akhir-akhir ni aku perasan imran macam lain je perangainye. pertamanya, sekarang ni die cepat sgt nangis. tegur sikit nangis. ajak makan nangis. tak kasik main air nangis. pendek kata apa yg tak kena dengan kehendak dia je, mesti nangis. nangis sungguh2 pulak tu. hmm. kadang-kadang ibu geram jugak tgk die. yelah, balik kerja dah penat, sampai rumah macam2 nak kena buat. dengan kerja rumah, dengan nak siap makan, nak cuci lampin lagi. pastu nak dekat maghrib kene kluar pergi ambik abah kat komuter. bukan merungut, itu semua tanggungjawab aku dirumah. cuma kadang-kadang terasa agak lelah nak buat semua.
mungkin jugak ini fasa awal preknen kedua. aku harap2 macam tulah. harap2 lepas ni aku kembali cergas mcm biasa. tapi aku tetap bersyukur, dari preknen pertama sampai yg kedua ni, Allah permudahkan banyak perkara utk aku. tiada istilah morning sickness, muntah-muntah, mood swing dan lain-lain. cuma persamaan both pregnancies adalah aku sgt cepat letih. sgt suka tidur :p hehe. so skrg ni mmg pantang ada masa je, mmg aku akan tidur. yg lain-lain sume berjalan seperti biasa.
ok, berbalik kpd abang imran. hehe. sekarang kami dah train panggil dia abang. biar dia tak terkejut nanti bile ada adik :) lately imran nampak sgt moody. mmg berlainan dgan perangai die yg kami kenal dulu. riang dan ceria. semalam masa lepas amik imran dari taska, borak2 dgan imran dlm kereta. selalunye die wuuwaaa borak dgan ibu. semalam senyap aje. bile pgg tangan die pun die tepis2 T_T huu sedih la pulak aku..tapi aku sabar je la..2 kali nak pegang tangan, die tak nak jugak..siap nangis lagi..ikut hati geram jugak, tapi sabarkan je la..mungkin dia penat kot kat taska.
2 3 malam ni die mesti nak tidur dgan kami. sebenarnya sekarang ni kami dah letak katil single dalam bilik, mmg utk imran. jarak antara katil aku dengan katil imran xsampai pun 2 kaki..tapi sekarang die mmg xnak tidur sorg2. mesti nak tidur atas katil aku. tidur kat tengah2. hmm @_@ bukan tak boleh, tapi si kecil ni tidurnya buas..habis ibu dgan abah kene kick mase die tido..aduihhh laa..aku dgan ashraf kasik jugak la die tidur dgan kami..tapi dlm pkul 3 camtu, angkat la die balik gi katil die..huhuh tak pun abah yg pergi tido kat katil imran. muahaha :p
oh ya, semalam sebelum tidur suatu perkara yg (agak) sadis terjadi. sume nak tidur dah ni. aku pun nak kiss imran nite2 mcm biase la kan. mula2 die tepis. hmm. tengok bile abah kiss die ok je, aku pun cube lg sekali. kali kedua dapat la kiss die..and...pangg!!! dapat la sedas imran pukul muka ibu T_T aduiii laaa..sakit jugak laa..aku diam je (sabar la katakan) tapi abah dah marah dah imran sebelum tidur..kesian pun ada..tapi lepas tu dia tidur jugak la..barulah dpt aku kiss imran :p
aiiishhh.. org2 keliling kata, die 'jeles' tu dgan adik dia..iye ke? tapi itulah..budak2 ni ade senses atau naluri mereka yg halus yg kite tak sedar ataupun faham..tapi kene cuba faham..mungkin itu cara mereka meluahkan emosi mereka pada kita..bagi aku, sepenat mana pun, aku mesti layan dia sebaik mungkin..tak boleh la die emo, aku pun emo kan..xkemana semua tu..
setakat ni, itulah cabarn yg aku hadapi..moga2 aku kuat hadapi semua ni tanpa 'crack' atau tensyen.. insyaAllah..harap2 semuanye berjalan lancar dan semoga perkara yg berlaku pada imran hanya lah salah satu phase yg biasa dilalui dalam perjlanan die membesar. doakanlah aku ye.
6 comments:
adui abang imran.. dia dah boleh sense ek? sabar jer ler wanie... agaknya baru2 ni jer macam tu.. lama2 kang ok laaa tu.. sedih pulak baca entry kali nih... huhu
orang kate kate kalo die xsuke,tande nak dpt adik lelaki jugak...tp tatau la..huhuh..
mash : sedih ooo...macam die tunjuk perasaan pun ade..tapi agaknye sbb die pun belum boleh cakap betul kan, mungkin maksud tak sampai kot?
tapi anak kan, camane pun, sabar je la.. :P
nana: dah meletup ka belum anda?? hehe..alamak gitu ke..tapi kalau boy pun ok (jimat duit i xyah beli baju byk2 dah)..
oh btw, i cilok ayat2 doa kat blog u utk buat amalan..siap print lagi ko... heheh..tak pe kan?
hmm, sampai mcm tu skali ke wani? dapat rasela kesedihan tu sebab yela, dah kite slalu nak kiss die skali takdapat memang sedih..mungkin ada betulnye kut pasal sense tu..mungkin amik masa skit utk die faham..sabar byk2 ye wani
betul tu ainul..kesedihan yg xdapat diluah dgan kata-kata..tapi harap2 phase ni ends soon..i mmiss my little imran T_T
Post a Comment