan2 tentang keadaan semasa anda. it's just normal and perfectly fine. setiap org ada cara yg tersendiri untuk express perasaan masing2. aku hormat dan faham pendirian kamu semua. untuk menyukainya, tidak sama sekali :D

tiga, err takde sebab yang ketiga kot.

jadi, ape kesimpulan dari perkara2 diatas?

perlukah ada kesimpulan?

mungkin tak perlu.

untuk kamu caramu, untuk ku cara ku.

heheh.

:D

No comments:

Post a Comment