Pages

Saturday, April 11

Kecewa

Antara perkara yang menyedihkan ialah apabila diri difitnah sesorang and lebih menyakitkan jika ia melibatkan orang yang kita sayangi. Ia meletakkan kita dalam keadaan yang serba tak kena..sedih..dan kesan yang besar kepada maruah dan harga diri. Untuk menjawab tohmahan orang tu adalah satu hal...dan untuk menjernihkan semula hubungan yg terjejas juga satu hal yang lain. Segala usaha perit jerih susah payah kita membina nama baik musnah sekelip mata bila difitnah.

Sangat menyakitkan. Sangat menyakitkan. Dan sangat menyakitkan.

Aku yakin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Ujian hadir pastinya akan mematangkan. Menguatkan. Mengeraskan. Mungkin juga perlu agar aku sentiasa muhasabah diri ini.

Jauh disudut hati aku tidak mengharapkan orang memahami masalah diri apatah lagi meminta sesiapa tolong selesaikannya. Cuma fahami aku seorang manusia punyai hati yang rapuh. Sila santuni hati ini sepertimana kamu ingin aku santuni kamu. Jangan anggap diamku setuju. Jangan anggap diamku lemah. Jangan pula anggap diamku takut. Tolonglah jangan jadikan aku mangsa kekalutan hidupmu.

Semoga diri diberi kekuatan mengharungi ombak tsunami perasaan ini. Semoga aku sentiasa diberi petunjuk dariNya. Semoga aku sentiasa dalam lindunganNya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment