Friday, September 21
skrg aku dah menerima hakikat yg nak blog kat ofis xleh nak letak gambar -_- nanti lah aku mintak tolong kawan2 yang celik IT sket tolong tengokkan.
dalam jadual sem ni, hari jumaat je yg kira aku 'bernafas' sikit..hari lain,..hmm mmg sibuk..rasa mcm frust jugak management yg x amik pusing ttg kita..tapi nak bising2 pun mcm xde makna je..so buat jugak la kerja yg bertimbun2 tu. dengan kelas yg banyak, assignment budak sume aku tak check lagi, ahahaha..hari ni aku nak rilek kejap! cari masa utk release tension ni..dengan berblog (tapi xleh upload gambar! grrr)
perkembangan terkini-sekadar catatan kot2 nanti aku lupa.
imran- dah semakin independent. dia suka kalau kita bagi dia kerja. mmg ciri2 anak sulung kot? kalau mintak dia ambik barang ke, kupas kulit telur ke, simpan makanan dalam fridge, mmg la laju je dia buat :) tapi kalau bab simpan mainan... -_- lately ni dia selalu jugak main dengan adik dia..walaupun xla mesra sgt, tapi nampak la dia perhati kan adik dia, dari jauh..makin banyak cakap, vocab makin canggih. hari tu dia tanya aku 'ibu, mengapa kita tidak pergi ke kedai?' ahaha :D tkejut aku dengan ayat beliau. wahh mengapa ayat anda begitu canggih bila cakap dengan ibu? tapi ade jugak hari yang dia saja mengada cakap pelat2..macam 2 3 hari ni, dia start cakap ' ibu, shaye nak macan nacik' ...hmm panas hati jugak aku dengar tapi aku tak layankan..cakap macam manusia dewasa normal sahaja.
fahim- umur 9setengah bulan dia dah boleh jalan. alhamdulillah. seronok tengok dia terkedek2 jalan mngikut abg dia. huhu. motivasi tinggi sungguh. cikgu taska dia pun kata dia suka ikut budak2 besar main, jalan and berebut mainan (and makanan).. -_- tak padan dengan kecik tu..nak jugak kann..masih menyusu badan cuma pada umur dia 8 bulan, aku dah campur dah..huhuh..dah tak mampu nak meet demand fahim yg tinggi..sehari dia minum lebih kurang 27oz (walaupun makan jugak)..paling terel aku boleh pam dengan timetable yg gila ni cuma 15 oz..stok aku yg byk2 dulu pun habis dah..so nak tak nak, terpaksa la campur jugak..tapi apa yg aku pam kat ofis, ttp hantar jugak, cuma takde stok mcm dulu..tapi kat rumah masih fully bfeed..apa2 pun aku bersyukur sbb dah nak dekat 10 bulan dah susukan fahim..mmg bahagia! :) hmm perangai budak kecik ni pulak, dia ni agak nakal jugak la..huhuh..suka ngacau abang dia..kesian jugak tengok imran kadang2 tu asyik mengalah je bila adik dia tarik rambut, duduk atas kepala (masa imran tido) dan mcm2 lagi aktiviti nakal dia..dari segi kesihatan, fahim jarang demam, cuma selalu selsema..baru je baik sikit, esok lusa selsema balik..kesian dia..mcm tu la rupa kalau hantar budak ke taska ye..keringkan hati je lah..
oklah nak kena gi kelas ni..tengoklah nanti ada masa ku update lagi..(tapi xtau la bila)..bye2
No comments:
Post a Comment