hari ni nak b*tching sket. hmm. sebenarnye xelok nak marah2 especially time pregnant ni kan. first, perasaan marah ni kan perkara negatif. takut nanti effect kat baby. kedua, org tua2 kata takut terkenan nanti kat baby. nti kluar ikut muka org yg kita marah tu. huhuh. nauzubillah. tak comel la anak aku nanti.
apa perasaan korang. bekerja dgan org yg menganggap dirinya serba sempurna. penat nye wooo aku rasa. ape yg dia buat sume bagus. aku dan lain-lain ni sume golongan marhain. hmm. sebenarnye aku dah berbulu dgan dia dr tahun lepas lagi. hihih. sbb tu aku tukar tempat duduk ke tempat yg paling terceruk dlm ofis nih. biar tak nampak skit dia. setakat ni ok la. sbb tak nampak kan. jadi kurang sket hati aku menggerutu pasal dia. lame2 aku dah tak amik port pasal dia. lantak kau la nak buat ape pun. jgan kacau aku sudah.
tapi kebetulan ade satu event kami kene jd ajk same2. disitulah titik tolak konflik bergolak semula. aku perasan angin bagus dia dtg lagi. tapi masa tu disebabkan aku terasa mcm aku sorg je rase cam tu, aku pun senyap kan aje. tak lame (dalam tempoh event tu jugak) ade member dtg kate rase tak puas hati pasal si polan ni..suka bebeno memerintah macam la die ketua event..hmm pelik. tengok senarai ajk, same je beban tugas dia dgan aku. tapi sbb aku xpayah jd mc dah, kerja aku ringan la sket. tapi xdela transfer keje aku ke dia pun. mintak tolong org buat keje, tapi cakap dgan aku mcm ckp dgan pencacai tut ok..wahh suka hati kau nak marah2 selambe je. aku senang je. kau dtg tempat aku nak mintak tolong, tapi marah2, aku cakap je 'u ni apesal nak marah2? tak boleh ckp elok2 ke'.
haa puas hati aku. baru kau tau diam. pastu baru kau reti cakap elok. eh, kau ingat kau tua dr aku, kau ade hak nak marah2 aku ikut suka kau ke. eh. tak maknenye aku peduli. kau tu 41, aku pun 41. ape beza nya. dari segi perjawatan kita sama ok. xde makne kau nak herdik2 bahasa2kan aku ok. tapi lepas tu aku mcm biase2 mcm dulu. buat tak reti je. lama-lama, makin bertambah pulak bilangan yang anti dgan si polan ni. sikit-sikit, aku mula nampak org pulaukan dia. hmm. at first glance, macam kesian jugak kan kena pulau. ingat kan nak bertaubat, tapi ohhh tidak..makin menjadi si polan ni..dengan selamba je die dok perli2 org dalam ofis dan termasuk lah di fb..kami semua masih buat tak reti..
ntah berapa lama kmai tahan nak buat camni dan berapa lama dia nak buat camtu, aku pun tak tahu..status fb si polan semakin hari semakin panas..dan sampai lah semalam, status fb dia betul2 kena batang hidung aku...ohh panas hati makk..ade something jd jumaat lepas mase nak balik..well, tak de ape pun sebenarnye, cume mase nak balik, aku cepat2 keluar pintu, terpotong jalan dia masa nak keluar..marah kan si polan? sbb aku dengar kau hempas segala pintu dgan gril..ohoho..protes gamaknye tu..tup tup naik status elok je kat fb..buat tak nampak je la wani..balas tidak, ape pun tidak..
kadang2 aku yg berfikiran jahat ni terpikir jugak..ni ke gamaknye org yg pernah pergi sekolah agama..tapi perlakuan dan kata-kata lansung tak reflect..nak kata lagi teruk dari org yg tak pergi sekolah agama pun ade..asal ada org salah dgan dia je..mesti doa kat fb..(hahahah..lawak pulak aku rasa) pastu doa bikan nak baik2..asal doa je, doa yg mmg tak baik utk org..makbul agaknye doa kau tu.
hmm. setiap org ada cara masing2. macam si polan, suka menggunakan saluran fb utk mencaras org2 yg dia tak berkenan. aku pulak suke tulis kat blog. dua-dua pun cara yang salah. cara yg betul ialah bersemuka dan selesaikan baik2 kan. tapi buat ms sekarang ni aku belum mampu lagi. mungkin sisa kemarahan tu ada lagi. nantilah bile hormon aku stabil sket, aku pergi la jumpa. kalau perlu la. kalau aku tengok makin mengada, ntah la aku pun tak tau nak buat ape kot.
pendek kata, kepada si polan, kalau u baca, inilah luahan hati aku. i used to respect kau sbb kau lebih berusia dr aku. kau lebih tua dr kakak aku. tapi melihatkan sikap kau yg tak sepadan dgan usia kau, rasa hormat aku makin lama makin hilang. dan aku pun terfikir, apa yg kau nak cuba buktikan pada kami semua? agaknya kau rase cara kau yg paling betul paling baik, paling sempurna? hmm. fikir2kan lah. dengan segala yg aku tulis (dan ade byk lagi yg tak tertulis), aku tak kata aku lebih bagus. tapi adakah kau lebih bagus dari aku? jawapnnya juga tentulah tidak.
No comments:
Post a Comment