Pages

Tuesday, May 15

haa sekarang baru ada masa sikit nak tulis2 blog..sem ni keja agak banyak kat ofis..hmm xtau apa yg aku buat sampai bz bebeno tapi itulah hakikatnya..aku tak da masa..ke, tak pandai menguruskan masa? ape2pun aku tetap kena teruskan jugak la...dah nama kerja kan..

hari ni aku nak menulis ttg refleksi diri sendiri sepanjang hampir 6 bulan selepas melahirkan fahim..dari segi personal, aku rasa tanggungjawab makin bertambah..kalau masa imran aku dah rase tak sempat nak melawa macam dulu2, dengan ade fahim ni, ha ha ha...lagi lah aku xsempat..:p ikut dan aje ape2 pun..nak kluar rumah pun mesti pakai baju nursing yg aku suruh mimin belikan kat mumdreams tu..setakat ni aku ada 4 keping..maka 4 keping tu laa yg aku pusing2 pakai..hahaha :D kelakarnya..tapi ye lah kan, itu lah antara cabaran dalam menyusukan baby kan..kalau masa imran dulu, xde sehelai pun baju nursing..huhu..aku susukan dia pun 3 bulan je, pastu terus switch ke formula..untuk kali ni, aku bersungguh sikit lah :) doakanlah aku bertabah hati..moga2 tak separuh jalan aje..

oh ya, lagi 2 minggu, aku kena pergi dip ed, kali ni dia buat kat upsi pulak..tapi menginap di asrama mrsm kkb..what the what kan? kalau ikut hati, rase malas nak pergi sbb fahim masih menyusu badan dan malam2 pun 2,3 kali jugak dia menyusu..tapi nak buat camane..inilah tuntutan kerja..semoga apa yg aku usahakan ni akan membantu keluarga aku..insyaAllah..sebenarnya aku dan ashraf dah foresee benda ni akan jadi, sejak sebelum fahim lahir lagi, cumanya bila ia hampir jadi, aku tak tau nak hadapi camane..huhuh..ya, kami dah menjangkakan 2012 akan menjadi tahun yang mencabar..ashraf sambung balik belajar, aku pun sambung belajar, dip ed dan master, rumah kami takde maid, nak hantar dua budak pergi taska..dan lain-lain lagi..semuanya agak mencabar jugak la..

tapi dalam semua cabaran tu, setakat ni belum lagi aku rasa kepayahan yg amat sgt..alhamdulillah. walaupun xsemua perkara aku dapat dengan sempurna, setakat ni mampu handle lagi. itu lah antara sebabnya kami namakan dia Fahim Nazhan..dengan harapan dia akan faham dengan keadaan ini..dengan kekalutan ini..dan harapnya dia faham dia bila ada hari-hari yang ibu tak ambik fahim kat school..bila ibu tak sempat tengok fahim main sebab sibuk kat dapur..haihh macam-macam sungguh...apa2pun, sebagai seorang ibu, aku harap fahim, walaupun belum mampu berkata-kata, aku yakin dia mampu merasa..dan aku berharap dia mampu memahami keadaan kami yang tidak mampu sentiasa berada dengannya..mcm tu jugak dengan imran, walaupun dia dah faham dengan jadual kami, tapi apakah dia selesa dengan keadaan macam ni? bila ada masa ibu terpaksa pegang adik aje sbb adik menangis dan nak perhatian..macamane pulak dengan imran? huaahh..emo pulak aku T_T

utk 2 minggu tempoh berkursus tu, hujung minggu akan balik kerumah, utk hantar stok susu fahim..insyaAllah..aku sgt berharap dapat menyusukan fahim sampai 2 tahun, tapi stok susu kat rumah xde lah banyak mana..kalau satu hari paling byk aku dapat pam 15oz, dia minum kat taska je dah 20+ oz..huhuh..camane tu..runsing lagi..and masa aku kursus nanti, ashraf nak jaga dua-dua hero tu..kesian kat dia..tapi aku kagum sbb dia sanggup ambil tanggungjawab tu..sbbnya mmg bukan kerja yg mudah.sedangkan kita ni mak pun terkocoh-kacah melayan diorang, apatah lagi abahnye kan..tapi takpelah, ada org volunteer nak jaga anak2 aku pun, aku dah sangat bersyukur..ada jugak aku tanye ashraf, boleh x kita tinggalkan fahim kat taska, cikgu dia mmg tinggal kat situ, so senang la nak uruskan susu ke, ape ke..tapi telah ditentang keras oleh ashraf. huhuh..kesian katenye, nanti fahim tak jumpa family seminggu (takut abahnya yg demam nanti)..hmm yelah..mungkin itulah kasih sayang seorang ayah..tapi masa aku takde nanti, aku nak carikan susu formula..so senang sikit ashraf waktu malam, kalau fahim terjaga..xpayahlah nak thaw kan susu beku, tunggu panas, dll..prinsip aku senang je, die dah tolong nak senangkan aku, aku pun boleh tolong senangkan dia..tapi mungkin fahim bukan lagi baby yg exclusively breastfed, tapi keadaan sebegitu, jadi perlulah aku dan ashraf fikirkan solution yg praktikal, insyaAllah..but then, masa tu pun  fahim dah 6 bulan kan..huhuhu..lepas la 6 bulan ku menyusukan fahim kot nanti..huhuhuh

hmm banyak betul yg bermain dalam fikiran aku sekarang ni..ada masa lagi nti aku coretkan..sekarang kena siapkan slide utk presentation nx week pulak..T_T

No comments:

Post a Comment