Pages

Thursday, May 22

Ramai orang yang kata jadi cikgu ni mudah...kerja pukul 8 lepas tu boleh balik tengahari. Ramai jugak yang kata nak jadik cikgu sebab kerja senang...ajar sikit-sikit...hujung bulan makan gaji..senang je kan..freedom of time tu tinggi...gaji pun ok..hmmm...ye ke eh?  Kebanyakan orang yang kata macam ni, bagi aku la..bukan lah seorang guru...atau pun orang yang tak tau kerja guru sebenarnya. Kalau dia tau kerja guru macamane..mungkin dia tak akan gamak nak cakap macamtu 

Talking about cabaran jadi seorang cikgu ni...aku teringat suatu perkara happened few weeks back..dalam kelas aku..time class presentation. Masa tu budak semester 1 kena present assignment diorang pasal cause and effects..adelah satu kumpulan ni discuss abt the negative effects of social life..mcm tu lah lebih kurang tajuknya..so diorg pun present la..blaa..blaa..bla..the presentation was good..presenter pun fluent so xda masalah la basically..they discussed about the negative effects and masukkan kan lah contoh...contoh yg diberi ialah ttg salah guna fb...ada seorang kawan kpd presenter ni..seorang pelajar perempuan..berkenalan dengan lelaki through fb...so jalan cerita yang agak cliche..berkenalan...jatuh cinta...keluar dating and so on...

Aku pun dengar je lah...tibe2 dia kata...'one day, she was raped by that man she met on fb'..aku terkejut bila dengar statement tu..meremang je bulu roma aku..the class was quiet jugak masa tu..the presenter looked serious. Then dia sambung...'but luckily she didn't get pregnant...ahahahaha'..DIA KETAWA..aku tak dapat gambarkan bertapa marahnya..kecewanya..sedihnya perasaan aku masa tu...(ni menaip pun sejuk rasa tangan aku)...dan lebih mengecewakan...aku perhatikan pelajar perempuan dalam kelas tu pun turut ketawa...ya allah...apa dah jadi ni..aku senyap je..tak join ketawa..tak mampu nak rasa bahawa perkara itu suatu yg lucu..agaknya diorang tengok aku kaku je kat belakang kelas..semua pun diam semula..dan aku pun bertanya kat kumpulan tu.."how is that supposed to be funny?"

Senyap. Takde jawapan dari mereka...Tak mungkin ada jawapan kot soalan tu..so aku pun minta mereka teruskan presentation tu...Q&A session pun mereka ok..boleh jawab soalan yg ditanya oleh kawa-kawan dan aku sendiri...Tak dinafikan mereka ni pelajar yang ok..tak ada masalah...cuma itulah...nilai kita mungkin berbeza..Habis presentation tu sampai la ke hari ni aku teringat-ingat benda tu..Aku masih tak boleh lupa perasaan kecewa melihat mereka ketawa dengan perkara macam tu..ke aku yang dah menjadi kolot dan tak faham perkara yang 'in' dan lawak bagi budak-budak muda sekarang? Apa dah jadi dengan sensitiviti dan pegangan nilai eh?

Makin lama jadik cikgu ni..makin besar cabarannya...bila orang memandang sinis kerja jadik cikgu ni..semakin lama kita bekerja..semakin muda audience kita..semakin besar generation gap..semkain jauh perbezaan cara pemikiran..nilai..sifat keterbukaan..dan banyak lagi perbezaan ketara yang dapat dilihat oleh seorang cikgu...bukan nak kata kerja lain tak mampu menilai perbezaan ni...cuma sebagai cikgu..kau akan merasai semua ni first hand..kalau tak silap dulu pernah ada keluar dalam paper dan berita..bilangan individu yang paling ramai mengalami kemurungan dan gangguan emosi ialah tidak lain dan tidak bukan ialah golongan cikgu...

No comments:

Post a Comment