kebanyakan perkara sekarang ikut musim. antaranya, makanan-musim durian, musim rambutan, musim bubur lambuk. perbuatan atau perlakuan-musim haji, musim masuk gaji, musim nak raya, musim bola, musim exam. fesyen-musim tudung ariani, musim leggings, musim kain viscose. pendek kata, kat negara kita ni banyak musim. dan bile satu musim tu tiba, ramai org akan melakukan atau mengalami perkara yg sama. kalau kita tak follow, mungkin la kite tak ikut trend. jadi mungkin bagi sesetengah perkara, kite tak cool.
yang aku perasan, satu lagi musim yg agak popular ialah musim sakit. kite selalu dengar 'oh sekarang mmg musim demam ni' atau 'baik2 nak keluar rumah, sekarang ni musim penyakit H1N1'. hmmm sampai sakit pun ade musim. tapi bab ni tak la ramai yang mahu mengikut. yelah, siape yg nak sakit kan?
ape point aku menulis ni?
tak ada apa agenda sebenarnya, cuma teringatkan perilaku suami. suami aku ni kadang2 kelakar jugak org nye. dia jarang terpengaruh dengan musim2 yg ada. org nak beli iphone? belilah, die tak berapa nak heran. orang nak makan durian? kalau ada dia makan, kalau xde, die tak pergi cari pun. pendek kate, agak tegar jugak la pendirian dia.
tapi sekuat mana seseorang tu, mesti ade titik kelemahan dia. kelemahan pertama: musim bola. lelaki dan bola. hmmm. xperlu dijelaskan panjang2. kelemahan kedua: musim demam. dalam hal ni, beliau x selalunya tegar. kalau musim demam bermula, pastinya die antara org yg terawal yg 'terikut' musim ni. heheh.
kalau seseorang tu ikut musim atau trend, maksudnya die org yg trendy la kan?
:)
No comments:
Post a Comment