Pages

Friday, September 23

diari makcik

orang kalau jumpa aku first time, selalu ingat aku kerek. kira first impression mmg nampak sombong la. sebenarnya aku suka bercakap. lebih spesifik, aku suka berlawan cakap. bukan berlawan macam berdebat tu. tapi suka borak panjang-panjang. maybe sampai tahap org xnak dgr. sbb tu kena ada blog. banyak sgt nak cakap tapi xde lawan. heheh. xkan nak bermonolog pulak kan. :D

kalau dalam keta, aku suka berlawan cakap dengan ashraf. kire dia ni mmg sparing partner aku la. sbb kami suka berbeza pendapat. tapi dua-dua suka menang. so dua-dua akan bersungguh-sungguh bile bcakap. kdg2 dia menang, kdg2 lak aku menang. ikut time la kan. kalau aku je asyik menang mesti dia boring ckap ngan aku nanti. hehe. tapi lately aku perasan, aku suka bersikap kritikal. suka nak komen hatta perkara2 kecik dan remeh (bak kata ashraf). ok, sebenarnya dari dulu lagi kot camni tapi baru terperasan dan nak bercerita ttg ni. dah lama rupanya aku ni bersikap annoying.

contohnya, kalau dengar lagu kan, ashraf; dia boleh menyanyi dengan riangnya. almost any song. tapi tak utk aku. aku mesti nak kena dgar dan faham lagu tu pasal apa, lirik dia berseni ke tak, dll. contoh lirik tak berseni (bagi aku eh) ialah lagu2 terkini kru. erkkkk. kenapa ehh? adakah ada org faham maksud aku dari sudut ni? lirik lagu yg ntah hape2..terlalu straight to the point..bagi aku mmg xde seninya..dan aku mmg xsuka lagu camni sbb bg aku bile lirik dia tak berapa nak sedap kat telinga aku (walaupun maksudnya sampai) tetap xsedap lagu tu jadinya..hmm..itu salah satu contohnya lah

last weekend aku dengar lagu bruno mars 'marry you' dengan ashraf..spt biasa dia pun menyanyi dgan riang..la la la la dgan imran..tapi ntah knapa aku rasa lagu tu annoying gila..and (terasa skema diriku) rasanya implikasi lagu tu terhadap pemikiran budak2 muda adalah sgt bahaya..kenapa bahaya? ok aku relate pulak dgan apa yg tjadi kat dalam kelas aku recently. lagu yg sama oleh bruno mars.

hari tu aku buat listening activity dgan students sem 1 aku. tapi aku buat simple2 je guna few english songs. supaya diorg enjoy session tu sikit. so aku gunalah lagu2 yg agak neutral iaitu jason mraz-i'm yours, dixie chicks-eternal flame (ok ni agak jiwang) and lemon tree. lagu senang2 je utk stimulate interest budak2 ni. dah abis session sume, ada sorang ni dtg jumpa aku, tanya, 'teacher lain kali treacher buat la exercise guna lagu bruno mars-marry you'..aku tanye kenapa, dia kata dia minat lagu tu sbb lagu tu fun..ok. sbb aku xtau lagu tu, aku haa kan jelah. lagipun yg ckap dgan aku tu budak laki. dia ni mmg lemah subjek english. tapi masa nyanyi2 tu nampak dia yg paling naik syeh. macam pergi karaoke je aku tengok.

so aku ingatkan mmg best lah lagu tu, tapi bila aku dgar sendiri, errrkkk..tak suka..tak suka...no offense kepada org yg suka ye..sume ada hak masing2..and i respect that..cuma bagi aku, indirectly, lagu tu akan banyak mempengaruhi cara (especially anak2 muda) kita berfikir..ambik bait lagu nya sket eh

It's a beautiful night
We're looking for something dumb to do
Hey baby I think I wanna marry you

Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juice?
Who cares, babyI think I wanna marry you

Well, I know this little chapel
On the boulevard we can go
No one will know
Oh, come on girl

Who cares if we're trashed
Got a pocket full of cash we can blow
Shots of patron
And it's on, girl

Don't say no, no, no, no, no
Just say yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
And we'll go, go, go, go, go
If you're ready, like I'm ready

erghhh tak sukanya lirik nih..nampak remeh je benda ni tapi cuba kita fikirkan, kalau budak muda yang dengar lagu ni berulang kali dan ambiknya sebagai cara pemikiran diorang..camane tu..looking for something dumb to do? kawin tu benda yg bodoh atau main2 ke? banyak lagi benda dumb yg boleh dibuat, tapi sendiri pun boleh pikir..kenapa nak buat benda dumb bile boleh buat smthg yg beneficial? personally, aku mmg tak suka..dahlah banyak benda2 masalah sosial skrg ni kan..sungguh merisaukan -_-

jadi, seperti biasa aku pun membebelkan idea aku pada ashraf yang sedang syok menyanyi..(silap timing..heheh)..selamba je dia kata 'you need to relax a bit. don't be too serious'..huhh xde pape yg mengejutkan pun dalam jawapan dia..hehhe..smthg yg i expected..yup..he is right..mungkin aku terlalu serius..lagu je kan..but i can't help it!!

berfikir tentang ke-serius-an diri ini, aku terfikir utk wujudkan label baru dalam blog ni iaitu 'diari makcik'. ni kira first entry lah. ini je lah ruang utk aku express pendapat makcik aku. kenapa makcik? heheh. sbb aku terasa tua bila fikir benda2 serius camni. at least serius lah utk aku. :) atau boleh je benda yg xserius atau kritikal tu, tapi perkara remeh yang boleh menyebabkan org ada impresi 'ee macam makcik je kau ni' atau impresi jengkel yang lain.

contoh pemikiran makcik yang aku teringin nak tulis ialah hasil penyopingan atau penjimatan hebat yg dapat aku lakukan di tesco. huhuhu. lansung tidak ilmiah. dan sebenarnya perkara biasa yg amat. nak shopping kat tesco pun nak kecoh. berjimat pulak tu kat tesco. memang makcik kan.

haa kalau korang paham, itulah essence nya. pemikiran makcik. dari pandangan mata aku. hehe. itu je. nanti aku share lagi pandangan makcik aku.

1 comment:

mamaeesya said...

'diari makcik' adalah lebih sedap didengar dari 'diari makcik-makcik'.. hahahaha...

aku suka jer lagu bruno mars tu sbb aku mmg laa jenis yg tidak menghayati lirik.. kalau tune sedap, aku dengar jer tanpa amik tau makna lirik.. hahaha.. aku lagi laa makcik yg tidak berpengetahuan luas bab2 hiburan nih... hehehe

Post a Comment