sejak akhir2 ni aku selalu terfikir, bestnye kalau jadi surirumah. banyak masa boleh diluangkan dengan keluarga dan terutamanya dgan anak. tapi, kalau jadi surirumah, xde gaji la jawabnye. tu yg payah tu..camne nak tampung belanja harian semua..dengan tanggungjawab yg ada sekarang, kadang2 aku terasa masa utk diri sendiri tersangatlah limited, apatah lagi utk org lain. tapi, i still have to make time for others, sepenat mana pun aku balik dari kerja, sepenat mana melayan karenah org sekeliling dan sepenat mana badan bekerja sepanjang hari..
aku ada terfikir jugak, alangkah bagusnya kalau bisnes kuih tart aku boleh aku buat secara sepenuh masa. tapi, ade ke permintaan?? same ke dgan gaji yg dapat sekarang.. hmm terlalu banyak persoalan dalam kepala aku sekarang ni..ditambah pulak dengan masalah di rumah sekarang, mmg semangat aku utk bekerja di ofis semakin rendah.. i'm talking about imran's safety here. aku takut, kalau apa2 terjadi, aku tak akan mampu maafkan diri aku sendiri. dan aku, buat masa sekarang, juga tak mampu nak tinggalkan kerjaya aku. kalau diberi pilihan, mestilah aku pilih utk jaga anak dirumah..mana2 ibu pun akan pilih benda yg sama..tapi seperti kebanyakan ibu bekerja yang lain, kami TIADA pilihan. hantar imran ke nursery? ini bukan lah pilihan pertama aku dan ashraf, tapi kalau keadaan terlalu memaksa, mungkin itu yang harus kami lakukan..berhenti kerja? insyaAllah, kalau keadaan ekonomi stabil, tapi aku sendiri x yakin kami mampu utk amik keputusan tersebut.
pagi ni, aku terus taip di google 'bekerja dari rumah'..entah kenapa la angin aku ni..tapi aku rase, aku ingin kan kepastian yang bukan aku sahaja yg berfikiran macam ni..mesti ada org lain yg rasa, apa yg aku rasakan. carian google membawa aku ke sebuah website yg aku rase, hmm... agak menarik. www.mom4mom.com . rupanya ada kumpulan sokongan atau support group dari kalangan mereka yg meninggalkan kerjaya untuk bekerja dari rumah..banyak artikel yg menarik ade kat situ. i think i'm beginning to like the idea!!
insyaAllah, kalau betul2 dapat rancang benda ni, aku harap, suatu hari nanti, aku dapat bekerja dari rumah..bukan sekadar surirumah biasa. aku ingin jadi seorang surirumah yang berilmu dan dapat membantu keluarga aku dari berbagai segi..amiin
SUARAKU: Bekerja Dari Rumah
Tinggalkan Pejabat dan Kembali ke Rumah
by B. Ling
“Sebaik sahaja saya tekan kekunci ‘hantar’, saya akan kehilangan kerja.” Begitulah bunyi e-mel ringkas dari seorang rakan saya pada tahun 1998. Tidak lama kemudian saya difahamkan bahawa memang benar pada pagi itu juga ibu beranak satu itu telah mengemas barang-barangnya dari meja yang telah didudukinya selama tiga tahun. Begitu juga dengan beberapa orang pekerja lain yang kurang bernasib baik.
Seorang rakan lain menulis, “kebelakangan ini kami terpaksa berhati-hati di tempat kerja, tidak tahu siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya.”
Pada masa itu negara sedang mengalami kejatuhan ekonomi dan perkataan “pengurangan pekerja” sentiasa bermain di fikiran setiap orang.
Saya tidak berasa sedih dengan nasib rakan saya itu, malah saya gembira untuknya.
“Sekarang awak tidak ada alasan untuk tidak menjadi surirumah dan ibu sepenuh masa.” Mungkin saya hanya mementingkan diri sendiri, tetapi sekurang-kurangnya saya kini mempunyai teman untuk berkongsi pengalaman sebagai surirumah, walaupun kami berada di benua yang berlainan.
Kebanyakan kita membesar dengan beranggapan bahawa pekerjaan bermakna kestabilan hidup. Oleh itu apabila sesorang kehilangan pekerjaan, hidupnya menjadi tidak stabil.
