sekarang kitorang dalam proses meng'train' imran utk tak pakai lampin lagi..ni gambar masa dia tidur petang 2 minggu lepas..sebelum tido dah suruh dia pergi kencing, takut dia terlepas :p masa dia tido tu aku letak alas plastik tu takut terbocor..heheh..setengah jam lepas dia tido, ada jugak kejut bangun pergi bilik air tapi dia tak nak. elok je lepas cakap tu, dia pun terkencing.. -_- walaupun letak plastik tu, bocor jugak..terpaksa la basuh kusyen n alasnya sekali..memang terbaikkk..lately terperasan imran dah pandai sayang barang2 dia..tengok tu, dia sayang benar dengan mr orange..tido mesti nak dengan mr orange..suka hati la imran :)
perkembangan adik fahim pulak. si budak kicik ini sudah pandai mengamuk bila dia ngantuk! gambar ni masa dia dah ngantuk sangat, dah ngamuk2 pastu tertido sendiri tak sempat aku nak pakaikan baju..alahai anakku.. -_-
fahim dah 4 bulan lebih, dah pandai pusing badan, dah pandai mengesot ke belakang..rasanya dia dah nak mula merangkak kot (xcepat sgt ke?) sbb start kelmarin n semalam, kitorang dah nampak dia menopang/tolak badan ke atas guna tapak tangan and dah gerakkan kaki kanan dia ke depan..pencapaian yang hebat!!!aku terlalu excited sampai terlupa nak amik gambar..hahah :) kesian fahim.
sekarang adik dengan abang dia dah boleh main sama2. selalunya bila imran bcakap, menyanyi, main, fahim akan pandang penuh minat sambil sengih2..rasanya dia suke tengok abg dia kot..alhamdulillah, fahim is an easy baby..tak banyak kerenah nak menjaga dia..malam2 pun setakat ni tidur ok, sama macam jadual kitorg..bangun menyusu pun paling banyak 2 kali..jadi, aku pun tidak la terlalu kepenatan..alhamdulillah :)
ok, nanti update lagi
1 comment:
dua brothers yg sgt cumel..sekilas pandang air muka bb fahim cam ibu die
Post a Comment