Pages

Monday, October 10

big bad wolf sale 2011

ahad lepas aku berjaya mpengaruhi ashraf utk hantar aku pergi big bad wolf sale ni. mula-mula ingatkan malas nak pergi tapi lepas baca dalam suratkhabar sale dr 75%-95%, terus tak tentu arah aku dibuatnya. muahahah!!! terus plan baikkk punya nak pergi. since ashraf bz hari sabtu, ku cuba kecek pergi esoknya. hari ahad ku bangun awal pagi (pukul 8 pagi dah celik mata dah. awal la tu utk hari ahad kan?) mandi 2-3 minit je pastu turun buat breakfast..goreng nugget and siap buat roti telur cheese lagi..hmm aku sgt produktif bila keadaan mendesak camnih..hehe lagipun nanti kalau breakfast xbest, nanti ashraf tak ikhlas hantar aku gi maeps :p

imran pulak ashraf setelkan. nasib baik jugak dia xcranky pagi semalam. tapi imran xleah ikut aku gi sale tu..no no no...dia mana suka tempat ramai2 org ni..kang nanti dia nangis melekat je kat kain aku, baikla ashraf bawak dia jalan kat alamanda..yeayyy!!!walaupun pergi sorang aku tetap rasa best sbb dpt pergi belek2 buku selama yg aku suka..heaven!!!

sampai je kat maeps, ade perkhidmatan shuttle bus..aku turun je keta, terus naik bas tu..xde sempat nak salam laki and cium anak pun. haha :p agak tak senonoh ye di situ. mmg lupa diri. needless to say, adenye bas ni mmg mjimatkan tenaga mak buyung ini..terus dihantar sampai kedepan pintu hall A..2-3 minit je..i super like that!!so jejak kaki kat sana, seperti yg ku jangkakan, mmg RAMAI gila org..sume sibuk menilik buku..aku pun pusing2 lah tengok..dia pulak buat dalam gudang..so kawasan mmg luas..menyesal pulak tak amik gambar suasana tu..tapi disebabkan lupa diri kan..nak buat camane..tempat yg paling menarik haruslah children's section..banyak betul buku budak..semurah RM3 je..aku tengok ramai parents mborong kat situ..siap bawak travel luggage ko..meriah sungguh..aku pau kotak ade kat tepi2 tu je..heheh..newbie sungguh..takpe, lain kali aku datang bawak recycle bag pulak..takyah aku ngusung kotak lagi..


kat sana aku hampir terpedaya dengan harga novel sophie kinsella- shopaholic series, cecilia ahern dan seangkatan dengannya, iaitu RM8 shj sebuah buku (murah gila)..aku sebenarnya dah amik dah 2 buku shopaholic tu disebabkan mengikut nafsu, tapi bila aku dah bertenang, aku pun mula berfikir dgan LEBIH rasional dan mengingatkan diri sendiri bahawa AKU bukan jenis yg mbaca novel. so knapa aku nak kena beli plak??? konon2 nak baca masa pantang nanti..tapi...adakah aku akan baca?? jwpannya sama la jugak..xde maknanya pun..so patah balik, letak la semula buku2 tu..so aku round je la kat tempat buku budak :)




best sungguh dapat pergi tempat2 clearance buku camnih. berbaloi rasa jalan non-stop. hehe :) tak byk sgt aku beli semalam sbb aku dapat rasa yg aku akan pergi lagi sale ni..insyaAllah, jumaat ni plak dengan Ain..yeahoo!!so riki2 dulu, sediakan budget je lah..so anyway, aku round lebih kurang 2 jam je, and beli 5 buku..total purchase RM30..ok la tu kan..yg best tu dpt belikan buku utk imran..buku yg biasa2 aku xamik dulu, aku amik buku yg beraktiviti bunyik2..kan mahal bendalah tu kalau harga biasa? kat sale ni RM8 je..huhuh :) suka! suka! (memang makcik)

ni buku2 hasil..satu buku RM8 je :) yg dua bawah tu bunyik2..yang atas tu kita boleh teropong tengok gambar space exploration! :Dyang ni pulak geng RM3..amik buku little woodstock sbb comel gila bentuk dia..and sekeping majalah utk aku..aku suka majalah ni..since dr mengandung imran mmg selalu cari majalah ni..tapi lately susah nak jumpa even if pergi putrajaya pun..kalau ada, harga dlm RM20 sekeping (backdated issue tu) tapi sayang, semalam ada satu issue je (jan2011)..adik keja situ katu supplier utk majalah lain, so xtentu sgt magazine supplies nih.. -_- pasrah lah aku..takpe, kite cuba tgk jumaat ni, kalau ada rezeki ada title lain, ku rembat la nanti..(sedapkan hati sendiri)


overall, mmg berbaloi pergi! kalau tanya aku, mmg aku akan promote habis2an :) berbaloi sakit pinggang bila sampai rumah..jalan pun kaki menggigil je sbb sakit pinggang yg amat sgt!! siap krem lagi kaki..tapi bila tengok imran semangat nak membaca..hilang semua sakit tu..alhamdulillah..berbaloi rasa!!

No comments:

Post a Comment