Wanita yang sudah berkahwin, terutamanya yang berkerjaya dan berjaya mengimbangi antara kerjaya dan keluarga, mungkin tidak selesa jika terpaksa terperap di rumah dan bergantung kepada suami, terutamanya pada zaman ini. Ibu-ibu kita dan generasi sebelumnya mungkin dapat menerimanya, tetapi ia bukanlah gaya hidup pada hari ini, lebih-lebih lagi dengan taraf hidup yang tinggi pada zaman ini.
“Fikirkanlah masa yang dapat awak luangkan bersama anak-anak,” tulis saya kepada teman saya itu. “Bayangkan kali pertama awak terpaksa meninggalkan anak-anak bersama orang lain, bagaimana risaunya awak sekiranya sesuatu terjadi… ingat lagi bagaimana awak kesal tidak dapat menyaksikan anak awak membuat langkah yang pertamanya kerana awak berada di pejabat? Lupakah awak bagaimana takutnya apabila anak awak demam panas dan pembantu rumah tidak menyedari simptomnya?” saya cuba mengingatkan teman saya.
Saya cuba mempengaruhi teman saya lagi, “…sekurang-kurangnya awak dapat mengelak dari berurusan dengan agensi yang tidak bertanggung jawab apabila kontrak pembantu rumah awak tamat tidak lama lagi.” Saya boleh terus memujuknya, tetapi sebenarnya teman saya itu sendiri tahu bahawa dia tiada pilihan lain.
Samada terpaksa ataupun tidak, menganggur bukan bermakna hidup sudah berakhir.
Jika anda terfikir untuk berhenti kerja untuk menjadi surirumah sepenuh masa, ia tidak bermakna hidup anda hanya terkongkong di rumah sahaja, walaupun apa yang anda lakukan di rumah mempengaruhi kualiti hidup anda sekeluarga kerana sekarang anda bergantung kepada satu sumber kewangan sahaja.
Jika sebelum ini anda mampu menggaji seorang pembantu untuk menjaga anak-anak, sekarang anda berpeluang mengambil alih tugas yang serba mencabar ini. Sesungguhnya, tiada kasih sayang yang lebih tinggi daripada kasih sayang seorang yang menghayun buaian. Ibu-ibu muda seharusnya bersyukur kerana berpeluang menjaga dan membesarkan anak-anak. Mereka yang lain pula boleh menggunakan masa ini untuk mendekati anak-anak yang sedang membesar.
Memandangkan anda tidak perlu lagi ke pejabat, fikirkan berapa banyak yang boleh anda jimatkan daripada kenderaan. Jika sebelum ini anda sering berdiri di hadapan almari dan berkata, “saya tidak ada pakaian untuk dipakai,” maka sekarang tidak lagi!
Dengan masa yang terluang ini anda dapat mengurangkan perbelanjaan makan di luar. Anda sekeluarga boleh duduk bersama menikmati masakan anda sendiri. Anda juga tidak perlu tergesa-gesa bersarapan seperti sebelumnya semasa anda dan suami berkejar ke tempat kerja, dan makan malam akan sedia terhidang apabila suami pulang dari kerja.
Lakukan senaman tangan dan tanam sayur-sayuran sendiri jika anda mempunyai kebun, atau bereksperimen dengan hidroponik. Berada di rumah juga memberi peluang kepada anda menjadi kreatif dan belajar beberapa kemahiran tangan.
Bagi anda yang sering menangguhkan kerja, inilah masanya untuk mengeluarkan gambar-gambar dari kotak kasut dan menyusunnya, mengemaskan bilik setor, menghabiskan membaca buku yang anda mulakan tiga tahun lalu, dan manjakan diri anda dengan bangun lewat sekali-sekala, dan tidak bergantung kepada deringan jam loceng.
Jika sesiapa berkata anda hanya membuang masa tinggal di rumah, sebahagian diri mereka fikir mereka betul, tetapi sebahagian lagi mungkin berkata demikian kerana cemburu. Mereka mungkin berharap mereka mempunyai keberanian untuk meninggalkan kerjaya mereka untuk mencuba kehidupan yang berlainan.
No comments:
Post a Comment