hari ni aku nak menulis tentang seorang rakan aku. dah lama sangat aku tak jumpa dia. tapi selalu teringatkan dia. harap2 dia ok and sihat selalu. dah lama sebenarnya terfikir nak menulis tentang dia. sejak 1st time pergi sungai congkak dulu. huhu. sebabnya aku tertengok binatang ni..sejak dari hari tu mmg selalu teringatkan kawan aku yang sorang ni.
dragonfly kat sungai congkak
kawan aku yg seorang ni sangat istimewa bagi aku. walaupun kami bukan berkawan baik, tapi kehadiran dia dalam hidup aku banyak mengajar aku banyak perkara dalam hidup dan dia sebenarnya dah banyak bantu aku mengenali diri aku. huhu. ini bukan kisah jiwang ye. ini sebuah kisah persahabatan :) dan orang yang aku maksudkan pun adalah seorang perempuan.
aku kenal dgan dia masa belajar kat mrsm dulu. dia ni classmate aku. tapi dia ni sgt2 pendiam. jadi aku xberapa rapat dgan dia. masa mula2 masuk mrsm, aku serabut. sebenarnya aku xberapa suka duduk asrama (maklumlah budak sekolah harian) dan berasa sangat tensyen dan frustrated dgan sistem mrsm (oh itu kena buat entri lain pulak). jadinya, ntahlah, aku pun hidup dgan dunia aku je masa tu. ikut suka aku je nak buat ape.
nak dkat tengah tahun 1999, family aku pindah kedah sbb abah kerja kat UUM. hoh balik bercuti terpaksala aku balik ke kedah. masa tu kan aku newbie bab2 naik bas ni. jadinya aku terpaksa depend on kawan2 dari kedah..maka aku pun mula la berkawan dengan budak2 kedah..ada 2 org sebenarnya, sorang tu jadi kawan baik aku sampai sekarang, izma..dan sorang lagi tu ialah orang yg tgah aku tuliskan ini.
kawan aku seorang ni seorang yang misteri. hehe. kalau kita cakap dengan dia, dia diam je. dan senyum. respon pun kadang2 je (itu pun selepas dipaksa..wahaha). tapi aku selalu paksa dia cakap. mungkin kadang2 dia rimas dengan aku. tapi kami tetap berkawan macam biasa. mungkin aku suka kawan dgan dia sbb dia pendengar yg baik. cakap pun lembut je. macam2 cerita dia dengar dari aku. tapi aku jarang dengar cerita dia.
dah masuk form 5, kami semakin rapat. masa cuti pun dia pernah datang rumah aku. jadi dia pun mula cerita serba sikit kisah dia pada aku. tapi tak sebanyak yg aku cerita laa. sbbnya dalam kelas pun dia ada besfren lain, aku ada besfren lain. hehe. kadang2 aku ikut jugak dia pergi PSP (library) sbb die ni suka tido kat library waktu prep. muahahaha!!!! :D
ok, berbalik kepada gambar pepatung itu. masa nak dekat spm, kami (aku je kot) mengalami tekanan jiwa yg hebat. anehnya, dalam ramai2 kawan yg ada, dia sorang yang mcm faham tekanan aku. jadinya, satu petang waktu riadah, kami dapat kebenaran keluar dari maktab. maktab aku ni dekat dengan air terjun dengan bukit. and depan sekolah pun ada kolam sungai kecik..masa jalan-jalan tu dia ajak aku pergi situ..sampai kat sana, kitorang pun rendam2 kaki..best air sejuk!!! nak dekat sampai lutut..kami pun main2 je air kat situ..masing2 senyap je tak borak ape sangat..tiba2 kami nampak pepatung warna biru hijau bertenggek atas batu..mmg cantik..ingat lagi dia kata kat aku 'kalau kau tengok ni lain kali kau ingat la kat aku'.. :) nampaknya harapan dia tercapai..sbbnyatak payah tunggu pepatung yg cantik2, kalau aku tengok pepatung biasa pun aku selalu teringatkan dia.
lebih kurang macam ni la rupanya, tapi ni aku google je
lepas tu kehidupan berjalan cam biasa..malam paper terakhir tu (paper bio tak silap aku) dah masuk bulan puasa..so malam tu kami ramai2 pergi sembahyang terawih kat masjid telekom..masa habis sembahyang tu dia tarik tangan aku utk salam dan cium pipi..aku ok je tapi rase pelik jugak sebab sebelum ni aku dengan dia jarang begitu..hehe..so kami pun berjalan la sama-sama nak balik maktab..malam tu macam nak hujan, so banyak la kilat2 ngan guruh..aku ni kan penakut kilat dan guruh, so aku agak tak tentu arah masa tu..jalan pun tengok bawah je (takut woo)..dia perasan dan dia tarik tangan aku..so aku takdelah takut sgt..
satu perkara yg tak akan aku lupa sampai bila-bila, dah nak dekat sampai maktab tu, tiba2 dia berhenti jalan, dan peluk aku kuat2. huihhh terkejut aku!! aku pun tanye la kenapa ni. panik gak aku. dan agak tak selesa sbb tgah2 jalan ok. die peluk aku kuat2 dan kata 'inilah malam last aku dapat peluk kau. lepas ni tak tau bila dapat jumpa lagi. aku sayang kau sgt2' .. aku mmg sedih time tu T_T tapi aku diam je..baru aku tersedar rupa2nya aku ada seorang kawan yg sgt baik disisi aku sepanjang 2 tahun aku di Taiping..tapi aku tak pernah sedar..kenapalah aku baru baru tersedar malam tu..agak menyesal..tapi aku bersyukur ditemukan dengan org seperti dia..banyak mengajar aku tentang kesabaran, persahabatan dan looking at life from a diff perspective. for that, i am forever grateful.
dah lebih 10 tahun aku tak jumpa dia. rindu. mesej adalah beberapa kali. itu pun tak kerap manapun. beberapa bulan lepas, dia mesej aku ucap tahniah on 2nd pregnancy..rupa-rupanya dia baca blog aku..(bgmana kau tau aku ada blog?) heheh..bertambah lagi pengetahuan kau ttg aku..aku jugak tak tahu menahu ttg kau dan hidup kau. tapi takpe, aku yakin hubungan persahabtan kita tak pernah dan tak akan putus..percayalah kau sentiasa dalam ingatan aku ok! :)
sebenarnya hari ni, 28 jun 2011, hari jadi dia ke-28 (hehe lagi tua dr aku)..of course aku nak ucapkan selamat hari jadi!!!semoga panjang umur dan murah rezeki..rajin2kan lah diri mengirim berita kat aku..berita aku??hehe..ko bace je la blog aku..ni lah perkembangan diri aku :) aku harap dapat jumpa kau lagi..dan harap kalau kita dapat berjumpa lagi, kau dan aku masih mesra macam dulu (i hope the jokes would still be funny bak kata vitamin C in graduation).
akhir kata, aku berpuas hati aku dapat luahkan perasaan aku kepada kau..mungkin 11 tahun terlewat, maafkan lah aku ye. hehe. biar terlewat, jgn tak terluah lansung, betul tak?
aku rasa kalau kau baca ni, kau akan tahu aku tujukan entri ni kepada kau. tapi kalau kau masih blur, entri ni khas utk kau sahabatku, nur faridah hanim.
p/s: rindu kau. rajin2 la kontek i ok :)
1 comment:
Waaa...aku rindu Hanim...
Wani tulis pasal dia buat org rase sedih. Huhuhu...
Post a Comment