Pages

Friday, July 16

in the news

abah called me yesterday. mase tu aku baru je habis kelas. dalam pukul tiga suku. terkejut jugak aku. well, abah bukan jenis yg akan call anak2 die..selalunya, kitorg yg call rumah (sbb mama xsuka bawak handphone). itu pun selalunya cakap dgan mama. sbbnye abah selalu bz mebaca (abah aku sgt suka membaca, kalau die boring baru la die tgk tv) atau mungkin kadang2 die xde bende nak cakap ngan kitorg (or mungkin aku je kot).

last two weeks, aku telefon rumah, nak cakap dgan mama. tapi kebetulan abah yang angkat telefon. lepas bagi salam, tanya khabar ape semua, aku ingat nak ajak abah borak2 ke, gosip2 ke..aku baru nak bukak mulut, tibe2 abah cakap 'awak nak cakap dengan mama kan. abah panggil kejap'..pastu die terus letak telefon, panggil mama. ...err aku serius xsempat nak cakap ape?? T_T so perbualan telefon diteruskan, tapi ckp dgan mama laa. dgan mama mmg lain cerita laaa..nak dekat setengah jam bercakap tu mmg perkara yg amat biase. huhuh..tapi aku baru tau, rupe2nye abah buat camtu bukan kat aku je..adik aku si mimin tu pun kene mcm tu jugak.. :D haha bukan aku sorang ok

ok berbalik kpd kisah sebenarnye. so abah called me yesterday. aku terkejut. ok sambung, tibe2 abah cerita pasal abah kene pergi maldives, mintak hantar kak ros teman mama (sebab aku nak pergi jerantut esok sampai ahad) kat rumah bangi..ok, lame2 aku pun ok je laa. best jugak sbb abah mmg sgt jarang call aku. hihih :D lepas tu, tibe2 abah tanye, 'awak dah beli nst tak hari ni?' hmm? beli surat khabar?? aku mmg xpernah nak beli pon. kalau beli pun surat khabar ahad yg ade pancaindera dan artikel2 yg xmemenatkan kepala aku nak bace. yg tu ade laa. so aku pun cakap 'xde bah. mmg org x pernah beli paper pun'

abah pulak kate 'ok. cepat pergi beli nst hari ni, sekarang'. sekarang? pukul 3 lebih, aku kat ofis. erkk camane ni. kenape abah beria2 sgt suruh aku beli paper hr ni? musykil2. agaknye aku terdiam lame sgt, abah pun cakap 'abah masuk paper laa hari ni'..ooo patut laaa...ok, lepas cakap tu, abah aku terus cakap 'ok, kirim salam kat semua ye. bye bye'. seperti biasa. huhuh. dan seperti biase, aku terkelu dan hanya cakap 'bye bye' jugak. hmm...hahahah :p inilah gambar abah yang masuk paper nst 15 julai 2010. siap ade interview lagi..

walaupun abah seorang yg pendiam dan jarang bercakap panjang lebar, abah aku tetap the best!! :)

No comments:

Post a Comment