Pages

Monday, June 6

3rd anniversary

hampeh aku lansung tak amik gambar T_T

anyway, sambutan kali ke-3 ni semuanya serba sederhana :) tapi seronok. kena pulak 30 Mei hari isnin, kami laki bini mmg pakat nak amik cuti..so dapat jalan2 rileks sama-sama. imran? haruslah kami hantar ke taska. heheh. kesian imran xdapat join.

so hari tu kami gi jalan2 kat midvalley. plan hari tu mmg nak tengok wayang, so kami pilih nak tgk nur kasih. mula2 ashraf ajak tgk kung fu panda (apakah tema anniversary ini?) sbb ada 3D tu tapi setelah dibangkang dengan jayanya oleh ehem, aku, kami pun tgk la nur kasih.

movie started pkul 11 so kami lenggang kangkung dari rumah. tapi banyak jugak keta kat midvalley..maklumla tgah cuti sekolah..-_- ramai betul remaja muda-mudi..terasa ada generation gap disitu. tengok diorg dgan fesyen terkini ala hana tajima, ku rasa sgt old. huhuh. hmm xpelah. aku ttp setia dgan tudung bawal ku :p

nur kasih was good! it was a tear-jerking movie. aku asyik nangis je tgk cerita tu. tapi nangis senyap2 je sbb xnak ashraf nampak. tapi ashraf ni pun satu pe'el die. suke jenguk tengok aku dalam wayang (faham tak? suka toleh tengok muka kita) ishh. mmg mganggu kosentrasi sedih aku. tapi byk part nangis tu bukan sbb tgk adam n nur, tapi tgk adam dgan mak dia..uwaaa T_T

tengoklah! tengoklah! pastu kite nangis ramai2.

time lunch pulak, kami pergi Chilli's. (betul ke ejaan eh?) aku order burger, ashraf order kambing. umak aiih besar portion dia...aku makan separuh je :p lagi separuh tapau bawak balik..tak baik membazir kan (mahal tuu)..makanan dia ok, tapi utk tekak yg masih senget cam aku ni, err xberapa syiok..tapi dpan ashraf kena makan bersungguh2..nti die kecik hati pulak..hahahha

sebelum balik singgah MPH jap. beli satu buku utk aku, satu utk imran..itulah hadiah utk diriku sendiri utk 3rd anniversary ni. no more hadiah mengarut cam tahun lepas (siap beli basikal lagi tapi tak guna dah pun..ciss)..haruslah lebih praktikal..maklumla makin tua..keputusan makin matang (kot)

itu la catatan kenangan utk kali ni..terasa hambar sbb xde gambar..hehe..terlupa laaa..

No comments:

Post a Comment