Pages

Friday, April 8

pengurusan konflik

pagi tadi seperti biasa ada sesi pembentangan buku..kira macam book review la..best jugak topik minggu ni..mcm agak berkaitan dengan apa yang bermain difikiran aku sejak beberapa minggu ni. tajuk yang mudah: pengurusan konflik. sbg permulaan, konflik didefinisikan sbg berlakunya percanggahan kehendak antara 2 pihak. so peringkat awal konflik sukar dikesan (betul tu kan). dah lama2 kalau tak ditangani, akan mengakibatkan perubahan tingkah laku. dan seterusnya bila dah teruk sgt, akan menyebabkan (mungkin) perkara yang lebih buruk.



aku tak terkecuali terlibat dalam konflik. konflik dalam diri sendiri (mahu atau tak buat sesuatu) dan konflik dengan org lain sekeliling aku. konflik ni kirenye sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian kita kan. kalau kat rumah, konflik dgan husband dan anak. tapi kategori ni senang sbb kita tahu macamane nak manage benda ni dgan baik. yelah, nak bincang dengan family kan ada caranya, dan lebih mudah sbb kita saling mengenali. tapi kalau konflik ditempat kerja macamana? susah tu..(bagi aku la)..susah sbb...walaupun serapat mana kita dgan kawan kita tu, sebenarnye kite mmg tak kenal dia dengan baik..agak2 50% pun xsampai..kalau kite tak mengenali dia dengan baik, camane kite nak cari jalan utk selesaikan konflik tu.


hmmm susah kan. dulu2 aku jenis panas baran. kalau aku xpuas hati dengan satu perkara or kalau ade konflik, mmg aku akan confront je org tu. tapi bukan serang2 la. aku akan jumpa n cakap straight forward je. bagi aku cara tu lebih mudah. dan cepat. tapi kebanyakan org tak selesa dgan cara nih. hehe. silap hari bulan boleh putus kawan or gaduh besar. tapi sejak2 jadi mak org ni, aku rasa aku makin cool. dan kurang baran aku. alhamdulillah. kalau ada konflik2 camnih especially kat tempat kerja, selalunya aku diam je. kalau ikut hati, mmg nak confront je kan and tanya 'what's your problem haa??'..itu kalau ikut hati laa..kalau ikut otak..'biarla..tak mati pun kalau tak cakap' hehe..sebenarnya lebih kepada 'cis...kau ingat kau tu sape haa??'..hehe...aku pun bukan la baik sgt pun :p begitulah akal dan otak aku menenangkan hati yang panassss..


kadang2 aku terfikir, betul ke cara aku berdiam diri ni? mmg la dpt mgelak konflik yg lebih besar, tapi tindakan ini definitely tidak menyelesaikan masalah sebenar..ye tak? kesimpulannya, kita ada banyak cara nak menangani konflik ni..semuanya terpulang kpd individu itu sendiri...bagi aku, selagi aku boleh sabar (dan buat bodoh) aku sabar je laaa..kalau org nak berkonflik-konflak dgan aku ke...sabar je laaa..jgn smpi melebihi dan mencabar kesabaran aku sudah..lagipun aku percaya, diam tak semestinya kalah..cakap kuat tak semestinya menang..

No comments:

Post a Comment